USTAZAH UMMI HAFILDA FITNAH HUBUNGAN SEKS SHAMSIDAR DAN DSAI

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berikarar akan melawan dan mendedahkan segala keburukan serta kemungkaran yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap dalam sidang media bersama Datuk S. Nallakarupan semalam, beliau menegaskan tidak langsung gentar sekiranya dicabar atau disaman oleh Anwar dengan kenyataannya yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri kepada Timbalan Penasihat PKR, Azmin Ali yang juga abangnya.

Malah, Ummi Hafilda nekad mahu karier politik Anwar dibungkus dan ditalkinkan termasuklah Azmin sekali.

Bagi Ummi, beliau bukan saja menentang abangnya, tetapi menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh Azmin yang terlalu taksub tunduk menyokong Anwar.

“Saya lakukan semua ini kerana ingin membuka mata dan minda masyarakat siapa sebenarnya si dajal Anwar itu dan si dayus Azmin yang sanggup membenarkan kemungkaran yang dilakukan Anwar dengan biarkan Anwar melakukan hubungan seks dengan Shamsidar,” kata Ummi Hafilda.

Selain itu, Ummi Hafilda juga turut mencabar Azmin untuk menyahut cabarannya itu.

“Saya lontarkan cabaran ini kepada Azmin untuk menyahut tindakan saya. Tapi, saya tahu, dia tidak akan berani kerana saya mempunyai bukti lengkap mengenai kes ini.

“Saya sendiri mengekori pergerakan Anwar pada tahun dia melakukan perbuatan terkutuk dengan Shamsidar dan Datuk Nalla sendiri yang menjadi saksi,” katanya.

Bercakap mengenai bukti yang ada, beliau akan merungkaikan segala bentuk bukti-bukti ketika perbicaraan dijalankan di mahkamah.

Ummi Hafilda turut menyelar tindakan Azmin yang selama ini sanggup menipu rakyat dengan memperjuangkan kepimpinan yang salah dan tidak benar.

“Selama ini, Azmin memaksa saya, termasuklah kakak-kakaknya sendiri untuk menipu dan tidak benarkan kami membuka mulut. Tapi tidak lagi kini. Saya akan berjuang habis-habisan dan akan disokong oleh kakak-kakak saya termasuklah ibu kami sendiri,” tegas Ummi Hafilda.

Malah, Ummi Hafilda turut menggelarkan isteri Penasihat PKR, Wan Azizah sebagai wanita hipokrit dan munafik.

“Azizah adalah wanita hipokrit kerana selama ini menyokong kemungkaran yang dilakukan oleh suaminya sendiri. Dalam pada masa sama, dia turut memanggil Shamsidar sebagai perempuan jalang dan sundal kerana dia tahu Shamsidar ada hubungan dengan Anwar. Tetapi, kalau berhadapan, bersikap munafik dengan berpeluk cium antara satu sama lain,” katanya.

Ulasan

  1. Sudahlahtu ummi, bertaubatlah selagi ada peluang yr sedikit ini ..membongkar keaiban orang pun satu kemungkaran..tak ada kelebihannya dari orang yang berbuat mungkar..macamana kalau fitnah?lu fikirlh sendiri...Orang sekarang dah sedar hukum hakam tak mau bersubahat,mendengar pun subahat...gossip artis lainlah,kdg2 artis sendiri yg minta digossipkan supaya terkenal....

    BalasPadam
  2. Kalau perkara ni fitnah,kalau ko mampos biar ler ko kena makan oleh anjing dan biawak....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular