31 Dis 2007

Pembangkang boleh menggunakan Stadium Bukit Jalil - Najib
chedet31 Dis 2007 0 Komentar

Oleh cctv
"ini betul2 bukan cubaan"

kata tok najib: pembangkang boleh guna stadium bukit jalil."buatlah distadium pun kita bagi,..puashatilah dia,bersyarah sana, bercakap sana..."

semoga ini bukan nyanyuk, latah atau tersasul. itulah kata tok najib di buletin utama 30 dis 07. kami berpegang pada janjimu,ba boleh minta stadium. siapa pula yg akan berdolak dalih nanti. kalau sambutan tahun baru tidak "diharamkan" kerana aman, mengapa perhimpunan aman yg tidak maksiat anjuran ba harus diharamkan. adakah pertunjukan artis pada sambutan tahun baru itu halal?



INI LINKNYA


http://www.youtube.com/watch?v=HpXFxcIGF3A



SABDA RASULULLAH MEMBAWA MAKSUD :"SATU SIFAT MUNAFIK ADALAH APABILA BERJANJI IA MUNGKIRI..."
"

Sambut Tahun Baru: Jangan undang kemurkaan Allah
chedet 0 Komentar

Oleh madihah_solehah

dari: www.tamanilmu.com

Tahun baru 2008 menjelma. Sambutan yang dibuat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia biasanya ialah countdown menjelang 12 malam. Bid’ah yang sepatutnya disuara dan dibantah oleh para mufti dan semua umat Islam yang sensitif terhadap agamanya.

Countdown bukan sebarang countdown. Ia disertai dan diwarnai oleh program hiburan-nyanyian, persembahan dan tarian. Kalau asasnya taqwa dan program sambutannya dengan solat hajat supaya Allah selamatkan untuk tahun mendatang, mungkin boleh diterima. Malang, asasnya fujur, dosa, mungkar, fasid dan melalaikan. Ada ciri taqwa? Ada ciri modal insan? (atau selayaknya modale insane) Ada ciri generasi ulul albab? Menepati rukun hadari?

Ketika Tsunami melanda Acheh dahulu, sambutan awal tahun dibatalkan, kononnya meraikan kedukaan yang dialami mangsa Tsunami. Selepas berlalunya tempoh ujian itu, adakah kita lupa?


Mungkin manusia mudah lupa tentang ujian dan bala Allah terhadap kaum-kaum terdahulu yang engkar kepada Allah. Tetapi Allah tidak pernah lupa kepada hambaNya yang lalai, terus menerus melakukan perkara mungkar, fasid, zalim dan menganiaya diri sendiri. Beleklah al-Quran. Ia sarat dengan pengajaran bagi mereka yang berfikir.

Ulul albab ialah orang yang menggunakan akalnya memerhatikan fenomena alam yang kemudian mengaitkannya dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya untuk melakukan apa sahaja. Taqwa membawa seorang insan melakukan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Hadharah ialah peradaban yang diisi dengan perkara bermanfaat berteraskan kehendak Allah dan Rasul.

Demikian juga sambutan menyambut perisytiharan bandaraya Kuala Terengganu. Khabarnya RM10 juta untuk program tersebut. Tidakkah ini membazir? Dan mereka yang membazir itu saudara syaitan. Ini bukan ciri ulul albab. Ulul albab tidak menghabiskan wang rakyat dan negeri untuk perkara yang tidak bermanfaat untuk rakyat terbanyak.

Kedatangan tahun baru Masihi (walaupun tidak pernah diajar oleh Islam untuk disambut) sepatutnya diiring dengan perubahan sikap kepada yang lebih baik, lebih bertaqwa, lebih insaf dan lebih positif. Ironinya, masyarakat kita lebih bersedia untuk terus hanyut dengan dunia dan keduniaan, pura-pura dan kelalaian…bukan itu sahaja, bahkan untuk terus menjemput kemurkaan Allah hasil dari perbuatan tangan sendiri. Moga Allah jauhkan kita dari implikasai buruk kejahilan orang yang jahil dan kezaliman orang yang zalim.

28 Dis 2007

Kenyataan Media DPPWP :
chedet28 Dis 2007 0 Komentar


Menjelang sambutan tahun baru pada malam 31 Disember 2007 ini, Pemuda PAS Wilayah akan bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, YB. Salahuddin untuk turun bertemu rakyat. Acara tahunan yang saban musim menjadi medan dakwah ini akan mengembelingkan segala keringat anak-anak muda yang berjiwa merdeka untuk berkongsi erti iman dan Islam bersama reranting umat yang kian rapuh oleh gelojak sosialisasi.

XPDC ini akan bermula seawal pukul 9.30 malam, 31 Disember ini di ruang legar utama Masjid KLCC. Kedatangan para peserta, khususnya ahli PAS amatlah digalakkan bagi kita bersama-sama membawa misi dakwah.

Bagi ahli-ahli PAS disarankan memakai baju atau uniform yang mempunyai logo Parti. Bagi yang bukan ahli PAS digalakkan untuk memakai baju berwarna putih.

Program akan dimulakan dengan taklimat dan tazkirah ringkas dari pimpinan Pemuda PAS. Seterusnya edaran risalah dakwah yang berkaitan dengan pengenalan kepada adab-adab sosialisasi cara Islam akan dilakukan sekitar medan KLCC dan juga beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur.

Inilah peluang kita. Datanglah beramai-ramai untuk kita menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yang kian menghujani negara kita. Kita bertanggungjawab untuk membersihkan ‘bah’ ini agar tidak terus menghayutkan anak-anak muda kita.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sdr. Hafiz : 017-3712598.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir
chedet 0 Komentar

Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di tiga buah negeri yang agak teruk ketika ini iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom ,setakat ini Jabatan Amal Malaysia telah menyeru kepada seluruh Jabatan Amal Negeri minggu lalu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) agar membentuk pasukan misi bantuan Unit Amal yang boleh dihantar untuk menjalankan operasi bantuan di tiga buah negeri ini.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, setakat ini beberapa negeri telah menghantar pasukan untuk bantuan peringkat pertama iaitu bantuan makanan, pakaian dan kewangan. Beberapa buah bot juga telah dibawa untuk misi menyelamat serta mengahantar bantuan makanan kepada penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Untuk bantuan peringkat kedua pula, pasukan Unit Amal akan dihantar bagi kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta tempat-tempat awam.

Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Amal Negeri Kelantan, Johor dan Pahang, semua anggota Unit Amal yang terlibat telah bertiungkus-lumus selama hampir dua minggu membantu menjejak serta memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan. Selain menyelamatkan mangsa banjir, mereka juga terpaksa menyelamatkan harta benda mereka serta rumah yang ditenggelami banjir.

Oleh yang demikian, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat amat berharap kepada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat serta sumbangan makanan untuk disampaikan kepada mangsa banjir. Selain daripada itu, kepada golongan korporat, Jabatan Amal Malaysia mengharapkan sumbangan untuk membeli beberapa peralatan seperti sampan sepanjang 15 kaki sebanyak 10 buah yang berharga RM 1,900.00 sebuah, serta penyembur air berkuasa tinggi (waterjet pump) sebanyak 15 buah yang berharga RM 700.00 sebuah. Kepada pihak yang sudi menderma, Jabatan Amal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.


==================================================

Bagi sumbangan kewangan samada tunai atau melalui cek bolehlah dimasukkan kedalam akaun Bank Islam atas nama :

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP – No. akaun 14014010133669

(maklumkan sumbangan anda kepada Pengarah Kewangan Jabatan Amal Malaysia DPPP Sdr Mohd Hafiz Musa : 019-9817327)


Selain daripada itu, sumbangan kewangan dan makanan juga boleh diserahkan kepada Jabatan Amal Negeri-negeri seperti berikut :

01) Saripuddin (Pengarah Unit Amal W.Persekutuan) - 019-3638570

02) Hj Aszmi Anuar (Pengarah Unit Amal Selangor) – 019-2568820

03) Mohd Sufian (Pengarah Unit Amal N. Sembilan) – 013-3589328

04) Norkhalim Hj Sakib (Pengarah Unit Amal Johor) – 019-7722300

05) Mohd Helmi (Pengarah Unit Amal Melaka) – 019-3439034

06) Ust Zelani Nik Chik (Pengarah Unit Amal Kedah) – 013-35191260

07) Zamarul Aini (Pengarah Unit Amal Perak) – 019-5968786

08) Ust Rosmadi Ramli (Pengarah Unit Amal Perlis) – 012-4554319

09) Norazman Ishak (Pengarah Unit Amal P.Pinang) – 019-5057725

10) Ust Rosli Abd Jabar (Pengarah Unit Amal Pahang) – 019-5057725

11) Ust Shaiful (Pengarah Unit Amal Terengganu) – 019-9229158

12) Mohd Hafiz Musa (Pengarah Unit Amal Kelantan) - 019-9817327

Benazir ditembak di Pakistan, Suwandi & Azman ditembak di Malaysia
chedet 0 Komentar

oleh HermanSamsudeen

Tiga insan yang jauh berbeza dari segi perjuangan dan taraf kedudukannya tetapi menerima nasib yang hampir sama.

Benazir merupakan pemimpin besar Pakistan dan wanita pertama negara itu yang diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau ditembak mati dan kemudiannya dibom selepas berucap dihadapan ribuan penyokongnya yang anti Kerajaan.

Suwandi dan Azman pula adalah dua orang rakyat biasa di Malaysia. Kesalahan mereka adalah kerana mereka menjadi ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) yang ingin mendengar ceramah pimpinan di Batu Burok. Kedua-duannya ditembak oleh Wan Aziz Wan Omar (RF143706), seorang anggota Polis yang kononnya cuba mempertahankan diri dari orang awam yang tidak bersenjata.

Alhamdulillah, belum masanya Suwandi dan Azman menjadi ahli syuhada namun disitu ada kebersamaannya dengan nasib Benazir yang menjadi mangsa kepada Kerajaan zalim. Mereka dizalimi oleh orang-orang yang benci pada perjuangan mereka.

Jika Benazir telah meninggal dunia akibat serangan itu, Suwandi dan Azman pula menderita terpenjara akibat diserang anggota Polis yang bacul itu. Peguam Negara pula sanggup ‘mencemar duli’ bagi menguruskan kes mereka dan menjadi punca kepada terkurungnya Suwandi dan Azman di penjara Kuala Terengganu.

Mereka menjadi mangsa, belum lagi dibuktikan bersalah tetapi dilayan seperti pesalah.

Nasib mereka memang malang. Kerana mereka itu anak Melayu bukannya India dan Kerana mereka juga ahli PAS maka segala rayuan agar Kes yang dibicarakan dibawah seksyen 149 Kanun Keseksaan itu ditarik balik tidak dilayan.

31 ahli Hindraf merayu melalui Presiden MIC, Samy The Toll telah bebas dari tuduhan cubaan membunuh kerana Peguam Negara pening kepala nak dengar outa Samy. Alasannya beliau tak tau siapa yang cuba bunuh polis itu.

Dalam kes Suwandi dan Azman pula, Peguam Negara boleh tahu pula macam mana mereka nak bunuh Polis itu, padahal ramai lagi yang ditahan dan yang terlibat.

Begitulah Undang-undang Komanwel ala Malaysia. Perdana Menteri kita sudah hampir digelar Pervez Badawi. Kalau dia masih ikut rentak Presiden Pakistan, rasa-rasanya Suwandi dan Azman nie akan mati kena bom tak lama lagi. Begitu juga dengan pimpinan PAS seperti Mat Sabu dan lain-lain.

Harap-harap perkara itu tidak terjadi. Kalau nak jadi pemimpin negara Demokrasi, amalkanlah demokrasi tulen, jangan amalkan ‘DumbKasi’ (Bodoh dan tidak jantan).

27 Dis 2007

Saman Suwandi dan Azman Berjaya Difailkan
chedet27 Dis 2007 0 Komentar

Oleh S.M.Noor Kuala Terengganu, 27 Dis; 9.15am - dari buletionline.net

Tiga ratus orang hadir di perkarangan mahkamah Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan kepada Suwandi dan Azman yang memfailkan saman terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia Saman Suwandi yang difailkan oleh Wan Mutalib & Co dan Azman oleh Tetuan Haris & Co. Kedua-duia peguam tersebut sampai diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 9.15 pagi. Kehadiran mereka disambut dengan seruan 'Allah yang maha Besar' oleh orang ramai yang hadir di situ.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Hj Yahaya Ali, memberikan sedikit penerangan kepada orang ramai yang hadir, dan meminta Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hj Azman Shapawi Abd Rani mengetuai doa, memohon supaya Allah memberikan keberkatan dan perkenan.
Selepas berdoa, orang rmai berarak menuju ke pintu pagar mahkamah dan dihalang oleh seorang polis yang telah ada disitu sejak pagi. Polis hanya membenarkan peguam-peguam berkenaan sahaja memasuki pintu mahkamah, yang dikawal oleh Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Setelah peguam-peguam masuk, orang ramai menunggu diluar, untuk mendapat maklumat lanjut.
Kira-kira 20 minit kemudian, Yb Hj Wan Mutalib Embong dan Encik Haris Abd Malik, muncul dari pintu pagar mahkamah. Kehadiran mereka semula menemui orang ramai setelah memfailkan saman Suwandi dan Azman.

Vigneswaran rupanya “Superman”
chedet 0 Komentar

by Roslan SMS

Masalah yang menimpa kaum India di Malaysia adalah tidak kritikal, demikian kata Ketua Pemuda MIC SA Vigneswaran. Mereka (kaum India) tidak marah dengan Pak Lah atau Samy Vellu, tetapi pihak pembangkanglah yang sengaja membesarkan-besarkan isu yang kecil ini.
Jahat sungguh pihak pembangkang di Malaysia!

Rupanya masalah perumahan, masalah pengangguran, masalah ekonomi, masalah kemiskinan kaum India di negara ini semuanya bikinan PAS, DAP dan PKR. Kata Vigneswaran sebagai buktinya beliau memberi jaminan yang MIC akan menyelesaikan semua masalah ini dalam masa sebulan!

Hebat sungguh Ketua Pemuda MIC. Kalau beliau seorang sahaja boleh menyelesaikan masalah lebih 2 juta rakyat India yang merupakan 10% dari bilangan penduduk Malaysia dalam masa 30 hari, beliau sepatutnya bukan memegang jawatan Ketua Pemuda MIC, beliau seharusnya dilantik sebagai PM Malaysia!

Beruntunglah masyarakat India mempunyai pemimpin seperti Vigneswaran. Banyak pihak mendakwa yang masyarakat India di Malaysia terpinggir sejak berdekad-dekad, terbaru Naib Ketua Pemuda Gerakan, Panjorthy dan sebelum itu Hindraf dan beberapa NGO tiba-tiba datang Ketua Pemuda MIC, dan dalam sekelip mata, semuanya dapat diatasi!

Tambah Vigneswaran lagi hanya BN yang mampu menyelesaikan masalah rakyat!

Saya bukan bertujuan mahu mengapi-apikan sesiapa tetapi bagi saya kenyataan ini datangnya dari seorang yang angkuh dan bongkak serta tidak berpijak di bumi nyata. Kalau beliau boleh meluangkan masa menjenguk di sekitar Kampung Medan dan flat kos rendah di sekitarnya sehinggalah ke Desa Mentari dan Kg Lindungan, beliau akan menyaksikan betapa dhaifnya, bukan hanya masyarakat India malah masyarakat Melayu pun. Inilah realiti rakyat Malaysia, hidup bersesak-sesak dengan bau hanyir dan suasana kehidupan yang tidak selamat.

Kalau beliau ada masa cuba lihat lif yang mengangkut penduduk di flet-flet tersebut yang lebih 10 tingkat itu. Keadaannya cukup dhaif dan tahukah beliau sekiranya berlaku kecemasan atau kematian lif tersebut tidak boleh memuatkan pesakit atau mayat secara membaring kecuali ditegakkan!

Dikebanyakkan blok-blok di sana, penghuninya terpaksa mengangkut motorsikal masing-masing dengan menggunakan lif untuk ditempatkan ditingkat rumah mereka, mengapa? Kerana kejadian curi motor berleluasa!

Di kawasan-kawasan ini cyber cafe yang gelap dari luar dan arked-arked hiburan tempat lepak anak-anak penghuni flet ini. Kes ragut, curi, seks dan pergaulan bebas menjadi-jadi.
Ini baru satu daerah melibatkan dua kawasan Parlimen, bagaimana pula di kawasan luar bandar, di estet-estet dan lain-lain, adakah semuanya boleh selesai dalam tempuh 30 hari?!

Sama sahaja pemimpin MIC atau Umno atau MCA, apabila berhadapan dengan rungutan dan kritkkan rakyat, mereka akan terbit dengan berbagai alasan dan seribu satu dalih dan tipu daya. Dan kenyataan Vigneswaran ini adalah modal terbaru yang paling tidak masuk akal yang pernah saya dengar!

Namun jika rakyat berpuas hati. Masyarakat India contohnya terpegun dan kagum dengan janji Vigneswaran ini, maka teruskanlah menyokong MIC dan BN, kerana saya yakin majoriti rakyat Malaysia kali ini sudah bosan dan muak dengan janji-janji kosong ini, kami mahukan perubahan total, dan ianya hanya akan berlaku apabila BN dikuburkan dalam pilihanraya yang bakal mendatang ini.

26 Dis 2007

TAHNIAH USEN: MODERATOR DPPWM
chedet26 Dis 2007 0 Komentar

Tanggal 23 Disember 2007. Sabtu lepas. Telah selamat berlangsung majlis walimatul urus Saudara Syed Husin Bin Syed Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan USEN.
Seluruh Warga DPPWM merakamkan jutaan TAHNiah kepada USEN. majlis pernikahan mereka telah selamat berlangsung pada bulan Syaaban yang lalu.

Berikut disertakan video majlis yang dihasilkan oleh saudara ADUKA TARUNA

Polis mengganas: Pintu rumah dipecah, blogger ditahan
chedet 0 Komentar

Oleh M Khaleel Kas

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - Selepas siri penangkapan ke atas peserta-peserta demonstrasi, terkini pihak polis dilihat cuba meluaskannya pula terhadap bloggers.

Terbaru, seorang blogger yang dikenali sebagai Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya semalam sekitar jam 10 pagi.


Dalam posting yang disampaikan melalui blog peribadinya, beliau mengisahkan secara terperinci bagaimana rumahnya dipecah masuk oleh pihak polis seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah besar yang menjadi buruan di seluruh negara.

Dalam kejadian tersebut, pihak polis telah merampas tiga telefon bimbit, sebuah laptop, dompet dan kad pengenalannya.

Walaupun dibebaskan kemudiannya, namun Cucu Mat Kilau mendakwa tindakan yang diambil oleh pihak polis itu sebagai usaha untuk menakut-nakutkannya selain mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk menahannya.

Beliau dalam kenyataan postingnya, menjelaskan akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat di samping membuat kenyataan media berhubung kejadian yang berlaku.

Peristiwa dan kejadian terperinci boleh dikunjungi melalui blog beliau di:cucumatkilau.blogdrive.com. - mks

24 Dis 2007

Ini Bukan Demokrasi kita - Sohaimi Meor Hassan
chedet24 Dis 2007 0 Komentar

Oleh Radenjowo

UMNO MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS

Gara gara lagu digunakan untuk klip kritik kerajaan di dalam YOU TUBE, Sohaimi Meor Hassan terpaksa berdepan dengan masalah dipersoalkan oleh pihak tertentu. Lagu yang beliau cipta itu berkisar tentang demokrasi yang menjadi amalan negara lain dan juga negara kita. Apabila penyelewengan di dalam demokrasi berlaku, maka lagu itu secocok untuk dibuat latar belakang klip video memaparkan masalah bantahan rakyat. Apa yang terkandung di dalam di dalam lagu tersebut, sedikit sebanyak menceritakan tentang DEMOKRASI negara Malaysia juga.

Wak pernah mendengarnya di TV beberapa bulan yang lepas. RTM menggunakan lagu tersebut untuk menceritakan tentang keadaan di negara luar dan mengikut senikata lagu tersebut, wak pernah mempersoalkan, betapa berani nya RTM menyiarkan lagu tersebut, sebelum atau sesudah BERITA DUNIA dan sekarang ia menjadi kontroversi. Sebenarnya, jika UMNO dan BN benar benar mengikut pengertian demokrasi yang sebenar, ia tidak lah menjadi isu, melainkan mereka telah mengeleweng dari prosidur yang sepatutnya sehinggakan, UMNO yang makan cili, dia sekarang terasa pedas.

Cadangan Teman Buat GMI
chedet 0 Komentar

Oleh puteraislam

Teman tabik hormat kepada GMI kerana menangguh program solidariti untuk mendapatkan permit polis kerana "GMI bukan sebuah badan yang tidak mematuhi undang-undang".

Bagussssss. Soalnya, adakah Polis Malaya sudah jadi pasukan yang penyayang yang akan memberi permit semudah memetik ibu jari ditangan?
Jangan marah, kalau teman ramalkan, Polis Malaya yang diketuai oleh Musa Hassan, sudah terbiasa menjadi boneka kerajaan BN dan kerana itu, TIDAK AKAN MEMBERI permit seperti yang dikehendaki oleh GMI. Lainlah, kalau Musa Hassan dah hilang akal, lalu mengarahkan pegawainya meluluskan permohonon permit tersebut.

Tapi susah bagi Musa Hassan mengalami kehilangan akal sebabnya akal beliau dijaga baik oleh Bang dollah dan geng. Oleh itu sekali lagi, jangan marahkan teman, kalau berkata "malammmmm sikit!"

Teman dah lama bosan dan meluat dengan sikap Polis Malaya dan Kerajaan Otakkunokratik iaitu BN (semoga laknat Allah keatasnya).Puak ini sudah lama tak tahu bahasa manusia. Puak ini, seperti gambaran sebaris bait puisi Allahyarham, Chiril Anuar:" binatang.....dari kumpulan yang terbuang".

Apa kata, pihak GMI mengadakan perhimpunan solidariti pada malam 31 Disember di dataran Merdeka, juga di Bukit Bintang, serta di dataran KLCC atau dimana-mana saja, yang terdapat manusia berhimpun beramai-ramai tanpa permit untuk menyambut kedatangan tahun baru 2008.
Di tengah malam itu tak perlu pihak penganjur GMI berucap sebutirpun, tapi cukup sekadar meminta seluruh pendokong membawa sepanduk yang mengecam akta laknat yang bernama ISA.

Kalau pendapat teman ini, bunyinya bodoh, tak payah ikutlah. Teman sekadar beri pendapat!

Dari blog:

www.sheikh-telukintan.blogspot.com

Awas Mainan politik Gerakan dan UMNO!
chedet 0 Komentar

Oleh Radenjowo

Gerakan berada di dalam keadaan serba salah. Tidak semua pemimpin Gerakan yang mengutuk UMNO kerana tindakan meminggirkan kaum India. Hakikatnya isu Hindraf telah berjaya menolak keujudan UMNO dan Parti komponennya. Kalau UMNO di pinggirkan rakyat berbangsa India, maka MIC dan Gerakan serta PPP pun turut menerima nasib yang sama.

Pada logiknya, mengundi PPP, MIC atau GERAKAN akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional, lantas memberikan terus mandat pemerintahan kepada UMNO. Maka untuk tidak membenarkan UMNO terus menjadi pemimpin maka undian terhadap PPP, MIC dan GERAKAN terpaksa di korbankan. Pengundi terpaksa beralih kepada DAP, KEADILAN atau PAS sekali pun.

Kebimbangan ini sebenarnya sudah dirasai oleh pemimpin komponen parti Barisan Nasional, termasuk GERAKAN. Maka pelbagai usaha terus di lakukan agar kepercayaan kaum India kembali kepada mereka. MIC dengan caranya dan Gerakan dengan kaedahnya. Cuma PPP yang belum memberi sebarang komen.

Menurut kaum India, mereka sudah tawar hati dan tidak mahu lagi mengundi BN dan parti komponennya. Ini menimbulan kebimbangan mereka bertambah. Langkah yang dilakukan oleh S.Paranjothy adalah langkah yang berbaur politik yang sering dilakukan oleh kebanyakan pemimpin GERAKAN, baik MCA mahupun MIC. Ianya adalah STRATEGI dan MAINAN politik semata mata !!!


"Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy.

Begitu lah kenyataan pendek dari beliau. Tetapi ianya dibesar besarkan oleh media arus perdana, seolah olah benar lah S. Paranjothy berjuang untuk kaum India. Tetapi sedar kah kita bahawa beliau tidak sekali kali akan menggadaikan masa depan dan jawatan dengan membuat kenyataan bodoh sebegitu, selain ianya sudah dirancang terlebih dahulu bersama kepimpinan UMNO.

Liciknya mainan politik mereka sehinggakan semua rakyat bising tentang perkara ini, tetapi selepas di amati, tidak mungkin berita menyiarkan isu sedemikian selain dari mempunyai niat tertentu.

Barisan Nasional berharap agar, berita sensasi ini dapat di baca oleh semua pihak. Agar sokongan kaum India kembali kepada Gerakan dan kaum Melayu kembali kepada UMNO. Mereka mengkritik sesama mereka. UMNO kononnya berjuang untuk melayu dan Gerakan untuk kaum India. Semuanya BOHONG.

Bila bertemu, mereka akan ketawa melihat bagaimana rakyat dengan mudah terbawa bawa dengan isu perkauman dan manafaatnya diperolehi oleh UMNO dan Gerakan. Tanya pemimpin berbangsa Cina di dalam parti berkenaan, apa kata mereka? Mereka tidak memberikan sebarang komen kerana ia adalah kenyataan yang tidak melibatkan bangsa Cina. Kalau benar ianya perjuangan, sudah pasti seluruh pemimpin GERAKAN turut mencemuh UMNO. Begitu lah sebaliknya. Tapi ini tidak berlaku.

Rakyat jangan terpengaruh dengan berita seperti ini kerana selagi ianya datang dari parti komponen Barisan Nasional sendiri maka tiada lah niat lain kecuali politik semata mata.

21 Dis 2007

Malaysia's Muslim transexuals battle sex change woes
chedet21 Dis 2007 0 Komentar



By Liau Y-Sing

KUALA LUMPUR (Reuters) - When Khartini Slamah first came out as a transexual, he was a dutiful Muslim son by day and a prostitute by night, working on the streets of the Malaysian capital.

The option of sex change surgery was out of the question in this moderate Muslim country where Muslim transexuals are banned from changing their gender and same sex relationships are a criminal offence.


"I tried to find a job but because of my sexuality I was turned down," said the 44-year-old former prostitute who now works as an activist and counsellor to other transexuals.

Twenty years later, sex change surgery may be routine in some countries but it's still banned by law in Malaysia -- at least for Muslims. The ruling doesn't apply to non-Muslims who make up about half of the estimated 30,000 transexuals in Malaysia.

The ban stems from an Islamic belief that it is wrong to alter that which God has given. This belief also forbids Muslims from dressing up as the opposite sex and undergoing major cosmetic surgery other than for medical reasons.

Non-Muslims don't have the same problems, although they do sometimes have trouble registering their new gender with the state and like their Muslim counterparts, many have to work as prostitutes as there are few job opportunities for transexuals.

Malaysia's transexuals are in a legal limbo.

In February 2005, a Malaysian court allowed a non-Muslim male transexual to change the gender on his identity card after he showed medical evidence of sex-change by surgery, media reports said at the time.
But later that year, the government declared as invalid the marriage of a couple in which the wife was a non-Muslim man who had undergone sex change surgery, saying it was a same-sex union.

"We are tolerant of them (transexuals). But whether we will have laws that will protect them -- I don't think with the conservative nature of our culture -- that we will," said criminologist P. Sundramoorthy.

For Khartini, dressed in a flowing lilac tunic with his feet squeezed into stiletto heels, the conflict between sexual identity and religion is sometimes too hard to bear.

"We are all in a dilemma. We are Muslims. They say this is not allowed, but they never tell us what are the options. I felt like it's being used to oppress. But I know that religion, Islam is so flexible...," said Khartini, a practicing Muslim.

INNATE OR IMBUED?

Despite its modern exterior, Malaysia remains conservative. Capital Kuala Lumpur -- a bustling metropolis dotted by towering skyscrapers, flashy art galleries and riotous gay bars -- has a deeply religious underbelly.

U.S. singer Gwen Stefani was forced to cover up her usually revealing stage costumes when she performed recently in Kuala Lumpur after Islamic groups expressed fears she could corrupt the country's youth.

Government plans to introduce sex education in schools and to give free needles and condoms to drug addicts provoked a fierce debate, with some religious leaders saying this would promote promiscuity.

The past few decades have seen a rise in religious fervour among Muslims in Malaysia, with an increase in the popularity of Islamic banking and more women eschewing Western attire in favour of traditional Malay dress and headscarves

19 Dis 2007

Takbir
chedet19 Dis 2007 0 Komentar

Umno telanjangkan Melayu untuk lawan Hindraf
chedet 0 Komentar

- Salahuddin

MELAKA, 18 Dis (Hrkh) - Tindakan Umno yang sanggup menelanjangkan atau mendedahkan keaiban bangsa Melayu sebagai perisai untuk mempertahankan diri setelah tersepit dengan isu Hindraf telah menzahirkan sifat munafik pada diri mereka.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, apabila mereka tersepit di asak kumpulan Hindraf, mereka gunakan kemiskinan orang Melayu sebagai perisai untuk menyelamatkan diri mereka yang munafik pada bangsa sendiri.

"Ini kerja Umno! dia sanggup menelajangkan keaiban bangsa sendiri untuk mengelakkan daripada dituduh gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah sejak 50 tahun lalu.

"Bila terdesak sanggup melondehkan maruah bangsa sendiri, ini munafik paling akhbar dalam abad ini," kata beliau ketika berceramah di Serkam Darat, Jasin, di sini.

Beliau berkata, baru-baru ini satu seminar yang dianjurkan oleh United Nation Development Program (UNDP) iaitu program pembangunan oleh PBB dan Universiti Malaya dalam kertas-kerjanya telah menyatakan tentang kaum yang paling miskin ialah kaum bumiputera di Sabah, Sarawak dan orang Melayu di negeri pantai timur Kelantan dan Terengganu.

"Saya bawa hujah ini ke dalam parlimen, tiada seorang pun yang berani bangun untuk lawan hujah ini, apa Umno dah buat untuk bantu orang Melayu selama 50 tahun memerintah malah orang Melayu disogokkan dengan pelbagai janji kerana pengundi Melayu adalah simpanan tetap Umno.

"50 tahun merdeka Melayu makin jauh mundur tertinggal dari segi pemilikan ekonomi, ini fakta dan saya bersumpah! saya akan bercakap dalam dan luar parlimen lawan mereka bukan dengan hujah kita tapi dengan hujah mereka.

"Saya akan guna senjata dan peluru mereka, saya akan bunuh mereka dengan senjata mereka sendiri," katanya sambil disambut dengan laungan takbir.

Di samping itu, beliau tidak menafikan bahawa PAS juga mempunyai hujahnya tersendiri tetapi beliau menyimpannya dulu buat sementara ini dan akan menggunakannya apabila ia perlu kelak.

"Umno guna polis nak ugut kami, guna polis tangkap kami, halang ceramah kami, ini tindakan pengecut, bacul dan tidak bertamadun, mereka hilang pertimbangan mereka tidak boleh jawab hujah lalu mereka guna ISA.

"Saya dan rakan-rakan akan tuntut sehingga wujudnya perhimpunan aman dalam negara kita walau terpaksa membayar dengan harga yang mahal, kita tidakkan berganjak kerana ada dalam perlembagaan negara dan kita akan tetap perjuangkan," kata beliau.

Seterusnya, beliau mengajak orang Melayu mengajar Umno pada kali ini dengan mengundi pembangkang kerana bangsa lain telah mengajar Umno dengan kuasa undi mereka dan sekarang tibalah giliran orang Melayu pula untuk mengajar Umno. - mns

18 Dis 2007

Ayuh kita turun ke JALAN lagi pada 19 Disember 2007
chedet18 Dis 2007 0 Komentar

Amin Iskandar @ Black

Hanya rakyat yang mampu memastikan hak mereka terjamin. Sekarang ini penguasa telah menggunakan pelbagai cara untuk menyekat dan mengekang hak demokrasi rakyat. Dengan menggunakan ISA, mereka mahu kebangkitan rakyat dipadamkan. Pedulikan mereka. Mari kita bersama-sama membanjiri SUHAKAM dengan lautan manusia pada 19 Disember 2007. Sila lihat butirannya dibawah:

JOM KITA BANJIRI SUHAKAM PADA 19 DISEMBER !
Kebelakangan ini, pihak Kerajaan dan kroni-kroni NGO mereka telah membuat satu kempen untuk menyekat hak rakyat berhimpun secara aman.
Hak Berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental (asas) dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara –Perkara 10, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (Perkara 20) dan Kovenan Hak Sivil dan Politik 1966 (Perkara 21).
Melihat kepada intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistret dan iklan-iklan di media massa, pihak pemerintah memang berniat untuk menyekat dan mencabul hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman. Jika kita membiarkan hak ini dicabul, maka ini akan membawa perjuangan menuntut hak dan demokrasi kebelakang.

Untuk mempertahankan Hak Rakyat berhimpun ini, Gabungan Mempertahanakan Hak Berhimpun yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan masyarakat, NGO dan Parti Politik kini bersatu menganjurkan satu lagi perhimpunan aman di SUHAKAM untuk untuk mengutarakan dan mempertahankan :

1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara

2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis

3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman

Sila hadir dengan membawa baner dan sepanduk menyokong hak berhimpun dan berkumpul di bawah Pejabat SUHAKAM pada :

Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)

Masa : 11 pagi

Tempat : SUHAKAM Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur



Dikeluarkan Oleh:

Jurucakap Gabungan :

S.Arutchelvan

019-2537791 (arul.psm@gmail.com)

03-22747791 (Pejabat)



GABUNGAN MEMPERTAHANKAN HAK BERHIMPUN

D/A SUARAM –

433A, 1st. Floor, Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.

03-77843525, 03-77835724 Fax - 77843526

(Satu Koalisi bersama Kumpulan NGO dan parti Politik)

Marilah kita bersma-sama menujukkan KEKUATAN RAKYAT. Kita buktikan bahawa rakyat tak mudah untuk diugut dan ditakut-takutkan. Kita buktikan bahawa RAKYAT MALAYSIA MAHU DEMOKRASI SEJATI di negara ini.

17 Dis 2007

“Little Napoleon” diambil tindakan tetapi
chedet17 Dis 2007 0 Komentar

Isitlah “Little Napoleon” merujuk kepada seseorang yang berada disesuatu tingkat kedudukkan (bukannya peringkat tertinggi) tetapi berlagak seolah dia begitu berkuasa seakan seseorang yang berada diperingkat tertinggi. Kadangkala lagak beliau itu didokong oleh mereka yang disekelilingnya dan mereka yang berurusan dengannya lantaran kuatnya hubungan si “Little Napoleon” tadi dengan mereka yang berkuasa diperingkat tertinggi.

Istilah ini dipopularkan oleh PM Dollah Badawi baru-baru ini apabila beliau memberi amaran tidak mau melihat wujudnya “Little Napoleon” dikalangan anggota perkhidmatan awam.
Dalam akhbar The Sun hari ini, Presiden Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) Tan Sri Ramon Navaratnam menjelaskan bahawa “Little Napoleon” ini biasanya adalah boneka atau “puppet” yang menjadi begitu berkuasa lantaran sokongan dan dokongan orang-orang politik dan kroni-kroni mereka. Beliau memuji langkah Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memantau dengan dekat prestasi kakitangan awam dan menghukum siapa sahaja yang menyeleweng, rasuah atau menyalahgunakan kuasa.

Tapi kata Ramon,:

Its not only the Little Napoleons who should be blamed but also the 'Big Napoleons' – the ministers, menteris besar and chief ministers – who are also responsible and answerable to all Malaysians.

Bukan hanya “Little Napoleons” yang harus disalahkan, tetapi juga “Big Napoleons” iaitu menteri-menteri, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri yang sepatutnya bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia.

Kalau “Little Napoleons” dikalangan kakitangan awam, mungkin KSN boleh ambil tindakan, itupun jika mereka tidak ada “talian hayat” dengan “orang atasan”. Masalahnya siapa pula mahu memantau menteri-menteri, MB dan KM ini? Contohnya, dalam Laporan Ketua Audit Negara tempoh hari kita melihat beberapa pegawai kanan diambil tindakan, tetapi bagaimana dengan pak-pak menterinya? Bagaimana apabila anak-anak syarikat atau perbadanan di bawah MB atau KM yang rugi dan menyeleweng?

Jangan hanya diligan dan dicungkil “Little Napoleons” ini tetapi yang “Big Napoleons” lepas bebas dan terus boleh tersenyum dan ketawa besar. (Satu “Big Napoleon” yang sedemikian adalah Menteri yang disebut penglibatannya dalam klip video kontroversial VK Lingam!)

Dan bagaimana pula jika “Little Napoleons” itu berkhidmat untuk “Big Napoleon” yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri? Siapa pula yang nanti berani mengambil tindakan terhadap beliau? Ada pemerhati politik yang meragui kesungguhan PM menjejaki dan menghapuskan “Little Napoleons” ini kerana “Napoleon” itu sendiri berlindung di bawah ketiak beliau di kediaman resmi PM di Putrajaya!


posted by Roslan SMS

Cuba rehat seketika sambil dengar RADIO ini .
chedet 0 Komentar

14 Dis 2007

Apa Muslihat Pak Lah Hingga Tan Sri Rashid Begitu Penting?
chedet14 Dis 2007 1 Komentar

Oleh ABDUL HADI TULIS

Kuala Lumpur: Keinginan kuat Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menyambung tugas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hingga sanggup meminda Akta Pilihanraya di Parlimen 12 Disember lalu, membuktikan terdapatnya "pakatan sulit" antara BN dengan Abdul Rashid dalam "permainan" pilihan raya umum akan datang.

Apakah muslihat Pak Lah hingga Rashid menjadi ikan penting kepada BN?

Demikian dakwa Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Tarmizi Mohd Jam ketika ditemui di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta sewaktu menunggu pendakwaan terhadap tahanan-tahanan Perhimpunan Aman Depan Parlimen, 12 Disember lalu.

Katanya, telah banyak bukti bertulis dan lisan yang menunjukkan Abdul Rashid memihak kepada BN dan Rashid sendiri telah meletakkan dirinya sebagai sebahagian dari anggota atau petugas BN sejak dilantik menjadi Pengerusi SPR.

“Bersih dah hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. Tuntut empat perkara. Nampaknya, Rashid dan Pak Lah tidak mempedulikannya. Hingga hari ini tiada reaksi terhadap tuntutan Bersih itu. Tiba-tiba, Akta Pilihanraya dipinda bagi membolehkan Rashid disambung tugas. Soalnya, tugas apa hingga memerlukan Rashid juga?” tanya beliau kesal.

Katanya, sudah tentulah Pak Lah sendiri yang berkepentingan dalam isu ini. Sebab itu, perintah mahkamah digunapakai oleh polis bagi menghalang rakyat berhimpun di Parlimen sewaktu sidang pindaan akta tersebut dibuat, kerana bimbang pindaan itu akan digagalkan.

Tarmizi menyifatkan polis tidak berkepentingan apa-apa kerana mereka tidak bertanding pilihan raya. Tetapi, mereka terpaksa menjalankan “arahan” Pak Lah selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang akhirnya dilihat oleh rakyat, polis sebagai petugas BN yang berselindung di sebalik uniform penjawat awam.

Sehingga kini, empat tuntutan Bersih seperti yang dikemukakan kepada Yang Dipertua Agong, tidak diendahkan iaitu penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih, pemansuhan undi pos dan akses kepada media.

Sebaliknya, ujar Tarmizi lagi, sikap talam dua muka dan lidah bercabang Rashid dalam tuntutan ini jelas mempamerkan dolak-dalik beliau dalam mempertahankan dasar BN. Malah ketika mempertahankan diri, Rashid sanggup menipu rakyat kononnya bukan beliau meminta Bersih menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

“Dalam isu pilihan raya Likas, memang jelas Rashid hina mahkamah. Tapi, Ghani Petail tidak diambil tindakan. Rashid juga pernah dakwa Akta Pilihan Raya yang ada sekarang memang dibuat untuk memenangkan parti pemerintah. Sebab itu, ada banyak perkara dia (Rashid) tak boleh pinda. Kena jumpa orang atas!” tegas Tarmizi yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Batu.

Pada 12 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 untuk membolehkan umur persaraan anggota SPR dilanjutkan daripada 65 kepada 66 tahun, dengan undian melebihi dua pertiga atau 189 undi daripada 295 Ahli Parlimen. Semua Ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP memboikot pengundian tersebut.

Ini bermakna umur persaraan anggota SPR sama dengan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. Abdul Rashid akan bersara wajib pada 31 Disember ini dan pindaan tersebut dibuat bagi membolehkan Rashid berkhidmat setahun lagi memandangkan pilihan raya akan diadakan pada tahun hadapan.

Dengarlah Tape Lingam ( Penuh) yang 'Lebih Jelas' dan 'Lebih Perl
chedet 0 Komentar

ahmadhadeed
"Tape lingam (full) telah di siarkan dalam internet dan pihak Radio Al Muslimin telah menyiarkan versi Tape Lingam (full) yang 'lebih jelas ' dan 'lebih perlahan' speed nya supaya senang difahami. Terdapat banyak pengajaran yang dapat di pelajari dalam tape ini. Salah satu nya ialah satu kesedaran atau 'wake up call' betapa reput nya sistem di peringkat atas tambah tambah lagi ia melibatkan sistem kehakiman yang di kira asas kepada keadilan di negara ini .Perkara perkara yang boleh di pelajari ialah1. Tape ini membuktikan bahawa sistem perlantikan hakim telah di pengaruhi oleh badan yang luar dari badan kehakiman itu sendiri melalui lobi dan 'bisikan' tangan tangan hitam yang beredar mengelilingi Menteri dan PM .2. Tape ini membuktikan bahawa ada beberapa orang kaya dan orang berkempentingan yang berkuasa untuk mencorakkan siapa yang jatuh dan siapa yang naik dalam sistem perhakiman negara3. Tape ini membuktikan bahawa terdapat puak puak dalam badan penghakiman yang berkempentingan yang sentiasa lobi melobi untuk memastikan puak mereka akan naik.4. Tape ini mendedahkan bagaiman pihak lawyer ada hubungan rapat dengan hakim melebihi hubungan professional dan melibatkan ganjaran dan mesyuarat sulit.5. Tape in juga mendedahkan bagai Menteri pun boleh menjadi alat kepada tangan tangan hitam yang cuba menguasai negara melalui konspirasi dan plot.Kita merasakan hal diatas bukan hanya melibatkan badan penghakiman malah melibatkan semua agensi kerajaan yang berkepentingan kepada koperat dan salah guna kuasa pihak tertentu untuk menguasai negara ini dibawah telunjuk mereka.Untuk mendengar tape recording suara yang lebih jelas dan 'lebih perlahan' speednya sila pergi ke Radio Al Muslimin yang terdapatpada laman web Al Muslimin atauklik link Radio Al Muslimin di bawah inihttp://radioalmuslimin.podomatic.com/

13 Dis 2007

Pendedahan Eksklusif baki video VK Ligam!!
chedet13 Dis 2007 0 Komentar

by SongkokPutih

Kami telah dimaklumakan bahawa laman Suara KeAdilan
(http://www.suarakeadilan.com)
akan menyiarkan rakaman eksklusif baki video VK Ligam iaitu rakaman penuh pita video VK Ligam selama 16 minit pada lamannya esok 14 Disember 2007 jam 9.00 pagi.

Rakaman ini juga akan didedahkan sendiri oleh Ketua Umum KeADILan, DS Anwar Ibrahim pada jam 11.00 pagi esok.

Semua pengunjung diharap untuk melihat pendedahan ini.

Abdullah, Musa Hassan harus letak jawatan
chedet 0 Komentar


Kereta aktivis terbakar dalam jagaan polis.
Oleh Amin Iskandar @ Black

Dalam sejarah Malaysia, Abdullah Badawi adalah perdana menteri terhina yang pernah dipunyai oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan adalah yang paling keji dan hina. Kedua-dua mereka menggunakan imej Islam sebagai topeng kepada kejahatan mereka.

Telah terbukti, belum pun berapa lama berada di tampuk kekuasaan, Abdullah dan Musa telah menunjukkan muka mereka yang sebenar. Diatas adalah kereta aktivis, Abdul Razak bin Ismail yang telah terbakar dan musnah teruk sewaktu berada dalam jagaan polis.

Polis sudah tidak lagi menjaga keselamatan rakyat dan harta rakyat. Jangan kita lupa bagaimana kejamnya polis menembak orang awam di Batu Burok. Siapa yang bertanggungjawab? Abdullah Badawi kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri dan Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara.

Musa Hassan akan ke Mekah untuk menunaikan haji pada 14 Disember 2007. Apa yang berlaku kepada Abdul Razak Ismail dan dua orang yang DITEMBAK polis di Batu Burok mungkin akan berlaku kepada diri anda. Jangan duduk diam dalam melihat penindasan. Masa telah tiba untuk memastikan Abdullah Badawi dan Musa Hassan letak jawatan. Jangan biarkan Abdullah Badawi menjadikan Malaysia milik anak-beranak beliau. Jangan biarkan polis terus menindas rakyat. Sekarang tembakan dan kemusnahan kereta, mungkin selepas ini Tragedi Memali akan berulang.

Pelik Tapi Benar: Haidar dilantik lagi sebagai panel siasatan kes VK. Lingam
chedet 0 Komentar

Oleh HermanSamsudeen

Pelik sungguh Kerajaan Malaysia. Hari ini, Bekas Ketua Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor yang sebelum ini telah mengetuai Panel khas bagi mengesahkan Klip Video yang diserahkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung kes cubaan merasuah dan mengaturkan jawatan Hakim telah dilantik lagi sebagai pengerusi Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini. Bersama beliau yang turut menganggotai Panel Khas tersebut adalah Datuk Mahadev Shankar dan Tan Sri Lee Lam Thye. Mereka sebelum ini telah mengeluarkan cadangan agar satu Suruhajaya DiRaja dibentuk bagi membuat siasatan penuh ke atas kes tersebut.
Setelah semakan berhubung keputusan Panel Khas tersebut dibuat oleh 3 orang Menteri Kabinet yang diketuai oleh Nazri Aziz, Haidar dan Mahadev dilantik lagi untuk menyertai Suruhanjaya DiRaja.

Nampaknya mereka telah kehabisan pakar dalam menyiasat kes ini hingga tiada orang lain yang lebih layak menjadi Pengerusi Suruhanjaya melainkan Haidar.

Lain-lain ahli yang dilantik adalah bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; bekas Peguam Cara, Puan Sri Datuk Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Khoo Kay Kim.

Dalam kes ini tiada seorang pun pegawai tinggi PDRM yang dilantik dan ini sekaligus menyatakan bahawa Kerajaan juga tidak yakin dengan cara penyiasatan PDRM yang hingga ke hari ini masih gagal menyelesaikan banyak kes termasuklah Kes Nurin Jazlin.

Kini, kita lihatlah apa lagi sandiwara mereka. Adakah keputusan Suruhanjaya ini akan di diambil tindakan oleh Menteri Kabinet atau akan ada lagikah panel khas dari kalangan Menteri Kabinet yang ingin menyiasat keputusan yang bakal dibuat...tunggu….

12 Dis 2007

Bertenang Dan Berwaspada
chedet12 Dis 2007 0 Komentar

Oleh HJ. NASRUDIN BIN HASSAN

Kebelakangan ini jelas memperlihatkan keadaan kerajaan UMNO dan BN kian terdesak apabila mereka terus memperalatkan PDRM untuk menangkap rakyat mereka sendiri dengan hanya kerana menyertai Perhimpunan Aman.

Dewan Pemuda PAS Pusat percaya bahawa ini hanyalah gerak saraf mereka untuk melemahkan daya juang para pimpinan dan aktivis PAS, juga mereka yang bersama dengan Barisan Alternatif menjelang pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kebangkitan rakyat bersama gelombang KUNING yang menuntut perubahan ternyata sangat meresahkan kerajaan UMNO dan BN. Kegoyahan mereka semakin ketara apabila kebangkitan ini turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGOs) yang selama ini dilihat tidak respons terhadap perkembangan politik tanahair.

Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa kami tidak gentar menghadapi apa jua tekanan dan tidak pula lemah menghadapi apa jua rintangan, Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersedia menghadapi PRU ke 12 ini. Justeru itu, kepada semua ahli-ahli PAS dan seluruh anggota parti kompenan Barisan Alternatif juga termasuk para aktivis masyarakat dan NGOs agar tidak "melayan" karenah nakal kerajaan UMNO dan BN.

Pedulikan segala bentuk provokasi dan jangan mudah terpedaya dengan khabar angin yang cuba memerangkap kita ke tengah kemelut perkauman yang sengaja dicipta oleh UMNO dan BN. Sebaliknya, setiap berita yang diterima terutama melalui sms adalah perlu merujuk kepada pimpinan parti bagi mengesahkan keabsahan sesuatu berita yang diterima.

Sikap yang perlu diambil ialah meneruskan segala aktiviti parti sebagaimana biasa, malah mempertingkatkan prestasi guna mendepani pelbagai bentuk ancaman yang tidak pernah luntur termasuklah untuk menghadapi Pilihanraya Umum kelak.

Pengedaran risalah, ceramah umum di luar dari kawasan markaz PAS, dialog rakyat, Jalan-jalan bersama Bersih dan sebagainya mestilah diteruskan dengan lebih aktif tanpa tunduk kepada tekanan dan perang saraf yang dilancarkan oleh UMNO dan BN.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengecam tindakan kerajaan UMNO dan BN yang sering memperalat dan memperkudakan pihak PDRM untuk kepentingan pengaruh serta survival kuasa mereka.

Tangkapan yang dilakukan ke atas Tuan Hj. Mohamed Sabu (Naib Presiden PAS) adalah sangat tidak bermoral dan bertamaddun malah bercanggah dengan etika seorang muslim yang merdeka.

Jelas, nyata dan sangat ketara bahawa kini Malaysia di bawah kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Dato' Seri Abdullah Badawi menuju "Negara Polis".

HJ. NASRUDIN BIN HASSAN at TANTAWI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
019-9168182

7 Dis 2007

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 (1)
chedet7 Dis 2007 0 Komentar

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 (1)
Posted on Friday, December 07 @ 14:30:09 MYT by SongkokPutih


Oleh SALAHUDDIN HAJI AYUB

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman mengenai penghakiman pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas 2001 yang dituduh berat sebelah dan beliau turut mendakwa kononnya Hakim terbabit 'mempunyai agenda tersendiri' sehingga terhasilnya keputusan tersebut”

Tan Sri Yang diPertua,

Ketika menyampaikan ucap utama pada Kursus Kenegaraan Institut Akhbar Malaysia (IAM) bertemakan "Media dan Pilihanraya Umum" di Universiti Malaya pada 4 Disember 2007, Pengerusi SPR telah mempertikaikan keputusan Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang yang membatalkan keputusan pilihan raya DUN Likas, Sabah pada 2001 atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Dalam penghakimannya Hakim Muhammad Kamil dipetik sebagai berkata, SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi SPR tersebut jelas mempertikai dan menafikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah dibuat secara adil sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

Saya mohon mencadang,

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Babak Sandiwara Hindraf Arahan Proksi Abdullah?
chedet 0 Komentar

Oleh Ruhanie Ahmad - Blog Kuda Kepang- Laman M@RHAEN

Di bawah ini saya siarkan komen daripada Politica mengenai Hindraf. Komen ini juga sukar untuk diterima penghujahannya. Tetapi, bacalah dengan dada terbuka dan minda out-of-the-box untuk memahami maksudnya yang tersirat. – Ruhanie Ahmad


--------------------------------------------------------------------------------

Hanya orang bengap tak tau nak baca the power game behind Hindraf demonstration tempoh hari. Cuba ingat baik-baik. Demo Hindraf dibuat dua minggu selepas gelombang kuning. Adakah ini susulan demo gelombang kuning? Kerana ada juga manusia yang sama-sama dalam gelombang kuning pun ikut sama dalam demo Hindraf, tentu ada pihak akan percaya demo Hindraf tu memang follow-up kepada gelombang kuning. Tak gitu?

Kalau gitu, kenapa gelombang kuning aman damai, tapi demo Hindraf yang kononnya susulan gelombang kuning, kecoh dan ganas?

Di sinilah plot kisah kayu tiga bermula. Ganas kerana ada “teroris upahan” proksi Dolah dalam tu. Ganas pasal ada “teroris upahan” proksi Sami Velu dalam tu. Nampak tak permainan ni sekarang?

Dia orang buat gitu pasal nak buktikan propaganda Zam Maidin tu betul. Kan dia dah hebah tak putus-putus gambar demo ganas yang dia cedok dari luar negara. Pasal gelombang kuning tak ganas, Zam pun jadi bengap. Kerajaan Dolah pun kena hentam satu dunia sebab polis attack peserta yang tak mengganas dalam gelombang kuning.

Hindraf jadi ganas bukan atas pilihan keturunan India dan penganut Hindu Malaysia. Tapi, demo Hindraf jadi ganas kerana mungkin ada gembala yang arah proksi Dolah dan proksi Sami Velu untuk bayar “pengganas upahan” supaya ganaskan demo Hindraf. Ini semua berlaku kerana sigembala kepada proksi Dolah yang lemah tu, mahukan Dolah terus jadi boneka dia orang untuk perintah Malaysia. Dah fahamkan mainan ni sekarang? (TunPadukaTuan: Benarkah Samy Vellu juga terlibat dengan Hindraf?)

Ala. Ini semua taktik black operation atau false-flag operation ala-mossad dan ejen Singapore. Sapa yang tak tau game puak-puak ni. Bom di Bali pun dia orang punya kerja jugak. Yang kena tuduh JI. Bom depan Kedutaan Australia di Jakarta pun kerja dia orang jugak. Bom tu pun kita tau datang dari mana.

Ini semua game CIA, MI6, ejen Australia, ejen Singapore dan Mossad. Dia orang ni tunggang je gelombang Hindraf untuk mansuhkan gelombang kuning, untuk kukuhkan Dolah yang ombang-ambing. Faham?

Betul macam Lamandau komen kat blog ni. Tergamak betul si proksi Dolah dan gembalanya ni. Pasal nak pulihkan imej Dolah yang goyang sebab kena langgar gelombang kuning, tergamak dia orang gunakan “pengganas upahan” cemarkan demo Hindraf. Lepas tu, dia orang manipulate pulak memo Hindraf. Dia orang masukkan yang bukan-bukan untuk provokasi orang Melayu dan Islam, biar marah dan terus pertahankan Dolah kononnya atas nama Melayu dan Islam.

Ini yang banyak orang Melayu-Islam atau keturunan India yang agama Hindu tak tau. Tapi, dalam tak tau, lepas tu tak mau ambik tau. Dalam tak mau ambik tau, nak ganyang sana dan ganyang sini pulak. Haru betul jadinya.

Inilah niat orang yang rancang false flag operation ni. Kerana nak kekalkan kuasa, dia orang sanggup laga-lagakan orang Melayu dengan keturunan India. Dia orang tergamak laga-lagakan pengikut Islam dan penganut Hindu. Inilah kerja terkutuk orang gila kuasa dan tamak kuasa!

Sabarlah brother. Baik Islam, baik Hindu, sabar. Baik Melayu, baik keturunan India, semua kena sabar. You all kena kuda dek gembala kepada proksi Dolah. Jadi, kalau hari ni ada Melayu nak marah, marahlah kat proksi Dolah dan gembalanya. Tak guna marah Dolah. Dia tu memang tak tau memanjang. Yang mati-mati nak Dolah berkuasa, adalah proksi dia. Yang siproksi pulak ada gembala. Maklumlah proksi ni lembu dah kena cocok hidung. Itulah sebabnya by hook or by crook, proksi Dolah dan gembalanya sanggup sampai nak perjudikan perpaduan kaum dan keharmonian agama di negara kita ni.

Saya mintak sapa baca komen ni bagitau kat proksi Dolah tu. Tanya dia, betul tak gembala dia dah hijacked demo Hindraf baru-baru ni? Ala. Kita pun banyak mata dan telinga. Macam saya kata tadi, hanya sibengap je tak tau nak baca game di sebalik Hindraf.

So, kita semua kena cool. Jangan kita semua masuk perangkap gembala kepada proksi Dolah. Kita cari jalan biar proksi Dolah dan gembalanya ni kita dedahkan permainan kotor mereka pasal nak kekalkan Dolah jadi PM.

The moral of the story here is: jangan sangka air tenang tak ada buaya. Jangan sangka proksi Dolah senyap sebab dia dah bengap. Jangan sekali-kali sangka begitu!!!!!! – Politica, Isnin, 3 Disember 2007, jam 1:13 pagi.


- Ruhanie Ahmad

6 Dis 2007

Isu Hindraf: Awas api perkauman yang ditiup Umno
chedet6 Dis 2007 0 Komentar



Basiron Abdul Wahab
Wed | Dec 05, 07 | 7:02:45 pm MYT
MARAN, 5 Dis (Hrkh) -Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu agar berwaspada dengan tindak-tanduk Umno yang sedang rancak meniupkan sentimen perkauman sempit untuk menarik sokongan orang Melayu terhadap parti itu menjelang pilihan raya umum ke-12.
Berucap dalam satu majlis penerangan di Cenur, Mahfuz berkata, melalui sentimen perkauman sempit, Umno mengharapkan orang Melayu yang sudah jemu dengan tindak-tanduk parti itu akan kembali menyokongnya; kononnya demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam yang terancam ekoran tunjuk perasaan kaum India penyokong Hindraf, 25 November lalu.

Melalui sentimen itu Umno, ujarnya berhujah bahawa orang Melayu mesti bersatu di bawah parti itu bagi menjaga kepentingan bangsa dan agama dari ancaman kaum lain.

Mahfuz menyifatkan muslihat Umno itu sebagai pengulangan taktik yang digunakan pada tahun 1987 dahulu.

Katanya, pada waktu itu Pemuda Umno di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak bertelingkah dengan Pemuda MCA yang dipimpin Dato' Lee Kim Sai.

"Kedua-duanya mengapi-apikan isu perkauman Melayu dan Cina, ekoran itu pihak keselamatan bertindak menangkap lebih seratus pemimpin politik dan NGO kononya demi keselamatan negara; mereka di tahan di bawah ISA.

"Kerana Umno dan MCA bergaduh, polis melancarkan 'Operasi Lalang' dan menangkap lebih seratus pemimpin politik dan NGO termasuklah saya di bawah ISA," katanya.

Kini ujar beliau, suasana 1987 itu sudah hampir berulang apabila Umno dan Hindraf meniupkan api perkauman untuk kepentingan masing-masing.

Walhal menurut Mahfuz, sebahagian daripada tuntutan kaun India yang disuarakan Hindraf berkaitan hak istimewa orang Melayu sebenarnya sudah dilaksanakan oleh Umno.

"Apa hak istimewa orang Melayu yang masih tinggal? Soal biasiswa, soal kuota pelajar di universiti, soal bahasa Melayu dan sebagainya telah lama dihapuskan oleh Umno," ujarnya.

Mahfuz menambah, hak istimewa orang Melayu sudah dihapuskan oleh Umno demi mendapatkan sokongan dalam pilihan raya.

"Orang Melayu kini tidak mempunyai apa-apa keistemewaan lagi di tanah airnya sendiri," katanya.

Menurut Mahfuz, tuntutan kaum India menerusi Hindraf juga memperjelaskan kegagalan konsep perkongsian kuasa ala-BN yang didakwa kononnya terbaik di dunia.

Umno, katanya gagal membentuk persepakatan di dalam BN sehingga ada anggota komponennya masih menyuarakan tuntutan dalam perkara asas yang membabitkan kepentingan orang Melayu yang sudah diterima sebelum ini.

Bekas Ketua Pemuda PAS itu juga mencabar BN mengambil tindakan terhadap wakil BN dari Cameron Highlands dan seorang anggota Exco Pulau Pinang yang telah melanggar prinsip BN dengan memberi sokongan terhadap tuntutan Hindraf.- tajdid

Bersih adakan himpunan rakyat depan Parlimen 11 Disember ini
chedet 0 Komentar

Oleh Wan Nordin Wan Yaakub

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh) - Usaha kerajaan BN bagi menyambung khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melalui pindaan had umur lanjutan persaraan baru-baru ini dibantah keras banyak pihak.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang turut mengecam tindakan itu akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat pada 11 Disember ini di hadapan bangunan Parlimen.
Kenyataan mengenai himpunan ini disahkan oleh Jurucakap Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Himpunan itu diadakan bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Abdul Rashid yang sepatutnya ditetapkan bersara pada 31 Disember ini apabila umurnya mencecah had 65 tahun.

Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz.

Ia akan dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember ini, kata satu kenyataan Bersih.

Menurut kenyataan itu, perhimpunan akan diadakan pada jam 10 pagi di perkarangan bangunan Parlimen.

Beberapa pemimpin parti pembangkang berpendapat BN amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi membantu kemenangannya dalam pilihan raya akan datang.

5 Dis 2007

Jemputan untuk semua
chedet5 Dis 2007 0 Komentar

Oleh ; penarik Beca

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Jalan Kebun, Kelang malam tadi dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar, juga malam tadi, menyeru semua pihak jalan-jalan, minum-minum, makan-makan dan shopping dengan memakai t-shirt Bersih atau pakaian kuning di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 8 Disember ini.

Mahfuz bagaimanapun menyatakan dari pukul 12.45 tengah hari hingga 1.15 tengah hari. "Para penyokong di Kuala Lumpur dan Selangor jangan tunggu ada ketua untuk jalan-jalan cari makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tanpa risalah, tanpa ceramah," katanya.

Beliau mencadangkan "jalan kekuningan dari Sogo sampai bazar yang boleh tembus ke Masjid India".

Bila saya menulis "Hanya pakaian kuning sahaja...", Mudin001 terus menjawab "saya akan menyahut seruan ini esok, Insya Allah :)".

Malam tadi, saya menghantar SMS kepada Mudin dan meminta ditangguhkan kepada Sabtu akan datang, 8 Disember 2007. Mudin bersetuju. Oleh itu, dengan ini saya menjemput semua yang menginsafi pilihan raya demi pilihan raya di negara ini yang tidak adil dan tidak bersih ke acara berikut:

1. Acara: Jalan-jalan, makan-makan, minum-minum atau shopping sahaja

2. Pakaian: T-shirt Bersih atau pakaian berwarna kuning termasuk topi Bersih dan sebagainya

2. Tarikh: 8 Disember 2007, Sabtu

3. Masa: 1 tengah hari hingga 2 petang

4. Tempat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Saya juga memohon agar sama-sama kita memastikan:

1. Tiada perhimpunan

2. Tiada slogan

3. Tiada sepanduk

4. Tiada perarakan

5. Tiada demonstrasi

6. Hanya jalan-jalan, makan-makan, minum-minum atau shopping

7. Hanya penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin serta alat perkakas dan gerombolan mereka sahaja yang boleh mengadakan perhimpunan, demonstrasi atau perarakan, meneriakkan slogan dan membawa sepanduk atau apa sahaja yang mereka suka pada masa, tarikh dan di tempat yang dinyatakan. Kita tidak ada kuasa dan tidak ada masa untuk melarang mereka.

8. Sesiapa yang mengadakan perhimpunan, demonstrasi atau perarakan, meneriakkan slogan dan membawa sepanduk atau apa sahaja yang mereka suka pada masa, tarikh dan di tempat yang dinyatakan dengan sendirinya adalah penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin serta alat perkakas dan gerombolan mereka.

Berkaitan:
Islamic opposition party PAS, which rules Kelantan, also has a "good chance" of losing the only opposition held state to Umno amid an influx of new voters, she (Bridget Welsh, a Southeast Asian expert at John Hopkins University) said. [Malaysiakini, 1/12/2007]

Pengerusi SPR biadap hina jubah serban, mahkamah! - Naib Preseiden PAS
chedet 0 Komentar

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh)-"Memang biadap! Sudahlah hina mahkamah,apa kena mengena dengan soal serban jubah dengan peranan tugas SPR?"

Isu 'hangat' dan keangkuhan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman semakin mengundang kemarahan rakyat akibat keceluparannya memberi kenyataan 'menyerang' keputusan hakim malah dilihat berat sebelah kerana tindakannya yang sering kali menyelar pihak pembangkang dalam isu pilihan raya di negara ini.


Mengulas lanjut isu terbabit, Naib Presiden PAS Haji Mohammad Sabu berkata sikap Rashid yang menentang pembangkang adalah amat bercanggah dengan peranan dan bidang tugasnya selaku Pengerusi SPR.

Kata Mohamad Sabu selaku Pengerusi SPR beliau sewajarnya tidak menyebelahi mana-mana pihak apatah lagi memberi kenyataan yang beremosi dan tidak bersandarkan fakta atau merujuk kepada maklumat yang tepat malah sanggup pula menghina mahkamah.

"Memang biadap! Sudahlah hina mahkamah,apa kena mengena dengan soal serban jubah dengan peranan tugas SPR?," soalnya ketika menghubungi Harakahdaily.net sebentar tadi kerana memberi respon segera berhubung isu Rashid menghina keputusan mahkamah.

"Dia ni makin celupar sebab nak dapat restu Barisan Nasional (BN)/ Umno untuk sambung tugasnya sebagai Pengerusi SPR yang akan tamat hujung Disember ini," katanya.

Dalam pada itu juga menjelaskan tidak ada kedengaran di luar negara, Pengerusi Badan Bebas yang mengendalikan proses pilhan raya di sesebuah negara menyelar pembangkang jauh sekali mempertikaikan keputusan mahkamah malah Rashid adalah yang pertama bersikap 'bias' selaku pengerusi SPR berbanding sebelumnya.

Kenyataan celupar ini adalah lanjutannya kelancangananya sebelum ini yang akan menyebabkan rakyat marah dan bangkit menentang kepincangan SPR yang dilihat telah berpihak kepada parti kerajaan dan akan memberi 'laluan mudah' untuk BN menang sekali lagi dalam pilihan raya akan datang.

"Jangan salahkan rakyat jika bangkit dan berarak lagi menuntut supaya beliau dipecat sebab tindakan Rashid yang 'bias' itu!

"Malah jika keselamatan negara tergugat maka Rashid juga adalah puncanya!" kata Pengarah Perhimpunan Bersih pada 10 November itu dengan nada tegas

Rashid kutuk Ustaz Hadi dan Nik Aziz

Beliau dalam masa kecewa dan membidas kenyataan putar belit Rashid sehingga sanggup mengutuk Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan seterusnya membangkitkan persoalan jubah dan serban yang tidak ada kaitannya dengan tugas dan perkara yang dibincangkan di dalam kursus terbabit ataupun yang dibangkitkan selama ini.

Rashid dilaporkan berkata:"...Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, di luar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi... orang pakai serban besar pakai jubah... macam mana ni? Kalau saya kata... orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia... tak apalah biarlah dia jawab esok...."

Sebelum ini Utusan Malaysia turut melaporkan pengerusi SPR tersebut menyifatkan "kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengarut dan tidak berasas serta dikeluarkan tanpa menggunakan akal, sebaliknya hanya untuk melepaskan geram. Justeru, beliau meminta supaya tidak mengambil berat kenyataan itu kerana ia hanya membuang masa.

Beliau seterusnya berkata, "Memang perangai dia (PAS) begitu. Saya serta SPR banyak kali menerima tuduhan PAS yang mendakwa mempunyai bukti (kegagalan SPR menguruskan pilihan raya). Saya tunggu sampai sekarang pun tidak ada (PAS) hendak mendakwa SPR (di mahkamah),"( lihat muka hadapan Utusan Malaysia 9/12/2004)

4 Dis 2007

Hindraf: Siapa yang sebenarnya terjerat
chedet4 Dis 2007 2 Komentar

Oleh roslansms

Kalau memorandum Hindraf yang diserahkan kepada kerajaan Britain, yang menuduh bahawa berlaku ethnic cleansing ataupun pembunuhan terancang terhadap masyarakat Hindu di Malaysia merupakan satu tuduhan liar dan fitnah maka demikian jugalah kartun Senyum Kambing dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Sejak bila pula PAS terperangkap angkara Hindraf dan adakah benar yang PAS tidak pernah nyatakan pendirian terhadap Hindraf?


Kalau Utusan sebuah akhbar yang bertanggungjawab, cinta dan sayangkan perpaduan kaum dan perpaduan nasional serta bangsa dan peradaban Melayu ia tidak akan cuba menyeret PAS ke dalam kancah pertembungan yang dicetuskan oleh kelemahan dan kelonggaran Umno, tulang belakang akhbar tersebut. Tetapi hakikatnya Utusan memang sebuah akhbar yang tidak bertanggungjawab, oleh itu memandang satira terhadap sesuatu yang tidak menguntungkan bangsa dan agama, padanlah dengan sikapnya yang tidak bermaruah.

PAS melalui Timbalan Presiden dan Setiausaha Agungnya telah mengeluarkan kenyataan berhubung Hindraf. Pertama PAS menyatakan yang ia mempunyai perbezaan dengan Hindraf cumanya ia merasakan yang penyokong-penyokong kumpulan tersebut berhak berhimpun dan menyatakan pendirian mereka.



Apa maksud si kambing apabila mengatakan yang PAS sudah terperangkap? Siapakah yang memerangkap PAS dan mengapa pula dalam kes Hindraf PAS pula mahu diperangkap?
Yang terperangkap adalah Umno, MIC dan BN. Yang keluar berarak dan kemudiannya menghantar memorandum bantahan adalah masyarakat yang lazimnya memberikan undi kemenangan kepada BN, terbaru di Ijok. Kerana itulah Presiden Umno dan Pengerusi BN marah sungguh dalam sidang akhbarnya baru-baru ini, manakan tidak, selama ini melalui MIC Dollah dan BN diyakinkan bahawa masyarakat India akan terus menyokong BN. Himpunan Hindraf dan kemudiannya memorandum mereka yang melemparkan perbagai tuduhan terhadap kerajaan BN (yang mana MIC adalah komponannya) sesungguhnya tidak memerangkap sesiapa pun melainkan BN.

Hari ini Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan terhadap memorandum Hindraf itu dan menganggap sebahagian dari tuntutan dan tuduhannya melampau. Kata Presiden PAS itu:

PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.

3 Dis 2007

Dewan Pemuda PAS Putrajaya berjaya ditubuhkan
chedet3 Dis 2007 0 Komentar

Oleh AJK Penerangan Pemuda PAS Putrajaya

Ahad, 22 Zulka'edah 1428H (02 Dis 2007) - PAS Kawasan Putrajaya sekali lagi telah mengukuhkan batu asas perjuangannya apabila telah berlangsungnya Mesyuarat Penubuhan Dewan Pemuda PAS Putrajaya pada pagi tadi. Program yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hj. Hasan At-Tantawi.

Mesyuarat itu juga turut disemarakkan dengan kedatangan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, saudara Kamaruzzaman Mohamed, Ketua-ketua Pemuda Kawasan serta beberapa orang pemerhati-pemerhati dari PAS Kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Program itu telah menampakkan kesungguhan Dewan Pemuda PAS Putrajaya apabila pihak penganjur berjaya menghimpunkan lebih 50 orang pemuda yang mendaftar sebagai ahli di kawasan Putrajaya. Program yang telah dirancang sebelum berlangsungnya Himpunan Bersih pada 10 November lalu tetap mendapat sambutan dan sokongan dari ahli-ahlinya walaupun hanya dijayakan sebetulnya dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Mesyuarat penubuhan yang pertama ini telah menyaksikan berlakunya pemilihan beberapa orang exco bagi menggerakkan Pemuda Putrajaya seperti yang diharapkan. Mesyuarat penubuhan Dewan Pemuda PAS Putrajaya ini juga merupakan milestone yang sangat sigfinikan kepada perjuangan PAS berikutan demam pilihanraya yang kian terasa hangatnya. Justeru, Pemuda PAS Putrajaya sedang giat menggerakkan ahlinya melalui beberapa program tarbiyyah dan kemasyarakatan sebagai exercise untuk mendepani cabaran dan massa.

Ini telah terbukti apabila ahli-ahlinya setelah sekian lama berjuang menegakkan agenda rakyat dan perjuangan Islam di Putrajaya ini dan telah berdepan dengan sekian banyak ancaman dan ugutan yang berbaur sinis dan dengki. Demikian seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Putrajaya yang menggantikan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Putrajaya, Yg. Bhg. Al-Fadhil Ustaz Nazir Bin Zakaria.

Katanya lagi, "Pemuda PAS Putrajaya merupakan tulang belakang perjuangan yang telah melatari perjuangan rakyat di Putrajaya ini seawal kewujudan pusat pentadbiran ini dan pilihanraya umum yang lalu."

Manakala Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi pula di dalam ucap rasminya telah menggariskan 5 tabiat perjuangan yang mesti dilalui oleh setiap Pemuda yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang. " 5 Tabiat Perjuangan ini adalah warisan perjuangan para Nabi dan baginda Nabi Muhammad SAW, iaitulah berdepan dengan hukuman penjara, buang daerah, bunuh, ranjau perjuangan yang sukar dan perjalanannya yang jauh.


" Namun, katanya lagi, "Perjuangan menegakkan Islam adalah sesuatu yang mesti diteruskan kerana sudah menjadi kemestian bagi seorang pejuang yang mengimpikan keredhaan Allah. Bahkan biarlah kita, Pemuda Putrajaya, menjadi sebahagian dari apa yang dimaksudkan oleh Baginda Nabi SAW sebagai golongan yang banyak membantu perjuangan Islam."

Program yang dijadualkan berakhir pada jam 12.30 tengahari itu telah diteruskankan dengan ucapan penangguhan oleh Ketua Pemuda PAS Putrajaya yang baru sahaja dilantik. Beliau telah mengajak semua Pemuda Putrajaya untuk bersama-sama mengembleng tenaga untuk memenangkan perjuangan Islam dan rakyat pada pilihanraya umum yang akan datang.

Katanya, "Kalau dulu kita telah berjuang walau hanya dengan sedikit persediaan dan tanpa ada forum yang sah seperti pada hari ini. Maka sekarang sudah sampai masanya untuk kita maju dan berdepan secara lebih gagah untuk menelanjangkan segala kebobrokan pemerintah dan kepincangan pemerintahan yang ada. Untuk itu perjuangan kita memerlukan perngorbanan tanpa syarat samada dengan keadaan selesa ataupun berdepan dengan kesusahan."

Mesyuarat kemudiannya ditamatkan dengan acara pemberian sijil penubuhan Dewan Pemuda PAS Putrajaya sebagai simbolik kepada penubuhannya dan sesi fotografi bersama-sama perasmi dan para jemputan, sebelum masing-masing menikmati jamuan makan tengahari dan solat Zohor berjemaah.

- AJK Penerangan Pemuda PAS Putrajaya.juga di http://helangdeli.blogspot.com/

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN>>> DPP PUTRA JAYA
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.