sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir

Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin khususnya kepada yang tidak terlibat dengan bencana banjir agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di tiga buah negeri yang agak teruk ketika ini iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom ,setakat ini Jabatan Amal Malaysia telah menyeru kepada seluruh Jabatan Amal Negeri minggu lalu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) agar membentuk pasukan misi bantuan Unit Amal yang boleh dihantar untuk menjalankan operasi bantuan di tiga buah negeri ini.

Menurut Ustaz Jamsari lagi, setakat ini beberapa negeri telah menghantar pasukan untuk bantuan peringkat pertama iaitu bantuan makanan, pakaian dan kewangan. Beberapa buah bot juga telah dibawa untuk misi menyelamat serta mengahantar bantuan makanan kepada penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Untuk bantuan peringkat kedua pula, pasukan Unit Amal akan dihantar bagi kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta tempat-tempat awam.

Berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Amal Negeri Kelantan, Johor dan Pahang, semua anggota Unit Amal yang terlibat telah bertiungkus-lumus selama hampir dua minggu membantu menjejak serta memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan. Selain menyelamatkan mangsa banjir, mereka juga terpaksa menyelamatkan harta benda mereka serta rumah yang ditenggelami banjir.

Oleh yang demikian, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat amat berharap kepada seluruh rakyat Malaysia yang perihatin agar dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat serta sumbangan makanan untuk disampaikan kepada mangsa banjir. Selain daripada itu, kepada golongan korporat, Jabatan Amal Malaysia mengharapkan sumbangan untuk membeli beberapa peralatan seperti sampan sepanjang 15 kaki sebanyak 10 buah yang berharga RM 1,900.00 sebuah, serta penyembur air berkuasa tinggi (waterjet pump) sebanyak 15 buah yang berharga RM 700.00 sebuah. Kepada pihak yang sudi menderma, Jabatan Amal Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.


==================================================

Bagi sumbangan kewangan samada tunai atau melalui cek bolehlah dimasukkan kedalam akaun Bank Islam atas nama :

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP – No. akaun 14014010133669

(maklumkan sumbangan anda kepada Pengarah Kewangan Jabatan Amal Malaysia DPPP Sdr Mohd Hafiz Musa : 019-9817327)


Selain daripada itu, sumbangan kewangan dan makanan juga boleh diserahkan kepada Jabatan Amal Negeri-negeri seperti berikut :

01) Saripuddin (Pengarah Unit Amal W.Persekutuan) - 019-3638570

02) Hj Aszmi Anuar (Pengarah Unit Amal Selangor) – 019-2568820

03) Mohd Sufian (Pengarah Unit Amal N. Sembilan) – 013-3589328

04) Norkhalim Hj Sakib (Pengarah Unit Amal Johor) – 019-7722300

05) Mohd Helmi (Pengarah Unit Amal Melaka) – 019-3439034

06) Ust Zelani Nik Chik (Pengarah Unit Amal Kedah) – 013-35191260

07) Zamarul Aini (Pengarah Unit Amal Perak) – 019-5968786

08) Ust Rosmadi Ramli (Pengarah Unit Amal Perlis) – 012-4554319

09) Norazman Ishak (Pengarah Unit Amal P.Pinang) – 019-5057725

10) Ust Rosli Abd Jabar (Pengarah Unit Amal Pahang) – 019-5057725

11) Ust Shaiful (Pengarah Unit Amal Terengganu) – 019-9229158

12) Mohd Hafiz Musa (Pengarah Unit Amal Kelantan) - 019-9817327

Ulasan

Catatan Popular