30 Mac 2012

RAKYAT RHU RENDANG BAKAL PANGKAH UMNO PRU INI
abu nu'man30 Mac 2012 5 Komentar

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang bakal ditandingi oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan beralih kepada UMporNo sekiranya 7,000 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bersama isteri dan suami atau anak masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang dianggarkan bersamaan 14,000 pengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, BN boleh memenangi kerusi DUN ini. Begitulah menurut Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku.

Katanya, UMporNO boleh merampas semula DUN itu jika 14,000 penduduk DUN Rhu Rendang memilih BN berbanding keseluruhan kira-kira 21,000 pengundi berdaftar yang terdapat di kawasan itu.
“Kalau mereka (penerima BR1M) pangkah UMporNO, BN boleh menang. Jadi kita harap mereka menghargai bantuan yang disediakan kerajaan itu termasuk bantuan lain seperti Dana Khas Hari Raya, Dana Remaja dan sebagainya,” katanya kepada Teganukita, di Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, Marang, baru-baru ini.

Sehingga kini, seramai 6,298 penduduk DUN itu menerima BR1M dengan peruntukan kira-kira RM3.1 juta menerusi tiga fasa pengagihan sejak awal tahun ini.
Katanya, BR1M yang baru dimulakan tahun ini diharap dapat mencetus peralihan minda dan perubahan angin majoriti penduduk di Rhu Rendang dan seluruh Marang supaya tidak lagi memihak kepada Pas.

Hinanya masyarakat Rhu Rendang kalu boleh dibeli dengan nilai RM500...
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

5 ulasan:

  1. BRIM = BAGI RASUAH SATU MELAYSIA = WAHAI RAKYAT MELAYSIA SEKIRANYA UMNO/BN PADA PRU 13 = KESEMUA RAKYAT AKAN KENA BALA DAN JANGAN MENYESAL,YANH PERTAMA - HARGA MINYAK,LETRIK DAN MAKANAN AKAN NAIK CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN ( GST )AKAN DI KENAKAN SEMUA TU DOK NANTI MACAM SINGA LAPAR. TAK PERCAYA KITA TUNGGU TENGOK,DUIT YG DOK BAGI TU ADALAH DUIT PINJAM,DAH TENTU KENA BAYAR BALIK,HABIS NAK AMBIK DUIT MANA? JAWAB NYA CUKAI KEATAS RAKYATLAH.

    BalasPadam
  2. Salam. Perkiraan dan percaturan yg amat silap. RM500 selepas 54 tahun membaham hasil emas hitam (minyak). LUCU. RM9.25 setahun atau RM0.77 sebulan. Sebarkan kepada semua orang Terengganu. RM5 billion setahun dibaham gerombolan. Masyarakat Rhu Rendang hanya RM9.25.

    jangan pikir lagi. Pangkah apa saja ABU.

    BalasPadam
  3. TAKKAN LAH ORANG RHU RENDANG SEBODOH LEMBU NFC KOT.

    BalasPadam
  4. rezeki jangan di tolak.. maruah jgn di jual..

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.