GADUH : ANAK NAZRI SETTLE SENDIRI... PORSHE SAPE MAU SETTLE?

Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.


“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,” katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. “Tidak ada kene mengena dengan saya.”

Menteri itu turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan.

Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis,” katanya.

Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.

Ulasan

  1. seorang bapak yg hanya pandai buat anak, tapi takut pada anak dan tak pandai mendidik anak.

    BalasPadam
  2. Anak iblis......
    ha..ha..ha...

    BalasPadam
  3. ketua iblis tk mau bertanggungjawab terhadap anak nya syaitan

    BalasPadam
  4. ni bola tanggung utk pr so pemuda wm ape pLan tak kn...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular