23 Mac 2012

TIMB. WANITA UMNO DITEMPELAK PENGAMPU SHAHRIZAT
abu nu'man23 Mac 2012 0 Komentar

Wanita Umno hari ini menempelak kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Ketua mereka, Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan.
“Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Datuk Kamilia Ibrahim.
“Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi,” jelas kenyataan tersebut.
Menurut Pergerakan Wanita Umno dalam kenyataan tersebut, sokongan kepada Shahrizat amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini.
“Ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor, dapat dilihat sokongan padu diberikan kepada beliau,” jelas kenyataan itu lagi.
Malah, mereka turut menegaskan bahawa Wanita Umno akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Shahrizat turut mengumumkan masih lagi akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

.... pendek umur le Kamilia...
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.