RAYUAN LAGI RM120K DANA PEMBELIAN MARKAZ TARBIYYAH PAS

RAYUAN LAGI RM120K DANA PEMBELIAN MARKAZ TARBIYYAH PAS

Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 1

“"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"”

Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 2

“"Bila kita membeli di kedai, kita tukarkan duit dgn barang.Namun, sedarkah bila kita laburkan duit utk kebaikan, seperti kita membeli pahala dgn duit kita. Walaupun pahala ini benda yg tidak nampak, tetapi itulah duit kita diakhirat"”

Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 3

“"Islam tak boleh lari dari ceramah dan menerang. Bahkan betapa serius kewajipan itu ditukar dgn 2 rakaat zohor. Ertinya ceramah ini wajib. Dimasjid, namanya khutbah. Dipentas, namanya ceramah. Semuanya utk menerangkan Islam"”

Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 4

““"Benih dijaga begitu elok utk menghasilkan tanaman yg bermutu, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dgn jagaan iman dan taqwa kerana dari ‘benih’ inilah akan lahir tamadun ummah"””

Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 5

“"Jika kereta rosak, mekanik yg membaikinya. Jika manusia bermasalah, Pencipta manusia itulah yg perlu dirujuk. Pelik manusia yg mengaku Allah sebagai Tuhan tapi enggan merujuk kpd syariat Allah bila berdepan masalah"”

Friday, March 16, 2012

KANTOI!!! HABUK SEJAK 1990-AN... TAPI PENCEMARAN MULA 2008

(HM) MERU: “Kami beri masa sebulan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu bunyi bising dan habuk kilang simen yang terletak kurang 50 meter dari rumah penduduk.
“Jika kerajaan negeri gagal berbuat demikian, kami akan mengadakan demonstrasi aman di depan pintu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” itulah amaran yang diberikan penduduk, S Hassan Kuthoos Syed Ahmad Kaber, 38, berhubung pencemaran berpunca daripada sebuah kilang simen di Taman Daya Maju dan Taman Daya Meru, di sini, semalam.
Penduduk tidak tahan hidup dalam keadaan tidak selesa disebabkan habuk dan bunyi bising yang dikeluarkan sebuah kilang simen sejak tahun 1990-an lagi. Katanya, masalah pencemaran itu sejak dari 2008 sehingga kini dan masalah semakin meruncing sehingga membahayakan kesihatan penduduk.
“Tahap kesihatan kebanyakan penduduk terjejas dan sering diserang penyakit seperti asma dan batuk.
“Jika dibiarkan masalah ini berlarutan, dikhuatiri pelbagai lagi penyakit akan menyerang penduduk dalam jangka masa panjang,” katanya.
Tambah rumit apabila lori dari kilang simen dan kilang berhampiran turut melalui kawasan berkenaan mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak.

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan demostrasi di hadapan kilang simen berkenaan yang dihadiri kira-kira 50 penduduk dari kedua-dua taman perumahan.
......nak menipu pun agak-agak la....

SANGKA DICULIK RUPANYA LEMAS

KUALA LUMPUR: “Kali terakhir saya melihatnya, dia leka memerhatikan burung dan saya pula sibuk melayan dua abangnya yang menangis ingin menaiki buaian.
“Bila nak balik, baru kami sedar dia tiada. Puas kami mencarinya, tapi tak jumpa,” kata Nurazura Ahmad, 27, ibu kepada Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun yang ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, di sini pagi semalam.
Menurut Nurazura, semasa berkelah di pinggir tasik itu kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana berada terlalu dekat dengan air.

“Dua abangnya sibuk bermain di taman permainan tapi dia lebih tertarik melihat tasik dan saya terpaksa menariknya dua kali kerana dia berdiri terlalu dekat air,” katanya.
Mayat Irfan ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tasik berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. Nurazura membuat laporan polis mengenai kehilangan Irfan jam 7 malam kelmarin tanpa mengetahui anaknya jatuh ke dalam tasik. Menurut Nurazura yang menetap di Kluang, Johor, dia dan tiga anak lelaki yang berusia dua dan enam tahun termasuk Irfan berkunjung ke ibu negara dan berkelah di Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti persekolahan.

“Kami sekeluarga datang dari Kluang sejak Ahad lalu untuk melawat saudara di sini selain bercuti sempena cuti sekolah dan semalam (kelmarin) kami ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga ipar saya untuk berkelah.

“Suami saya tak datang kerana bekerja. Selain saya empat beranak, kami ke Tasik Titiwangsa bersama kakak dan abang ipar saya serta tiga anak mereka,” katanya. Nurazura mengakui dia terlepas pandang Irfan kerana sibuk melayan kerenah dua lagi anaknya yang menangis ingin menaiki buaian ketika duduk di pondok disediakan berhampiran tasik itu.

“Ketika saya sibuk melayan dua abangnya menangis nak naik buaian, saya perhatikan Irfan leka melihat burung dan itulah kali terakhir saya melihatnya,” katanya.

Nurazura diberitahu mengenai penemuan mayat anaknya selepas dihubungi polis pagi semalam dan diminta datang ke tasik untuk membuat pengecaman.

Dia kemudian bergegas ke lokasi penemuan Irfan bersama kakak iparnya dan hanya mampu menangis sebaik melihat sendiri jasad anak bongsunya terapung dalam keadaan tertiarap di gigi air.

Difahamkan, sebelah selipar kanak-kanak itu turut ditemui di tebing tasik berkenaan, manakala sebelah lagi terapung di permukaan air.

... hati-hati bawa anak-anak sempena cuti sekolah...

AHAD INI NAJIB LAWAT SELANGOR PULAK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program “Nurani Rakyat” di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong, mengikut kenyataan dari Barisan Nasional (BN) Selangor.


Najib, yang juga presiden Umno, baru melawat Shah Alam pada permulaan minggu ini.

lawatan kerja Najib (gambar) bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi.

Perdana Menteri akan menghadiri jamuan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan di Sek Ren Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda, Jalan Templer, Petaling Jaya.
Najib kemudian berdialog dengan bekas pegawai kanan kerajaan di Selangor dalam satu perjumpaan khas di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini pada sebelah petang.
Perdana Menteri akan menunaikan solat Asar di Surau Al-Fatinah, Pangsapuri Sri Siantan, Putra Perdana, Puchong serta beramah mesra dengan imam, nazir, anggota jawatankuasa surau dan masjid sekitar kawasan itu.

kemudian akan menyertai perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sek Men Kebangsaan Putra Perdana yang dijangka dihadiri 30,000 penduduk dari lima kawasan Parlimen – Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat, katanya.

Program perhimpunan bersama rakyat itu turut mengadakan pameran dan jualan pelbagai produk pertanian dalam Karnival Produk Pertanian bermula jam 10 pagi manakala pada 4 petang akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari lima Parlimen berkenaan serta insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR.

Last sekali Perdana Menteri akan melancarkan Pasukan Bermotor Pemuda Barisan Nasional Sepang.
 
.... Letih aku tengok cara Najib nak rampas balik Selangor.... last-last mati atas katil....

Thursday, March 15, 2012

ALAMAK 90% KAKITANGAN MAS SOKONG PR

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malik Ariff berkata bercadang untuk mendesak kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghentikan kerjasama MAS-AA kerana “tidak adil” kepada MAS, dan turut menambah bahawa perjanjian itu telah menerima tindakbalas negative daripada ahli kesatuan.


“Apabila Cawangan Khas (SB) memanggil saya bertanyakan bagaimana pekerja MAS akan mengundi kelak, saya kata dulu 50:50 tapi kini 90 peratus akan memilih pembangkang, “ katanya. “Bila bercakap dengan para pekerja, mereka semua mengeluh tentang kerajaan.”

MASEU, organisasi yang berpusat di Semanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun Abdul berkata tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja.

Abdul turut mendedahkan bahawa Najib, semasa perjumpaan selama sejam dengan kesatuan, telah menyatakan beliau bersimpati dengan keluhan ahli kesatuan, namun perdana menteri belum lagi memberikan kata pemutus.

Abdul berkata isu utama bagi ahli kesatuan adalah mereka “tidak percayakan” AirAsia.

“Perundingan pekerja sudah parah apabila kepercayaan sudah tidak wujud,” beliau berkata.

PANAS!!! KALI INI CHE DET HINA SAHIH BUKHARI & PEMILIKNYA

http://mahathir-mohamad.blogspot.com/

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.

2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :

i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.
chedet

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
... manakala ini adalah surat Sdr Hilal Asyraf buat Che Det
 
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.



Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.


Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya – Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.

Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara ‘Islam’ untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.


Kita ketepikan dahulu persoalan ‘Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan’. Sebab nampaknya, persoalan ‘Apakah Hudud Itu Daripada Allah’ pun tidak diketahui rupanya.


Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?


Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya ‘budak Usul’, atau ‘budak akar’ di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.


Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang “Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama’ Fiqah?”. Saya tidak layak untuk membahaskan “Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud.” Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.


Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama’.


Ini hukum mencuri:


“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.


Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:


Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!”


Kemudian hukum zina pula:


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Surah An-Nur ayat 2.


Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:


“Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.


Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.


Kemudian hukum murtad pula:


“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.


Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik” Surah An-Nur ayat 4.


Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.


Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.


Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.


Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.


Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?


Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.


Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri (atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.


Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama’ yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.


Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan. Tidak. Hakikatnya tidak.


Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.


Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.


Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama’-ulama’ Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.


Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement – Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.


Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.


Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini: ”Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir.” Sebenarnyalah.


"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. “ Surah Al-Maidah ayat 44.


“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 45.


“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” Surah Al-Maidah ayat 49.


Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir. Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.


Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.


Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.


Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.


Sampai di sini sahaja nota do’if saya.


Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai. Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.


Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.


Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.

~ Seorang hamba,

Hilal Asyraf

JOM BACA SURAT CHE DET BUAT TG NIK AZIZ






ANAK DONALD TRUMP DIKECAM DUNIA

Anak lelaki bilionair hartanah, Donald Trump, mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran tindakan mereka memburu haiwan liar dan dengan megah bergambar bersama bangkai haiwan berkenaan.

Aktivis hak asasi haiwan menyelar Donald Trump Jr, 34, serta adiknya, Eric, 28, yang membunuh pelbagai binatang liar, termasuk seekor gajah, buaya, musang dan rusa.

Mereka berburu di Zimbabwe, tahun lalu, dan gambar itu dipaparkan syarikat pengendali aktiviti berkenaan, Hunting Legends.

Kumpulan pencinta haiwan menganggap aktiviti berburu sebagai kejam dan tidak sensitif

Bagaimanapun, adik-beradik itu mempertahankan tindakan itu dengan mendakwa, daging haiwan berkenaan diberi kepada penduduk setempat untuk dijadikan makanan mereka.

Melalui Twitter, Trump Jr berkata, dia tidak rasa bersalah langsung atas tindakannya itu.





BN DAH START UGUT PENEROKA FELDA

Putrajaya akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada FELDA Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.
Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah sementara bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH, langkah penting terhadap penyenaraian firma perladangan tersebut.
Menurut beliau penyenaraian tersebut akan diteruskan sama ada peneroka tersebut memenangi injunksi terhadap pemindahan saham apabila kes tersebut akan didengar di mahkmah 22 Mac ini.
“Sekiranya kami tidak mampu mengenepikan injunksi yang dibuat mereka, kami tetap akan meneruskan penyenaraian ini. Kami perlu mengambil kesempatan sementara harga CPO masih lagi tinggi.
“Ini adalah faktor utama kenapa kami mahukan penyenaraian itu dilakukan pada May, tapi sekarang ia mungkin akan dilakukan pada Jun. Tapi kami akan teruskan tanpa KPF,” katanya.

Wednesday, March 14, 2012

BLOGGER UMNO PANGGIL SYED ALI ANJING!!!

.... Akibat mengeluarkan kenyataan yang mengecam pimpinan UMNO... pimpinan UMpoNo Cheras dihina dengan gelaran 'anjing'  oleh blogger mereka...

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.


Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

... SAMA MACAM ANJING???....HUHUHUHUHU

SEBAB BR1M.. SOKONGAN NAJIB MENINGKAT MENJELANG PRU 13

MELAYU MUDAH LUPA... Itulah hasil kaji selidik yang dibuat Febuari lalu, setelah BR1M selesai diedarkan mendapati reputasi Perdana Menteri telah melonjak 10 peratus kepada 69 peratus, dengan hampir tiga suku isi rumah berpendapatan rendah kurang daripada RM1,500 amat menyokong beliau.

Putrajaya akan mempertimbangkan pemberian wang tunai untuk golongan berpendapatan rendah sekiranya pendapatan kerajaan meningkat tahun ini.

“Kita boleh pertimbangkan pemberian BR1M pada masa-masa akan datang dan tidak akan menolak sekiranya pendapatan kerajaan meningkat,” kata Najib menjawab soalan berkenaan BR1M.

... so kalu nak dapat lagi duit tunggu PRU 14 le pulak woiiii

Tuesday, March 13, 2012

BODO SUNGGUH KETUA PENERANGAN UMNO

KUALA LUMPUR - Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan (gambar) berkata  keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.

“Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?” kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri.

....sape suruh Sharizat letak jawatan dalam UMNO? nak pegang ketua wanita sampai mampos pun takpe... tapi jangan pegang potfolio dalam negara...

Sunday, March 11, 2012

NAJIB AKAN UMUM KEDUDUKAN LEMBUNYA

Najib Razak berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

Shahrizat dipercayai telah mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini, lebih dari empat bulan selepas mula dikritik di atas isu pemberian projek RM250 juta kontroversial Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada keluarganya.

“Saya akan membuat suatu pengumuman pada waktu yang sesuai,” Najib berkata, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, dengan Shahrizat turut hadir semasa sidang media tersebut.

Friday, March 9, 2012

SHEIKH AHMAD YASSIN MENYELAK LEMBARAN QURAN DENGAN LIDAHNYA


Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan Allah. Terutama mempertahankan Palestin – bumi suci ketiga umat Islam. Beliau umpama pahlawan Islam silam.


Apa yang hebat semasa hayatnya adalah beliau merupakan seorang yang tidak pernah meningglkan solat berjamaah walau dalam apa keadaan sekalipun. Dan selepas solat beliau akan membaca Al-Quran dan anakandanya Sheikh Abdul Ghani akan menyelak lembaran demi lembaran Al-Quran untuk dibaca oleh ayahnya. Menurut anaknya, Sheikh Abdul Ghani pernah suatu hari dia tertidur kerana terlalu mengantuk ketika sedang ayahnya sedang membaca Al-Quran dan ketika dia tersedar didapati ayahnya, Sheikh Ahmad Yassin masih meneruskan bacaan Al-Quran dengan menyelak Al-Quran menggunakan lidah dan giginya. Subhanallah.


Pada tanggal 22 Mac 2004, tarikh yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin dimana Sheikh Ahmad Yassin telah gugur syahid.

Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel. Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.

Semoga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

SETIAUSAHA HBA BARU TAHU NAJIB TAK CERDIK

Setiausaha Kehormat bagi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata pembiayaan pinjaman RM400,000 di bawah skim itu untuk "perumahan mampu" adalah "tidak munasabah dan seseorang perlu memberitahu perdana menteri tentang fakta yang salah."


"Ia jelas perdana menteri kita tidak bijak dengan kepentingan diri kerana menyediakan harga setinggi RM400,000 untuk pekerja berpendapatan bawah RM3,000," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dengan bank dan didapati kebanyakan pemohon merupakan individu yang disenarai hitamkan atau tidak mempunyai bukti pendapatan sahih.

"Maklum balas mengatakan jika rakyat tidak mampu membelinya, maka jangan beli. Bagaimana anda boleh mengambil pinjaman 100 peratus pinjaman seperti itu tanpa komitmen?" katanya.

Chang berkata bagi 20-tahun pinjaman untuk RM400,000 mengikut standard industri dua peratus di bawah kadar pemberian pinjaman asas memerlukan satu ansuran bulanan RM2,552 atau 85 peratus daripada RM3,000.

Beliau menambah untuk 30-tahun perjanjian memerlukan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM2,051 atau 68 peratus daripada RM3,000.

Laman web skim itu juga mengatakan untuk layak menyertai program itu, pembayaran balik tidak boleh melebihi 55 peratus daripada pendapatan kasar pemohon.

"Ia tidak mengejutkan terdapat kelulusan sifar kerana peminjam-peminjam mampu hidup melebihi kemampuan mereka."

Beliau berkata berdasarkan garis panduan Bank Negara pembayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi satu pertiga pendapatan, pinjaman bagi skim itu sepatutnya di antara RM150,000 hingga 180,000.
Perdana menteri mengumumkan pada Oktober lalu ketika membentangkan Belanjawan 2012 bahawa pinjaman permulaan skim itu akan dinaikkan sehingga RM400,000 sebagai harga hartanah.
 
....aku dah tau lame dah.....

Thursday, March 8, 2012

KINI BOB KUMAN JADI MANGSA CERCAAN UMNO

Kini Bob Kuman menjadi mangsa cercaan terbaru pihak UmporNO selepas Bob Lokman... berbagai-bagai buruk gelaran diberikan kepada dia akibat sikatnya pada hari ini yang lebih mengikut jejak langkah Bob Lokman... apa boleh buat... itulah asam garam dalam kehidupan... bila seseorang yang ingin berubah ke arah maaruf dicerca oleh puak-puak toghot...

MANSUH SBPA.... BUKTI BN JAGA KAKITANGAN BAWAHAN?... HUHUHUHU

Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.


Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan “lubuk undi” untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kenaikan untuk Kumpulan Pengurusan dan Professional, dari Gred 1 hingga 54 adalah terhad kepada 13 peratus sahaja.

Sebuah panel diwujudkan dan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (PSD) Tan Sri Ismail Adam dan diberi tempoh sehingga 16 April ini untuk membuat keputusan.
Keputusan untuk memansuhkan SBPA ini juga memberikan kesan terhadap peluang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara.

BANJIR DI H.LANGAT... BANTUAN DIPERLUKAN SEGERA!!!

"BANTUAN SUKARELAWAN PAS/ AMAL TERMASUK BERUPA TENAGA, PERALATAN & MAKANAN & PAKAIAN DIPERLUKAN. MINTA BERKUMPUL DI KOMPLEK PENGHULU BT 10, SILA BERPAKAIAN AMAKL & BAJU KUNING. CALL DIN 010-3329240”
...begitulah bunyi SMS dari penyelaran Dun Dusun Tua....






Dusun Tua, Bt 20 dan Kawasan Dusun Tua, Batu 12, Sg Lui di daerah Hulu Langat ketika ini sedang dilanda banjir yang agak besar. Ketika ini hujan masih turun, cuma tidak lebat seperti beberapa jam yang lalu.
Kawasan-kawasan yang rendah habis dinaiki air. Jalan pun sesak teruk akibat banyak kenderaan yang terperangkap.
Unit Amal PAS Hulu Langat kini ini sedang sibuk membantu penduduk-penduduk dikawasan yang terjejas teruk akibat banjir.
Pasukan bomba & penyelamat, pasukan polis, RELA, Jabatan Pertahanan Awam 3 dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pun sibuk memberi bantuan.







....ayuh!!!!

PROJEK EKONOMI DPPWM

PROJEK EKONOMI DPPWM

INFAQ JIHAD FI SABILILLAH

..................................................................................................................

DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU

No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites