29 Apr 2012

SIAPA BERI POLIS ARAHAN TEMBAK GAS???
abu nu'man29 Apr 2012 0 Komentar

Tindakan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta yang berhimpun menuntut pilihan raya adil dan bersih semalam adalah pencetus kepada keganasan, kata Bersih.

Kumpulan berkenaan menegaskan ketika sidang media hari ini perhimpunan tersebut yang pada mulanya aman bertukar ganas setelah “gas pemedih mata dilepaskan”.

“Siapa yang lepaskan gas pemedih mata?  Itu adalah punca berlakunya keganasan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Organisasi gabungan 84 NGO itu mengakui sebahagian peserta merempuh sekatan halangan polis di sekitar Dataran Merdeka, yang mana melanggar ntah mahkamah, sebelum polis bertindak, turut menegaskan perusuh diarahkan tidak memasuki kawasan dataran tanpa kebenaran polis.

Ambiga berkata, “sekurang-kurangnya satu atau dua tembakan cukup” untuk menyuraikan peserta, namun polis “terus melepaskan gas pemedih mana”.

“Ini menunjukkan polis diberi arahan untuk menghukum. Siapa beri polis arahan?” soal bekas Pengerusi Majlis Peguam ini lagi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.