2. Semenjak Idris Jala selaku Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) umumkan kononnya Malaysia bakal bankrap menjelang 2019 jika trend subsidi tidak berubah sepertimana kemelut yang dihadapi Greece; ramai yang was-was dengan kenyataan tersebut. Yolah, kenyataan daripada mantan CEO yang menyelesaikan masalah kewangan MAS dengan cara membuang pekerja. Setakat nak selesai masalah dengan membuang pekerja, tak payah jadi CEO, pramugari pun boleh fikir.
3. Hari ini PEMANDU yang dipengerusikan Koh Tsu Koon bersama CEO, Idris Jala, dilihat SANGAT BERKUASA menentukan hala tuju ekonomi negara. Mereka tidak peduli dengan kos hidup tinggi yang ditanggung rakyat. Mereka tidak mahu dengar sebarang rungutan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU enggan mempertimbangkan kesan buruk daripada keputusan yang mereka ambil terhadap mileage politik BN selaku pentadbir kerajaan.
4. Siapa yang membolehkan dua orang mangkuk hayun dalam PEMANDU ini menjadi begitu berkuasa dan angkuh jika tidak Perdana Menteri sendiri yang memberikan mandat kepada mereka?!
5. Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan PEMANDU selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.
6. Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.
6. Sebahagian besar cadangan PEMANDU lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?
7. Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?
8. Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama data yang dibentangkan oleh kedua agensi.
9. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kini tidak lagi wujud jaringan komunikasi antara agensi-agensi pelaksana dasar yang mewakili kerajaan? Lebih menghairankan apabila BNM mendakwa kerajaan memiliki rizab yang tinggi melalui Real GDP Growth, External Reserves, Current Account Balance dan FDI Inward; tetapi pada masa sama segala peruntukan agensi-agensi kerajaan dan jumlah subsidi cuba dikurangkan.
10. Justeru tidak hairanlah apabila PEMANDU mengatakan subsidi RON95 perlu dikurangkan, tetapi sebaliknya Gabenor BNM mengatakan perkembangan ekonomi semasa negara membolehkan kerajaan menyerap sebarang kenaikan harga bahan api dan tidak perlu menaikkan harga RON95. Seterusnya, wakil BNM turut menjelaskan bahawa PEMANDU tidak pernah mendapatkan data sebenar daripada pihak mereka, dan ini jelas menunjukkan keangkuhan PEMANDU dalam membuat keputusan.
11. Rakyat bertambah jelak apabila KPDNKK membuat perbandingan harga dalam negara berbanding negara-negara jiran, sedangkan elemen-elemen lain dalam sektor sosial tidak pula dijadikan perbandingan. Contohnya, walaupun harga gula dan minyak di Indonesia serta Thailand tinggi berbanding kita; TETAPI harga beras, ikan, sayur etc. di kedua negara itu jauh lebih murah daripada kita. Dan rakyat bertambah meluat apabila setiap kali kerajaan membuat keputusan mengurangkan jumlah subsidi, maka akan kedengaranlah kempen 'gaya hidup sihat' dan 'rakyat diminta berkorban'. Namun, wajarkah rakyat sahaja yang dituntut berkorban sedangkan poket pegawai PEMANDU yang membuat keputusan menyusahkan rakyat, tidak pula terkorban sama?
12. Dalam sistem demokrasi, "kerajaan dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat." Jadi cakap siapa sebenarnya yang patut didengar?












Di antara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr.Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.
Memang patut Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno. Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.
Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.
Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.
Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik “aliran katak melompat parti” seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.
Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih “berani dan berbaloi” bagi mencapai maksud “memaksa” orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya “bangkit” dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.
Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.

























Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.
Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.
Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.
"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.
"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

