30 Apr 2012

UNIT AMAL ANTARA MANGSA KEGANASAN POLIS
KHAT KUFI on CANVAS30 Apr 2012 9 Komentar

Tuhan bagi kita Aqal untuk Fikir... Tuhan bagi kita  Iman untuk Nilai...






NAME 11 POLIS LELAKI CEDERA... XDE NAME POLIS WANITA YG JATUH MOTOR??
KHAT KUFI on CANVAS 3 Komentar

11 orang anggota polis tercedera, 9 orang anggota dirawat di Hospital Kuala lumpur (HKL) dan 2 orang anggota dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).:-

1. KPL 165534 Mohd Fairuz Bin Zulkifli, Anggota Cawangan Trafik Kuala Lumpur, mengalami kecederaan luka dan calar di badan akibat ditendang dan dipijak oleh peserta perhimpunan. beliau dirawat di hkl.

2. KPL 141269 Abu Bakar Bin Abdul Rahman, anggota IPD Putrajaya, mengalami kecederaan pecah dibibir, bengkak bawah mata kiri dan kesakitan di badan akibat ditumbuk dan dibaling objek sehingga terjatuh daripada motosikal. beliau dirawat di PPUKM.

3. KONST 171506 Azizi Bin Mohd Noh, anggota cawangan trafik bukit aman, mengalami kecederaan di pipi akibat dibaling objek keras dan mendapat rawatan di HKL.

4. L/KPL 152574 Mohd Nasir Bin Abu Mansur, anggota cawangan trafik Kuala Lumpur, mengalami kesakitan badan dan tidak boleh duduk akibat terjatuh motosikal dan dipukul di perut. beliau dirawat di HKL.

5. L/KPL 157576 Datu Mohd Johar Datu Shariman, anggota cawangan trafik Kuala Lumpur, mengalami kecederaan di mata akibat ditumbuk oleh peserta perhimpunan. beliau menerima rawatan sebagai pesakit luar di HKL.

6. KONST 178857 Mohd Nor Firdaus Bin Hj Abu Bakar, anggota IPD Putrajaya, mengalami kecederaan retak tulang lengan kanan dan dirawat di PPUKM.

7. KONST 175128 Mohd Kamil Bin Parimin, anggota IPK Terengganu, menerima 7 jahitan di kepala dan dirawat di HKL.

8. KONST 179689 Zaman Bin Ali, anggota balai Polis Wangsa Maju, mengalami kecederaan patah hidung dan dirawat di HKL.

9. SJN 84797 Shuib Bin Jamaluddin, anggota IPD Kangar, sakit darah tinggi dan dirawat di HKL.
10. L/KPL 124962 Tuan Ruzi Bin Tuan Seng, anggota IPD Machap Johor, kecederaan patah dua batang gigi, koyak di bahagian bibir (7 jahitan di dalam bibir), dan lebam seluruh badan. beliau dirawat di HKL.

11. L/KPL 157813 Amirul Bin Nawri, anggota balai polis Port Dickson, mengalami sesak nafas akibat ditumbuk. beliau dirawat di HKL.

 takde pun name polis wanita tue... mungkin tak cederakan kot....huhuhuhuhuhuhu

DPPM : WIRA-WIRA RAKYAT SILA TAMPILKAN RAKAMAN ANDA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar


KUALA LUMPUR, 30 April — PAS menafikan laporan media yang mendakwa ahli parti Islam tersebut daripada Unit Amal PAS telah merempuh benteng polis ketika perhimpunan Bersih “Duduk Bantah” Sabtu lalu.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nasrudin Hasan berkata, pihaknya juga kesal dengan laporan media yang seolah-olah melihatkan Unit Amal PAS yang bertugas menjaga keamanan sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 dilabel seperti perusuh yang merempuh anggota polis.

Nasruddin turut menayangkan video rakaman yang menunjukkan anggota Unit Amal PAS yang dilarang memberikan bantuan kepada perusuh yang sedang dipukul anggota polis di Jalan Raja Laut.

“Unit Amal cuba memberikan bantuan, tetapi dihalang pihak polis?

Kenapa media tidak memainkan perkara ini, sebaliknya melaporkan keburukan Unit Amal?” soalnya lagi.
Malah, Nasrussin juga yakin kredibiliti dan imej Unit Amal yang umum sedia maklum bertugas menjaga keamanan sewaktu perhimpunan “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka Sabtu lalu tidak akan tercalar.

Sehubungan itu, pihak DPPM mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai video untuk memuat naik di laman YouTube, ataupun menyerahkannya kepada DPPM supaya dapat dijadikan bukti.

“DPPM meminta agar wira-wira rakyat tampil mengemukakan rakaman mereka, supaya pihak kami daripada Juham (Jabatan undang-undang dan hak asasi manusia) dapat mengkaji dan menelititi video berkenaan supaya tindakan perundangan dapat diambil.

“Kami juga menuntut satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat dengan adil dan rasional berhubung insiden 28 April lalu,” katanya lagi.

Tambah Nasruddin, PAS menyertai Bersih kerana menyokong 84 NGO yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, dan sekiranya kerajaan masih lagi tidak melaksanakan lapan tuntutan Bersih, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.

“Sekiranya tuntutan itu tidak dilayan lagi, kami tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.”

PRESIDEN : BERSIH 3.0 LEBIH BERJAYA DARI SEBELUMNYA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar


Datuk Seri Hadi Awang hari ini menegaskan perusuh ganas demonstrasi “Duduk Bantah” yang berlangsung di ibu Negara semalam bukanlah dari kalangan peserta penyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana demonstrasi semalam turut melibatkan pelbagai pihak termasuk penyokong parti lawan.

President PAS ini sebaliknya berasa bangga apabila peserta yang terdiri daripada kalangan penyokong PR dapat berhimpun secara aman, sebelum pihak polis mula menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

“Kita perlu ingat, peserta yang hadir semalam bukan sahaja daripada kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Ada juga pemerhati, penyokong parti lawan, dan pihak polis, malah, polis datang lebih awal dari peserta.

“Ada antara mereka yang kita tidak mampu nak kawal. Tapi saya berbangga apabila peserta penyokong PR berjaya berhimpun secara aman,” katanya dalam satu majlis santai bersama media online dan blogger di sini.
Menurut Ahli Parlimen Marang ini lagi, pihaknya juga telah berjaya mengawal peserta demonstrasi semalam lebih baik berbanding perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

“Kita (PR) buat arahan supaya berhimpun secara aman, malah kali ini (Perhimpunan Bersih 3.0), kita dapat kawal lebih baik daripada yang sebelumnya,” katanya lagi.

Sehubungan insiden keganasan perusuh demonstrasi menuntut pilihan raya
adil dan bersih “Duduk Bantah” semalam, Hadi menganggap kerajaan
Barisan Nasional (BN) masih “baru” kerana mengambil tindakan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

“Kerajaan seharusnya ambil pengajaran daripada negara luar, Negara maju. Mereka sepatutnya membenarkan peserta demonstrasi melakukan bantahan secara aman tanpa sebarang provokasi daripada pihak berkuasa, sebaliknya pihak berkuasa hanya mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta.
“Nampaklah kerajaan kita masih baru, tidak mahir mengawal demonstrasi,” katanya lagi.

Disebalik keganasan yang berlaku melibatkan perusuh semalam, Hadi masih beranggapan perhimpunan semalam lebih berjaya berbanding Bersih 2.0.

“Saya melihat perhimpunan semalam berjaya. Lebih berjaya dari Bersih 2.0.
“Kerajaan sekarang wajib lakukan perubahan terhadap sistem pilihan raya,” tegasnya lagi.

29 Apr 2012

(PANAS) LELAKI BERBAJU KUNING KETIKA PESERTA DIBELASAH POLIS
KHAT KUFI on CANVAS29 Apr 2012 9 Komentar


Masih ingat puluhan polis trafik membelasah teruk seorang peserta Bersih 3.0...
ketika sedang seronok polis membelasah peserta.. datang seorang unit amal yang ingin menolong tapi dihalang oleh seorang polis trafik..
datang lagi seorang mamat berbaju kuning dari sebelah kanan jalan menghampiri tempat peserta tadi

Siap boleh berdiri bersama-sama polis anjing tersebut...

Mamat berbaju kuning tue steady je duk situ tanpa dihalau pihak polis... unit amal dan orang ramai dihalau dari tempat itu.... apakah itu anjing upahan polis???

SIAPA BERI POLIS ARAHAN TEMBAK GAS???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Tindakan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta yang berhimpun menuntut pilihan raya adil dan bersih semalam adalah pencetus kepada keganasan, kata Bersih.

Kumpulan berkenaan menegaskan ketika sidang media hari ini perhimpunan tersebut yang pada mulanya aman bertukar ganas setelah “gas pemedih mata dilepaskan”.

“Siapa yang lepaskan gas pemedih mata?  Itu adalah punca berlakunya keganasan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Organisasi gabungan 84 NGO itu mengakui sebahagian peserta merempuh sekatan halangan polis di sekitar Dataran Merdeka, yang mana melanggar ntah mahkamah, sebelum polis bertindak, turut menegaskan perusuh diarahkan tidak memasuki kawasan dataran tanpa kebenaran polis.

Ambiga berkata, “sekurang-kurangnya satu atau dua tembakan cukup” untuk menyuraikan peserta, namun polis “terus melepaskan gas pemedih mana”.

“Ini menunjukkan polis diberi arahan untuk menghukum. Siapa beri polis arahan?” soal bekas Pengerusi Majlis Peguam ini lagi.

(LENSA DPPWM) PENIAGA MAKANAN RUGI GILER2
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

 Suasana kedai makanan di sekitar lorong TAR yang dipenuhi para peserta sekitar jam 1.00 tghr...

 Air dalam peti pun habis... tak sejuk pun lantaklah janji ada air .... 200k manusia datang...
 Nasik awal lagi habis... tak sempat orang lain nak makan...

Ini satu lagi bukti peniaga kerugiaan, kedai mereka di'ceroboh' oleh peserta 
BERSIH, ini menyebabkan para peniaga telah ke'rugi'an puluhan ribu ringgit.Maka amat ber'untung'lah siapa yang tutup kedai semalam, kerana siapa yang 
tutup kedai semalam beroleh ke'untung'an berganda dari hari-hari 
sebelumnya
Kalu cam nie... hari2 Bersih pun takpe....hahahahahaha

(LENSA DPPWM) : TEMBAKAN PERTAMA JAM 2.30 PM
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar










Fru melepaskan tembakan pertama kepada para peserta yang berada di sekitar Dataran/ DBKL sekitar jam 2.30 pm



 Jam 4.10 petang di hadapan LRT Masjid Jamek


 Jam 4.40 petang FRU terus melepaskan tembakan seterusnya selepas sahaja Azan Asar dikumandangkan....



 

28 Apr 2012

(LENSA DPPWM) POLIS LARI DIKEJAR PESERTA...HAHAHAHA
KHAT KUFI on CANVAS28 Apr 2012 7 Komentar






.... Kecik kepala-kepala barua UMNO nie dikejar peserta Bersih 3.0.....hahahahahahahah

(LENSA DPPWM) MUKA SI POLIS BANGSAT
KHAT KUFI on CANVAS 13 Komentar

Orang mesti marah sebab kate polis bangsat... suka hati aku la nak panggil apa...  sebab aku tau apa yang berlaku tadi....hahahahahhahahaha


si polis bangsat nie start provoke para peserta... tak buat camne .... iman nipis dalam diri... hari-hari dihidang daging anjing lembu...
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.