31 Mei 2012

NEELOFA 'NASIHAT' PEMBIDA WWW 1
Abu Nu'man31 Mei 2012 7 Komentar

Senarai Penerima Plat Termahal WWW Vs Orang Miskin




RM 520,000.00 …FUHHHHH bukan sikit2 anak tau….kalaulah bagi makan kat insan2 kedaifan & memerlukan pasti kenyang.

siapalah agaknya pembida termahal tu kan? apalah agaknya yang mereka ni dapat kalau berjaya usung nombor plat ni kat kereta mereka. agaknya apakah jenama & model kereta ‘bertuah’ yg akan memperagakan nombor plat ni nanti???

pastilah org yg membida ni super-duper-kaya-raya-maya kan??? jadi apalah sgt duit byk tu bagi mereka. duit dah berlebih2 sampai tak tahu nak buat apa. bersedekah sudah, menderma, amal jariah semua dah dibuat, keperluan sendiri & family pun dah sempurna & berlebih2 sampai 7 keturunan tak habis makan. apalah sgt berhabis utk KEPUASAN kan????
macam2 ragam manusia ni, ada gila brg berjenama, gila beli benda2 antik, beli lukisan mahal2, kumpul novel (aku la tuuuu), bida no plat, korek hidung pakai jari kaki (ceh!!!) macam2 lagi ragam manusia.

WWW 1 catat sejarah dibida RM520,000
 
Sumber neelofa.info .


BERAPE HARGA PLAT KETA SULTAN KELANTAN?
Abu Nu'man 12 Komentar


 

Sekali pandang tak ada apa pun yang pelik dan 'special' gambar diatas ini. Gambar ialah Kenderaan rasmi KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Yang menarik nya ialah 'plate number' kereta tersebut. Plate tersebut ditulis dalam bentuk tulisan jawi.

Tulisan jawi dikeluarkan dari pembelajaran sekolah kebangsaan pada 1969 oleh Menteri Pelajaran masa itu Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Lama kelamaan tulisan jawi semakin terpinggir sehingga beberapa tahun lepas, akhbar Utusan Melayu(jawi) pun lingkup. Penerbitan terakhir nya pada januari 2006. Masa tu bukan main lagi juak juak UMNO menjadi juara untuk membela tulisan jawi konon nya. Jenis dasar penipu, lama lama senyap.

Satu satu nya negeri yang masih cuba mendaulatkan tulisan jawi hanya lah Kelantan. Bukan setakat cakap tapi diiringi dengan pelaksanaan apabila Sultan Kelantan sendiri menggunakan tulisan jawi pada kereta baginda.




.....  apapun YM Sultan gua yang terbaekkkkkkkkkkkk... YM pakai plate keta yang tuanku suka.... suka hati tuanku la nak tulis ape pada plate keta... keta tuanku.... taknak pakai plate pun apa ada hal...... hahahahahaha

....

BRAHIM DESAK SULTAN TARIK PINGAT KEBESARAN NIZAR MACAM DIA...
Abu Nu'man 3 Komentar

KUALA LUMPUR 30 Mei - PERKASA mendesak Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana membuat pertuduhan yang tidak berasas berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran Kenderaan Baginda tersebut.
 
 Ibrahim Ali berkata (yang telah menderhaka kepada Sultan Kelantan sehingga dilucut Pangkat kebesarannya), tindakan Nizar disifatkan sebagai biadap kerana membuat kenyataan secara terbuka menerusi laman sosial Twitter miliknya itu.
 
Lantaran itu, Ibrahim Ali turut menggesa Sultan Perak menarik semula pingat kebesaran yang telah diberikan kepada Nizar sewaktu memegang kuasa selaku Menteri Besar Negeri tersebut kerana tidak mempamerkan seorang Pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat Melayu khasnya.
 
"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas. Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.
 
"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.
 
Turut hadir beberapa Pimpinan PERKASA termasuklah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.
..... Dia ingat Sultan Perak bodoh macam dia... dia sendiri derhaka pada Sultan Kelantan sebab tue YM Sultan tarik balik pingat kebesaran....

SHAHRIZAT PINDA TUNTUTAN SAMAN
Abu Nu'man 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.

Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos. — Bernama

30 Mei 2012

K-POP PATUT TIADA or TAK PATUT ADA : HARUSSANI
Abu Nu'man30 Mei 2012 9 Komentar

memang lembut SS Harussani ini... cakap pun berlapik je.... "patut tiada"...  hehehehehe... tapi lain pulak sifatnya bila hentam TG Nik Aziz...






BLOOGER UMNO PERTIKAI DERMA LEBUHRAYA... KENAPA BANGSAT SANGAT?
Abu Nu'man 2 Komentar

Kenapa perlu jadi bangsat agama dahulu baru layak bergelar blogger pencacai angkat najis UMporNo? Kenapa perlu ada bangsat seperti ini untuk mempertikaikan kelebihan ganjaran pahala yang telah jelas dinyatakan melalui lidah Baginda Nabi dan Kalam Allah? Kenapa perlu memperlekehkan kelebihan bersedekah yang amat dituntut dalam Islam? Kenapa perlu pertikaikan Tuhan Semesta Alam yang Maha Kaya?


"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.

Tidak rugi kita bersedekah, tambah pula duit sedekah kita itu disalurkan untuk manfaat umum. Besar ganjaran yang akan kita perolehi dari bersedekah sesuai dengan firman Allah

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari ) ...



WWW 1 : UMNO BAKAL MENGAMOK ESOK
Abu Nu'man 3 Komentar

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dipercayai disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Sultan Johor berhubung isu bidaan no plat berpendaftaran WWW 1.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif telah mengesahkan perkara itu, dan berkata satu pasukan siasatan telah dilantik bagi tujuan itu.

Dipetik The Star Online, beliau berkata “kami akan menyiasat perkara itu dengan telus dan professional. Biar kami jalankan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk kedua-dua belah pihak.”

Nizar (gambar) didakwa telah mengkritik Sultan Johor ekoran bidaan tertinggi no plat tersebut di laman Twitter miliknya.

Beliau telah menyatakan RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan tersebut lebih baik digunakan untuk membantu rakyat Johor yang masih miskin.

Kenyataan beliau itu ternyata telah mengundang kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak dan menuntutnya mengemukakan permohoan maaf kepada kerabat diraja tersebut.

.... maka akan berarak bodoh la puak-puak umno di Balai-Balai Polis seluruh malaysia esok....hahaha...

yang pasti sultan gua yang terbaekkkkkk!!!!!!!!!!!!

JUTAAN HADIR CERAMAH HASAN BASRI KAT WAKAF BHARU
Abu Nu'man 4 Komentar

Hampir 4 juta orang hadir mendengar ceramah BN yang penuh dengan ayat-ayat Quran... kalu sebelum nie agak mustahil nak dengar ayat Quran dalam ceramah-ceramah BN... tapi sejak wujudnya insan yang kononnya dulu ketua Penerangan Pas Selangor (2001-2003), Hasan Basri yang telah keluar dari Pas mengikut ketuanya Hasan Ali, maka terus mendapat tempat dihati pimpinan BN untuk memanggil puak-puak ini berceramah atas pentas mereka kononnya atas dasar amal maarof dan cegah segala kefasikan dalam negara.... 
Umno yang mula berjinak-jinak dengan ceramah agama kalu sebelum ini hanya dengar bacaan ayat Quran time khutbah Jumaat sahaja... tapi berjaya menjemput Hasan Basri untuk berceramah di Wakaf Bharu, jajahan Tumpat...
tapi kehadiran Hasan Basri yang dibuang dari Selangor ke Kelantan semalam kurang mendapat perhatian  daripada masyarakat tempat... kehadiran dalam 200 orang sahaja... tak padan dengan poster dan banner yang digantung sekitar Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan, Pengkalan Kubur... tapi yang hadir sebahagian besar orang-orang Pas turut hadir nak dengar ucapan orang Pas sendiri diatas pentas BN...

.... apapun sebotol air mineral hadiah buat tetamu yang hadir dari jauh nak dengar ucapan orang yang kononnya pejuang Pas satu ketika dulu.... apapun ok le tue...
 mintak komen sikit Pak Hasan Basri...????

29 Mei 2012

SYED ZAINAL ABIDIN LETAK JAWATAN CEO PROTON
Abu Nu'man29 Mei 2012 0 Komentar

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

“Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

“Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau,” kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan,” kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.

HANYA ORANG DUNGU SAHAJA PERCAYA KATA2 NAJIB
Abu Nu'man 0 Komentar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara.

Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya.

"Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan "Invest Malaysia 2012" di sini hari ini.

28 Mei 2012

PAPER UMNO DAKWA LAIN... IBUBAPA REDHO ANAK DIBUANG LIMPA...
Abu Nu'man28 Mei 2012 8 Komentar

(MSTAR) ..... Keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku sewaktu perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.

Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq yang mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.

“Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.

“Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama,” katanya.

TAPI DIBAWAH LAIN PULA BERITA DARI IBUBAPA MANGSA YANG DIDAKWA....

(FMT) PUTRAJAYA: “Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya.”

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.


Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

“Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

“Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

“Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai,” katanya kepada Free Malaysia Today.

(EDISI KANTOI) UMPAN LOMBORGHINI DEMI SELAMATKAN SEKINCHAN DARI DILELONG
Abu Nu'man 1 Komentar

 
Bagi menyelamatkan Restoran yang paling sedap dan murah Sekinchan daripada dilelong pada hujung bulan ini, Jamal Pak Tongkol telah bertindak bijak lebih awal untuk memperbodohkan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat Malaysia dengan tawaran keta Lomborghini bernilai RM2 juta dengan berbelanja di situ... Bagaimana caranya Pak Tongkol nak selamatkan seluruh restorannya??
Justeru, Jamal Pak Tongkol telah mengumpan potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..  bijak tak.?.. kedai selamat untung pun dapat....hahahahahaha.... aku bijak...korang bodoh piang....

SELAK SKIRT UNTUK ANAK BELIA KITA.... MANA HASAN ALI
Abu Nu'man 3 Komentar

terjojol mata Hasan Ali dan Fathul Bari bila tengok gambar selak-selak samapi nampak spender....
 selak jangan tak selak skirt... kasi jahanam anak muda belia.... Hasan Ali nak tengok kita bincang nanti malam...
 Harapkan Najib Rosmah memang tokleh harap... Menteri agama dua kali lima je ngan Najib... fathul bari .... ulama 'konon' bisu.... dan Hasan Ali korang komen sendiri....
.... Imam muda jangan cakap banyak... nanti periuk nasik korang terjejas....

27 Mei 2012

SILAP PEGI KULIAH UAI... BAIK PEGI DAL SHABET
Abu Nu'man27 Mei 2012 7 Komentar

 Akhirnya Najib berjaya merosakkan minda dan aqal gerenarasi belia dengan persembahan yang menjolok mata dengan penganjuran konsert K-Pop dari kumpulan Dal Shabet (artis Korea) dengan pengarahkan pemansuhan Kuliah Perdana UAI yang pada awalnya dijadualkan berlangsung di PICC..

Syabas Najib dan UMNO kerana berjaya membawa belia melayu makin dekat dengan kemurkaan Yang Esa ....
 .... Lihatlah bersungguh-sungguh manusia menempah kemurkaan Allah....

INNALILLAH PADA SEMUA MANGSA KEMALANGAN DRAG PUTRAJAYA
Abu Nu'man 1 Komentar

Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.


Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.


Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.





25 Mei 2012

MD SAID TUMPANG AGIH DUIT ZAKAT AGROBANK
Abu Nu'man25 Mei 2012 1 Komentar

Memandangkan duit Ihsan Terengganu hampir susut maka suatu Majlis Penyerahan Zakat Tahunan 2011 dari Agrobank di Terengganu akan diadakan pada Ahad ini 27 Mei 2012. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh MB Terengganu yang tak reti malu Ahmad Said....

"BAPA KAFIR" - BANTAHAN PEMUDA PAS DEPAN NST
Abu Nu'man 0 Komentar

(MK) Kira-kira 70 penyokong Pemuda PAS hari ini berhimpun di hadapan ibupejabat News Strait Times di Bangsar kerana membantah penyiaran laporan berita yang menggelar Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai bapa kafir.

NONESambil menuntut supaya akhbar berkenaan menarik balik laporan tersebut dan membuat permohonan maaf, mereka mengadakan gimik dengan memijak dan mengoyak akhbar berkenaan.

Perhimpunan selama lebih 30 minit bermula jam 2 petang itu, diketuai Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai beberapa exco Pemuda termasuk Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Sany Hamzan.

"Berita itu tidak dapat diterima oleh PAS dan umat Islam," kata Khairul Faizi dalam uacapannya sambil diiringi laungan "jahanam NST" dan "boikot NST".

NONEMenurutnya lagi, sekiranya akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, pihaknya mengancam untuk membakar akhbar itu dalam perhimpunan PAS pada 1 Jun ini di Kedah.

Sebelum itu, mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.

Mereka membawa poster antaranya tertulis: "Damn You NST" dan "Boikot NST".

ANJING-ANJING UMNO BELAKANG-BELAKANG BERANI LA...
Abu Nu'man 4 Komentar


Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar.

Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.

Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam. ~malaysiakini
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.