30 Apr 2012

PRESIDEN : BERSIH 3.0 LEBIH BERJAYA DARI SEBELUMNYA
abu nu'man30 Apr 2012 0 Komentar


Datuk Seri Hadi Awang hari ini menegaskan perusuh ganas demonstrasi “Duduk Bantah” yang berlangsung di ibu Negara semalam bukanlah dari kalangan peserta penyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana demonstrasi semalam turut melibatkan pelbagai pihak termasuk penyokong parti lawan.

President PAS ini sebaliknya berasa bangga apabila peserta yang terdiri daripada kalangan penyokong PR dapat berhimpun secara aman, sebelum pihak polis mula menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

“Kita perlu ingat, peserta yang hadir semalam bukan sahaja daripada kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Ada juga pemerhati, penyokong parti lawan, dan pihak polis, malah, polis datang lebih awal dari peserta.

“Ada antara mereka yang kita tidak mampu nak kawal. Tapi saya berbangga apabila peserta penyokong PR berjaya berhimpun secara aman,” katanya dalam satu majlis santai bersama media online dan blogger di sini.
Menurut Ahli Parlimen Marang ini lagi, pihaknya juga telah berjaya mengawal peserta demonstrasi semalam lebih baik berbanding perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

“Kita (PR) buat arahan supaya berhimpun secara aman, malah kali ini (Perhimpunan Bersih 3.0), kita dapat kawal lebih baik daripada yang sebelumnya,” katanya lagi.

Sehubungan insiden keganasan perusuh demonstrasi menuntut pilihan raya
adil dan bersih “Duduk Bantah” semalam, Hadi menganggap kerajaan
Barisan Nasional (BN) masih “baru” kerana mengambil tindakan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

“Kerajaan seharusnya ambil pengajaran daripada negara luar, Negara maju. Mereka sepatutnya membenarkan peserta demonstrasi melakukan bantahan secara aman tanpa sebarang provokasi daripada pihak berkuasa, sebaliknya pihak berkuasa hanya mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta.
“Nampaklah kerajaan kita masih baru, tidak mahir mengawal demonstrasi,” katanya lagi.

Disebalik keganasan yang berlaku melibatkan perusuh semalam, Hadi masih beranggapan perhimpunan semalam lebih berjaya berbanding Bersih 2.0.

“Saya melihat perhimpunan semalam berjaya. Lebih berjaya dari Bersih 2.0.
“Kerajaan sekarang wajib lakukan perubahan terhadap sistem pilihan raya,” tegasnya lagi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.