30 Mac 2012

RAKYAT RHU RENDANG BAKAL PANGKAH UMNO PRU INI
Abu Nu'man30 Mac 2012 5 Komentar

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang bakal ditandingi oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan beralih kepada UMporNo sekiranya 7,000 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bersama isteri dan suami atau anak masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang dianggarkan bersamaan 14,000 pengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, BN boleh memenangi kerusi DUN ini. Begitulah menurut Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku.

Katanya, UMporNO boleh merampas semula DUN itu jika 14,000 penduduk DUN Rhu Rendang memilih BN berbanding keseluruhan kira-kira 21,000 pengundi berdaftar yang terdapat di kawasan itu.
“Kalau mereka (penerima BR1M) pangkah UMporNO, BN boleh menang. Jadi kita harap mereka menghargai bantuan yang disediakan kerajaan itu termasuk bantuan lain seperti Dana Khas Hari Raya, Dana Remaja dan sebagainya,” katanya kepada Teganukita, di Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, Marang, baru-baru ini.

Sehingga kini, seramai 6,298 penduduk DUN itu menerima BR1M dengan peruntukan kira-kira RM3.1 juta menerusi tiga fasa pengagihan sejak awal tahun ini.
Katanya, BR1M yang baru dimulakan tahun ini diharap dapat mencetus peralihan minda dan perubahan angin majoriti penduduk di Rhu Rendang dan seluruh Marang supaya tidak lagi memihak kepada Pas.

Hinanya masyarakat Rhu Rendang kalu boleh dibeli dengan nilai RM500...

PENJARA NAFI IMAM HOSLAN MENGISLAMKAN BANDUAN... TAPI SEBENARNYA...
Abu Nu'man 2 Komentar

Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu pada 2009.
"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa terdekat," katanya.
Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan dan bukannya banduan.
"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari," kata Supri.
"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."
 
.... yang sebenarnya dia berjaya mengislamkan banduan islam yang telah lama meninggalkan ajaran islam.... termasuk warden penjara....

50 TAHUN BAGI UMNO BAGI ZINK
Abu Nu'man 0 Komentar

Penduduk di Kampung Mendulong Sipitang kelmarin memberi terkejut dan gembira dengan kehadiran Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad  khususnya kepada dua penduduk kampung tersebut.

Ahli parlimen BN itu telah menyampaikan sumbangan zink dan kayu bagi membantu Dawat Lasong dan Endrik Salutan Lasong bagi memperbaiki rumah masing-masing.
Dawat dan Endrik mendiami rumah yang telah uzur dan tidak menyangka bahawa Ahli Parlimen Sipitang itu bukan sekadar hadir menjayakan majlis gotong royong tetapi menyampaikan sumbangan bagi memastikan mereka dapat memperbaiki kediaman masing-masing.
“Ia merupakan sumbangan yang bermakna buat kami dan sumbangan itu benar-benar mengejut dan kami berterima kasih kepada beliau (Sapawi).” kata Dawat ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan tersebut.

... 50 tahun baru bagi zink... tue pun org sponser....

USTAZAH UMMI HAFILDA FITNAH HUBUNGAN SEKS SHAMSIDAR DAN DSAI
Abu Nu'man 2 Komentar

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berikarar akan melawan dan mendedahkan segala keburukan serta kemungkaran yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap dalam sidang media bersama Datuk S. Nallakarupan semalam, beliau menegaskan tidak langsung gentar sekiranya dicabar atau disaman oleh Anwar dengan kenyataannya yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri kepada Timbalan Penasihat PKR, Azmin Ali yang juga abangnya.

Malah, Ummi Hafilda nekad mahu karier politik Anwar dibungkus dan ditalkinkan termasuklah Azmin sekali.

Bagi Ummi, beliau bukan saja menentang abangnya, tetapi menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh Azmin yang terlalu taksub tunduk menyokong Anwar.

“Saya lakukan semua ini kerana ingin membuka mata dan minda masyarakat siapa sebenarnya si dajal Anwar itu dan si dayus Azmin yang sanggup membenarkan kemungkaran yang dilakukan Anwar dengan biarkan Anwar melakukan hubungan seks dengan Shamsidar,” kata Ummi Hafilda.

Selain itu, Ummi Hafilda juga turut mencabar Azmin untuk menyahut cabarannya itu.

“Saya lontarkan cabaran ini kepada Azmin untuk menyahut tindakan saya. Tapi, saya tahu, dia tidak akan berani kerana saya mempunyai bukti lengkap mengenai kes ini.

“Saya sendiri mengekori pergerakan Anwar pada tahun dia melakukan perbuatan terkutuk dengan Shamsidar dan Datuk Nalla sendiri yang menjadi saksi,” katanya.

Bercakap mengenai bukti yang ada, beliau akan merungkaikan segala bentuk bukti-bukti ketika perbicaraan dijalankan di mahkamah.

Ummi Hafilda turut menyelar tindakan Azmin yang selama ini sanggup menipu rakyat dengan memperjuangkan kepimpinan yang salah dan tidak benar.

“Selama ini, Azmin memaksa saya, termasuklah kakak-kakaknya sendiri untuk menipu dan tidak benarkan kami membuka mulut. Tapi tidak lagi kini. Saya akan berjuang habis-habisan dan akan disokong oleh kakak-kakak saya termasuklah ibu kami sendiri,” tegas Ummi Hafilda.

Malah, Ummi Hafilda turut menggelarkan isteri Penasihat PKR, Wan Azizah sebagai wanita hipokrit dan munafik.

“Azizah adalah wanita hipokrit kerana selama ini menyokong kemungkaran yang dilakukan oleh suaminya sendiri. Dalam pada masa sama, dia turut memanggil Shamsidar sebagai perempuan jalang dan sundal kerana dia tahu Shamsidar ada hubungan dengan Anwar. Tetapi, kalau berhadapan, bersikap munafik dengan berpeluk cium antara satu sama lain,” katanya.

KHIR NASIHAT PIMPINAN UMNO SELANGOR
Abu Nu'man 2 Komentar

Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Dr Khir Toyo.


Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata masalah Selangor adalah parti komponen BN tidak 'bersatu' – MCA, MIC, dan Gerakan gagal memainkan peranan menarik pengundi baru dan tidak memberikan Umno peluang sebaliknya mengukuhkan kedudukan sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.

“Sekarang, berkemungkinan kita akan hilang Selangor jika keadaan ini berterusan dan kemenangan semestinya susah buat kita kerana sasaran kita adalah untuk mendapatkan pengundi muda,” katanya dalam temubual eksklusif bersama wartawan TMI.

Perempuan Kelahiran Malaysia Menjadi Imam Di Amerika
Pejuang Muda 0 Komentar

Pada awalnya, Muslim yang taat berkumpul di Washington DC, pusat konferensi seluruh Muslim Amerika dari Masjid manapun.  Terdapat perempuan berhijab dan laki-laki yang memelihara janggotnya.

 Tapi ada sesuatu yang berbeza. Mereka kini berbaur, mereka membincangkan bagaimana mengubah masa depan Islam. Seorang wanita berbicara mengenai "memerangi keganasan", dia telah berkahwin dengan orang di luar Islam, yang dilarang bagi wanita Muslim. Seorang lelaki Pakistan menyebutkan rancangannya untuk bertemu teman untuk minum, meskipun terdapat larangan pada alkohol.

 Di sudut bilik, seorang imam dengan tunik abu-abu panjang menasihati seorang Muslim muda dengan konflik rohani yang membingungkan, ia menjadi gay dan Muslim. Imam, sang gay dan dalam sebuah hubungan, boleh dengan mudah bersimpati dengan kesulitan pemuda itu.

 Pada Isnin malam di akhir Oktober tahun lalu, ahli Muslims for Progressive Values​​, sebuah organisasi reformis yang baru lahir di Amerika, berkumpul dari seluruh negeri untuk merayakan tonggak sejarah. Dalam empat tahun, kumpulan ini telah berkembang daripada beberapa teman menjadi ribuan anggota dan menelurkan siri masjid kecil dan kumpulan-kumpulan spiritual yang membentang dari Atlanta hingga ke Los Angeles, menurut tuntutan mereka.

 Hari ini, saat pemimpin Muslim amerika memperdebatkan topik kontroversi seperti radikalisme politik di dalam masjid dan upaya negara untuk melarang hukum syariah, jaringan ini tumbuh di mana masjid alternatif dan kelompok-kelompok secara diam-diam menjalin gerakan spiritual baru.

 Mereka mengambil langkah berani, menafsirkan kembali norma-norma Islam dan hal-hal tabu. Sementara jauh dari diterima oleh ulama-ulama mainstream, para pengikut gerakan ini merasa bahawa masa depan agama bukan terletak semata-mata dengan tradisi, tapi di tangan mereka. Perempuan memimpin solat berjemaah, imam gay melakukan perkahwinan secara Islam, perempuan dan laki-laki solat berdampingan.

 Ini bukan norma bagi sebahagian besar komuniti kuat Islam Amerika yang berjumlah 2.6 juta orang yang terbiasa dengan tradisi lama.

 "Kami tidak dapat bergerak maju sebagai masyarakat, dalam sistem iman, jika kita melanggan cara-cara kejam lama mempraktikkan Islam," ujar Ani Zonneveld, yang menjadi presiden Muslims for Progressive Values​​. Wanita berusia 49 tahun ini merupakan penyanyi dan pengarang lagu yang tinggal di Los Angeles, ia memimpin solat untuk lelaki dan wanita dan mengatakan kepada gay Muslim-yang sering dijauhi di masjid-masjid lain-bahawa agama mereka menyambut mereka.

 Warga Amerika-Malaysia yang memiliki rambut pirang ini adalah salah satu daripada kader kecil dari reformis Islam di Amerika Syarikat, baik di dalam kelompoknya dan di luarnya. Dia memerangi "radikalisai" dan mendidik kaum muda untuk membina jambatan antara agama dan melindungi hak-hak wanita. Selama bertahun-tahun, para pemimpin masyarakat Muslim telah membincangkan keperluan perubahan, dari membina masjid untuk membela hak-hak sivil ketika amalan-amalan spiritual mengakibatkan diskriminasi. Namun, gerakan baru ini adalah benar-benar radikal.

 "Apa yang terjadi dalam Islam di Amerika pada hari ini adalah apa yang terjadi sebelumnya dalam agama lain," ujar John Esposito, proferos pengajian Islam di Universiti Georgetown.

 Beberapa masjid Amerika menggabungkan Sunni dan syiah dalam satu bumbung. Tetapi setakat ini, penyertaan terbuka untuk gay dan perempuan menjadi imam, tidak pernah terjadi selama ini di Amerika Syarikat.


 Terdapat perjalanan panjang. Sementara jumlah masjid di Amerika Syarikat telah naik 74 peratus selama berdekad-dekad terakhir, lebih daripada 2,100, Muslims for Progressive Values ​​mempunyai kehadiran hanya di dalam sedozen bandar, termasuk Atlanta, Philadelphia dan Washington. Kelompok ini tidak sekutu di pusat-pusat ibadah di bandar-bandar kecil.

 Lahir di Kuala Lumpur, Malaysia, Zonneveld tumbuh di Jerman, Mesir dan India ketika ayahnya berpindah-pindah sebagai duta Malaysia.  Ia tinggal di rumah bersama ibu dan lima saudara kandungnya dan dibesarkan dengan dasar-dasar Islam.  Mereka membaca al-Qur'an bersama-sama, berpuasa dari matahari terbit sampai terbenam selama bulan suci Ramadhan, karena keberadaan masjid yang langka di Jerman, orang tuanya mengundang Muslim lain untuk sholat berjamaah di rumah mereka (sholat tarawih).

sambungan 

29 Mac 2012

2 AJK UMNO MAUT... DIPERCAYAI DIPANDU LAJU...
Abu Nu'man29 Mac 2012 0 Komentar

2 AJK Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kajang, Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan .

Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju menyebakan kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini.
Akibatnya 2 penumpangnya maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah.





.... Al-Fatihah... semoga ditempatkan dikalangan orang ahli UMNO beriman bukan kalangan UMporNO...

BUKTI NEGERI SEMBILAN JAGA AGAMA ISLAM
Abu Nu'man 2 Komentar


[kosmo] SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.


Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Ancaman Kristian adalah propaganda Umno : PR
Abu Nu'man 0 Komentar

Pakatan Rakyat mengutuk dakwaan terbaru untuk menyemai rasa takut terhadap ancaman Kristian di negara ini, dan mendakwa ia adalah taktik Umno untuk "menakut-nakutkan" majoriti umat Melayu-Islam.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang berkuasa di Malaysia adalah Umno yang bertanggungjawab menjaga agama, menjaga kewangan - jadi seandainya dakwaan tersebut benar, tambahnya, maka ia bermakna Umno telah gagal untuk memperkukuhkan iman umat Islam.
Sehubungan itu, tegas Anwar, dakwaan tersebut adalah tidak lain daripada usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat.
Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, Anwar menegaskan bahawa seandainya gerakan itu wujud untuk mengancam akidah umat Islam, maka terdapat tindakan undang-undang yang mencukupi yang boleh diambil.
Sepertimana dakwaan memurtadkan umat Islam sebelum ini, Anwar berkata, pihak berkuasa berkenaan telah gagal untuk mengemukakan buktinya.

28 Mac 2012

ISU "ANCAMAN KRISTIANISASI"... BN CUBA ALIH ISU BESAR... TARIK SOKONGAN MELAYU
Abu Nu'man28 Mac 2012 0 Komentar

Guru-guru agama di sekolah kebangsaan seluruh negeri Johor akan menghadiri satu seminar Sabtu ini berkaitan “ancaman Kristianisasi”, dan perkara itu telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini.


Seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor itu bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” menetapkan kehadiran dua guru agama daripada 55 sekolah kebangsaan di Johor.

Penasihat Unit Pendidikan Agama Jabatan Pelajaran Johor, Hasimah Abdul hamid yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut berkenaan program itu yang seakan-aka menunjukkan ancaman Kristian terhadap Islam.

“Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuhkan ajaran Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Tapi saya tidak boleh mengulas berkenaan tajuknya, kerana ia diserahkan penganjur.”

Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian dan Muslim komuniti bertelagah berkenaan perkataan “Allah” yang mana mereka mendakwa hanya Islam yang boleh menggunakan perkataan itu kerana ia melambangkan tuhan untuk orang Muslim.

Sekumpulan konservatif Muslim turut menuduh Kristian cuba memurtadkan orang Islam, telah menimbulkan ketegangan terhadap kedua-dua agama tersebut.
 
... Umno akan guna isu ini untuk tarik sokongan orang melayu macam himpunan sejuta umat..

PR AKAN SEBELAHI MASYARAKAT KELAS BAWAHAN
Abu Nu'man 0 Komentar

Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai belas ihsan untuk kroni Barisan Nasional (BN).


Ketua Pembangkang itu memberitahu sekitar 2,000 penyokongnya dalam ceramah di sini, yang merupakan bekas kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, PR menerima tekanan daripada media BN kerana kroni kerajaan itu khuatir “keuntungan” mereka akan berkurang sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

“Perjuangan ini, pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya, kroni Umno.

“Setiap hari saya diserang. Siapa yang menentang saya? Bukan Najib atau Muhyiddin. Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun beliau menuduh sesetengah jutawan Malaysia seperti pemilik Genting dan YTL, beliau turut mempertikaikan monopoli jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap pasaran gula dan beras.

“Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi? Ya, tapi bukan untuk menyusahkan rakyat,” kata Ketua Umum PKR itu.

“Di bawah Syed Mokhtar, harga gula empat kali lebih tinggi. Kamu, penyokong Umno, keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin.”

Tindakan Anwar itu dilihat dibuat selepas kajian bulan lalu yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan 78 peratus datang dari isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Kajian berkenaan mendapati pemberian wang tunai berjumlah RM500 oleh Putrajaya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah penyumbang utama terhadap sokongan tersebut.

Pemimpin sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008 namun BN tewas dua per tiga kerusi Parlimen dan empat negeri.

Anwar turut menjelaskan PR merupakan pihak yang bertanggungjawab berjuang untuk mendapatkan gaji minimum dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya membebankan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka penggemis.

“Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong Umno ... Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum, tapi kami. Kami akan memansuhkan PTPTN, bukan Umno.

“Kami mahu turunkan harga petrol, elektrik. Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup,” tambah Anwar merujuk kepada pemberian subsidi terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang.

Najib telah memberikan gambaran pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat walaupun mandat kerajaannya memerintah hanya akan tamat tahun depan.

27 Mac 2012

GADUH : ANAK NAZRI SETTLE SENDIRI... PORSHE SAPE MAU SETTLE?
Abu Nu'man27 Mac 2012 4 Komentar

Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.


“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,” katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. “Tidak ada kene mengena dengan saya.”

Menteri itu turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan.

Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis,” katanya.

Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.

KADIR AKAN BERSAMA AMANAH UTK KEMBALIKAN UMNO YANG ASAL
Abu Nu'man 1 Komentar

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik.

“Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang dibawa pemimpin terdahulu.
“Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno.

“Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya,” katanya ketika sidang media di sini.
Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno.
“Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu.
“Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman.
Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja.
“Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja,” tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian.
Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama,” katanya.

“Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah,” katanya lagi.
Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik.
“Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan.
Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat.
“Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah,” katanya lagi.

......HUHUHUHUHUHU....

26 Mac 2012

HAPUS PTPTN : GRADUAN SOKONG CADANGAN PR
Abu Nu'man26 Mac 2012 2 Komentar

Rata-rata golongan muda lepasan universiti menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak.


Bagi mereka pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda. Selama ini golongan muda cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup. Pengumuman ini membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului UMNO-BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini.

Dalam hal ini, golongan muda melihat UMNO-BN gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan. Malah, ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang.

Pengumuman ini menjadikan UMNO akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat. Golongan muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat Tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat.

... yang paling bertuah adalah aku...

NOH OMAR MENARI NGAN BINI IKUT SUNNAH GITU!!!
Abu Nu'man 6 Komentar

Dengar kate ada blogger PR buat firmah kat Noh Omar... Iskh..iskh... yak baik ..buat pengetahuan semua, gambar tersebut adalah gamabr di dalam majlis tertutup Noh Omar semperna majlis sambutan hari lahir beliau. Perempuan yang menari bersamanya pula adalah isterinya mudanya.

Cume bloger pencacai mereka membangkitkan soalan.... Salahkah DS Noh Omar menari dengan isterinya sendiri. Salahkah beliau stim dengan isterinya sendiri? Apakah salah DS menari dengan isterinya sendiri di dalam majlis tertutup?
 
Salah tak salah bukan ukuran kite... itu kena ikut ururan agama... mereka dakwa majlis tertutup... tue yang kiri kana tue sape... adik beradik dia ke? hahahaha... so ikut sunnah sangat le tue pakai ketat-ketat...

Seperti yang diterangkan dalam surah an-Nur, ayat 31:
“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang biasa terlihat…”


Yang nie isteri pertamannya... ayu gitu...

NAJIB TAK LAYAK DUK SELANGOR : DSAI
Abu Nu'man 0 Komentar

Walaupun program malam tadi menerima bantahan apabila beberapa pemuda UMporNO memasuki stadium memegang banner dan postkad ketika acara sedang berlangsung.


Pegawai keselamatan PR kemudiannya mengarahkan mereka keluar apabila penyokong Anwar mengejar mereka.

“Penyamun. Samseng. Orang suruhan Umno,” kata Ketua Umum PKR kemudiannya merujuk kepada pemuda yang telah ditahan oleh pegawai keselamatan.
Dalam pada itu, Anwar memberitahu 5,000 penyokong PR bahawa masanya telah tiba untuk “melancarkan perang” terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.

“Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!” kata Anwar diikuti sorakan gemuruh daripada penyokongnya malam tadi.

Pemimpin pembangkang itu berkata Najib tidak akan memenangi Selangor kerana barisan kepimpinan BN mengamalkan sistem kronisme dan korup.

Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak,” dakwa Anwar.

Najib semalam berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan.

Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi “tanpa mengira apa pun yang berlaku”.

Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

“Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?” kata Anwar.

“Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa.”

Menteri Besar Selangor yang berucap sebelum Anwar berkata simpanan kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda di bawah PKR dan pada masa kini berjumlah RM1.9 bilion. Beliau turut menyatakan Selangor menyumbang kepada 22 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

Khalid turut menegaskan kejayaan Selangor berpunca daripada Anwar yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

“Ini adalah petunjuk kepada pentadbiran negeri, kami lebih baoik daripada kerajaan sebelumnya.

“Kalau dia (Anwar) tidak ada di sini bagaimana saya hendak beri jumlah ini? Anwar bekas Menteri Kewangan. Ada wakil Umno di Selangor dengan jawatan sedemikian?” soal Khalid.

TAK GUNA SAMAN 'PENYAPU'... BUKAN ADE DUIT PUN...DSAI
Abu Nu'man 0 Komentar

Nampaknya kaki penyapu Najib Rosmah semacam Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin mintak DSAI menyaman mereka juga


Puak-puak nie hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum….

Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada sidang akhbar itu juga secara bersama 'berikrar' untuk terus berperang membuat pendedahan selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar Anwar...

Yang mane Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

... bukan ade duit pun puak-puak nie... bukan karen je.... baik saman utusan... tak menang semua dapat separuh pun ok je....

MB KHALID PECAHKAN RAHSIA PERBELANJAAN HASSAN ALI
Abu Nu'man 0 Komentar

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.
Khalid berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.
“Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.
Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.
“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” katanya lagi.

.... (77) Mereka (yakni abang-abang nabi Yusuf yang sebapa itu) berkata: “Jika dia mencuri, maka telah pernah mencuri jugalah saudaranya yang seibu sebapanya itu sebelum ini”. Mereka maksudkan nabi Yusuf sendiri. Mereka ingin melepaskan diri dari kesalahan mencuri itu dengan melemparkan tuduhan kepada nabi Yusuf alaihis salam dan saudaranya Bun-yamin. Nabi Yusuf, menyimpan dan menyembunyikan (rasa meluat) di dalam hatinya sahaja. Dia tidak menzahirkannya kepada saudara-saudaranya; dengan mengekalkan keramah-tamahannya terhadap mereka. Nabi Yusuf berkata di dalam hatinya: “Kedudukan mereka lebih teruk; dan Allah lebih mengetahui dengan kata-kata bohong yang telah mereka ucapkan itu”. Mereka dulunya pernah mencuri adik mereka dari bapa mereka; kemudian mengadakan dusta untuk melepaskan diri. Tetapi dia tidak mengucapkan kata-kata ini kepada mereka. Dia hanya mengatakan ini semua di dalam hatinya sahaja.

23 Mac 2012

PANAS :MANA NAZRI AZIZ DAPAT DUIT BELI PORSHE ANAKNYA???
Abu Nu'man23 Mac 2012 16 Komentar

[MK] Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium tersebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

....hahahahahaha....... banyaknye duit....

5 NEGERI SANGGUP DIPANGGIL 'LEMBU' SERANG KAMILIA...MOOOOOOOO
Abu Nu'man 1 Komentar

Lima Ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Shahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

...moooooooooooooooooo...

GANAS ORG MAT SAID...PASAL MAGGI PUN NAK BERTETAK
Abu Nu'man 0 Komentar

Gara-gara mi goreng segera dipesan lambat dihantar, seorang peniaga dan remaja nyaris ditetak dengan parang di Kampung Teris, Selasa lalu.
Kejadian itu berlaku pada jam 8.30 malam ketika Amizah Mamat, 29, sedang menghidangkan mi segera yang dipesan pelanggan.
Menurut Amizah, lelaki itu berulang-alik ke dapur untuk melihat pesanannya dan menengkingnya kerana memasukkan bawang dan sayur, sedangkan dia mahu telur dan daging ayam sahaja.
Amizah berkata, dia cuba tenangkan pelanggan itu.
“Saya perasan dia mabuk. Sebelum ini dia tidak berkelakuan seperti itu,” katanya.

Amizah berkata, adiknya, Mohd Sobri, 18, menyedari lelaki itu mahu memukul Azimah dan menjerit.
“Adik saya tarik dia ke luar kedai dan berlaku pertengkaran­. Lelaki itu terjatuh lalu ambil seketul bata dan membalingnya,” katanya.

Katanya, lelaki itu keluar dan beberapa minit kemudian datang semula dengan parang dan bertanya Amizah di mana Sobri berada.

Sobri dan enam pelanggan melarikan diri selepas melihat suspek mengamuk. Lelaki itu mengejar Sobri, sambil melibas parang.

Suspek, yang dipercayai penagih dadah, pulang ke rumah dan keluar semula ke kedai berkenaan sebelum ditahan polis jam 11 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, polis merampas parang itu dari lelaki tersebut.

.... GANAH PUOK NIE...

HASAN JADI 'KAMBING' OLEH EXCO BUKAN ISLAM DI SIDANG DNS
Abu Nu'man 1 Komentar

Hasan Mohamed Ali yang hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas telah menggunakan ruang perbahasan sidang DNS sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan.
Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.

“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.


“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.
Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.

.... malunye aku......

TIMB. WANITA UMNO DITEMPELAK PENGAMPU SHAHRIZAT
Abu Nu'man 0 Komentar

Wanita Umno hari ini menempelak kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Ketua mereka, Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan.
“Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Datuk Kamilia Ibrahim.
“Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi,” jelas kenyataan tersebut.
Menurut Pergerakan Wanita Umno dalam kenyataan tersebut, sokongan kepada Shahrizat amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini.
“Ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor, dapat dilihat sokongan padu diberikan kepada beliau,” jelas kenyataan itu lagi.
Malah, mereka turut menegaskan bahawa Wanita Umno akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Shahrizat turut mengumumkan masih lagi akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

.... pendek umur le Kamilia...

22 Mac 2012

SHAHRIZAT PUNCA KAMI DIPANGGIL 'LEMBU' - NAIB WANITA
Abu Nu'man22 Mac 2012 2 Komentar


"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah, “  itulah luahan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Beliau menggesa agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.

Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.


... mujur lembu kalau lembu pendek....huhuhuhuhu

APA KATA HASAN ALI BILA TENGOK GAMBAR INI?
Abu Nu'man 1 Komentar

Blogger Pencacai angkat najis UmporNO mendakwa Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, telah sesat dengan melakukan suatu bidaah besar kerana berdoa dalam tokong Buddha sewaktu beliau dan rombongan dalam satu siri Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00 pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Banda Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.

Apa kate Hassan Ali dan Hassan Basri???

 
Abu Musa al-Ash'ari dan 'Umar ibn' Abdul Aziz sembahyang di sebuah gereja (rumah ibadah bukan Islam). Ash-Sha `abi,` Ata, dan Ibn Sireen tidak melihat sebarang kesalahan dengan sembahyang di sebuah gereja [jika seseorang kebetulan berada di sebuah gereja pada waktu solah]. Al-Bukhari berkata: "Ibn Abbas (radiyallāhu` anhu) akan berdoa di gereja-gereja [di bawah keadaan luar biasa] kecuali bagi mereka terdapatnya patung-patung atau arca. "Umat Islam dari Najran menulis surat kepada Umar (radiyallāhu` anhu) berkata bahawa mereka mendapati tiada tempat bersih atau lebih baik bersolat dalam daripada sebuah gereja. Umar (radiyallāhu `anhu) menulis surat kepada mereka:" Renjiskan dengan air dan daun dan solat di dalamnya "Menurut Hanafi dan mazhad Shafi`e, ia tidak suka untuk solat di tempat-tempat itu secara umum.
Wallahu'alam...

PAC AKAN TERUS SIASAT NFC WALAU DIHALANG SPEAKER
Abu Nu'man 0 Komentar

Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

“Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu (gambar). “Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan.

“Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini.”

Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat tergempar pagi tadi untuk membincangkan arahan Speaker Dewan Rakyat yang dibuat selepas sehari keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil enggan menghadap jawatankuasa tersebut.

Tapi Pandikar Amin mengesahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa hanya perkara yang menjurus kepada dakwaan jenayah terhadap Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

PR HANYA PERLU MENANG 100 KERUSI PARLIMEN
Abu Nu'man 0 Komentar

Lim Guan Eng percaya  Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.
Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah  sejak kemerdekaan.

Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.