Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 (1)

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18 (1)
Posted on Friday, December 07 @ 14:30:09 MYT by SongkokPutih


Oleh SALAHUDDIN HAJI AYUB

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman mengenai penghakiman pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas 2001 yang dituduh berat sebelah dan beliau turut mendakwa kononnya Hakim terbabit 'mempunyai agenda tersendiri' sehingga terhasilnya keputusan tersebut”

Tan Sri Yang diPertua,

Ketika menyampaikan ucap utama pada Kursus Kenegaraan Institut Akhbar Malaysia (IAM) bertemakan "Media dan Pilihanraya Umum" di Universiti Malaya pada 4 Disember 2007, Pengerusi SPR telah mempertikaikan keputusan Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang yang membatalkan keputusan pilihan raya DUN Likas, Sabah pada 2001 atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Dalam penghakimannya Hakim Muhammad Kamil dipetik sebagai berkata, SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi SPR tersebut jelas mempertikai dan menafikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah dibuat secara adil sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

Saya mohon mencadang,

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ulasan

Catatan Popular