30 Sep 2011

Bekas tentera bersama Pakatan di Serdang 2 Oktober
chedet30 Sep 2011 1 Komentar




Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya pada 2 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.

Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.

"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen.

Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500.

"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan.

"Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go", untuk kepentingan semasa.

"Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.

Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.

PMAT bertarikh 29 Ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.

"Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya.

Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.

Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda.

PECAH LOBANG! YANG HALANG HUDUD BUKAN DAP TAPI...
Abu Nu'man 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Susulan mesyuarat Pakatan Rakyat kelmarin, PAS menegaskan yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP — rakan komponen dalam perikatan mereka berusia tiga tahun.


Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.

“Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“DAP berpendapat ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.

“Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguatkuasakannya,” katanya.

Oleh itu kata Tuan Ibrahim, jelas yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun dan bukannya DAP.

“DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan,” kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim menambah, PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini.

“Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf. Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya,” katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata, Umno yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

“Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini,” tambah beliau.

29 Sep 2011

Burukan JOHOR kena ambil tindakan!!!
chedet29 Sep 2011 1 Komentar

Ali Rustam burukkan Kelantan macam mana?

MELAKA, 29 Sept: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) mempersoalkan tindakan polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor.

Beliau melontarkan pertanyaan itu kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah memburukkan Kelantan sebelum ini.

"Macam mana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam, apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan. Dalam dan luar sidang Dun, sentiasa Kelantan diburukkan.

"Beliau pernah melarang pegawai kerajaan pergi Kelantan. Pernah beliau menarik balik larangan itu?"

"Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu, itu antara ucapan Ketua Menteri dalam sidang Dun," ujar Adly yang juga Yang Dipertua PAS Alor Gajah di dalam blognya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

Menurut Adly, kalau polis Johor hendak bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, maka Ketua Polis Kelantan juga wajar bertindak terhadap Ali Rustam.

Beliau mempersoalkan mengapa polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang dituduh memburukkan Johor tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Ketua Menteri Melaka yang acapkali memburukkan negeri Kelantan.

"Burukkan Johor bertindak, burukkan Kelantan tak apa, 1Malaysia apa?” soal Adly sinis.

Adly berkata rakyat Johor sedang dihasut agar membenci Lim Guan Eng kerana dianggap menjatuhkan imej Johor.

"Menjatuhkan imej Johor di luar negara. Johor selamat, YAB Lim kata tak selamat?

"Sedangkan secara faktanya Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dengan indek jenayah 27%," katanya.

Hudud: Kenyataan TGNA dlm FB pagi ini
chedet 0 Komentar


Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim. Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.

UMNO LEGA HUDUD HANYA AKAN LAKSANA BILA SEMUA PR SETUJU
Abu Nu'man 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

“Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

“Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah,” kata mereka.

Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

“PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu mereka menambah, mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa “kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat.”

“Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini,” kata mereka.

“Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan, kompetensi bagi mencapai kemaslahatan umum untuk semua rakyat,” kata ketiga-tiga pemimpin kanan ini.

Hampir 30 pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan lebih tiga jam malam tadi untuk menyelesaikan perbezaan pendirian parti-parti dalam perikatan itu.

28 Sep 2011

PM AKAN MANSUH KOUTA BUMIPUTRA ... APA KOMEN PERKASA?
Abu Nu'man28 Sep 2011 2 Komentar

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.


Perdana Menteri berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan “kita harus menggalakan hak Bumiputera.”

Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera.

“Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai.

“Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” kata beliau pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini hari ini.

“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,” katanya lagi.

Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.

Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang “baik, teruji dan berdedikasi”, dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.

Sebagai contoh kata beliau, Teraju baru-baru ini melancarkan program untuk melatih 1,100 syarikat Bumiputera kecil, mikro dan pertengahan di bawah program keusahawanan khusus.

26 Sep 2011

Hebatnya Malaysia
chedet26 Sep 2011 0 Komentar

Presiden baru Zambia Michael Sata, pimpinan Katolik pertama yang terpilih di negara itu dan seorang katolik yang taat, hari Minggu kemarin (25/9) mengatakan pemerintahnya akan mengikuti prinsip-prinsip dari 10 Perintah Tuhan yang ada di Alkitab.
"Pemerintah ini akan diatur lewat 10 Perintah Tuhan. Engkau tidak akan mencuri, berbuat baik kepada orang lain sebagaimana anda ingin mereka lakukan kepadamu," kata Sata kepada umat paroki di sebuah gereja di distrik kelas atas di Lusaka Park Rhodes.
"Untuk pertama kalinya negara ini memiliki presiden Katolik dan pemerintah kami akan mendukung gereja," kata Sata, mengingat bahwa bangsa itu mayoritas beragama Katolik.
Sata memasuki kantor kepresiden Jumat lalu, dan berjanji untuk menindak korupsi yang merajalela yang dilakukan oleh pendahulunya Rupiah Banda.
Banda telah berkampanye pada kekuatan ekonomi Zambia, yang tumbuh 7,6 persen tahun lalu, dan menunjuk ke rumah sakit, sekolah, jalan dan proyek-proyek listrik sebagai bukti keberhasilannya.
Tapi Sata mengambil 43 persen suara mengalahkan 36 persen suara Banda, dengan memanfaatkan kemarahan para pemuda dan pengangguran yang belum melihat perubahan dalam kehidupan sehari-hari.
Pemilihan itu dinodai oleh kekerasan sporadis yang menyebabkan dua orang tewas.
Zambia sekarang salah satu dari beberapa negara Afrika yang memiliki dua kali perubahan partai yang berkuasa secara demokratis sejak kemerdekaan. Sata adalah presiden negara kelima, yang memperoleh kemerdekaan dari Inggris pada tahun 1964.(fq/afp)[eramuslim.com]

Pakatan tolak ugutan keluar parti
chedet 0 Komentar

Aziz Muda


(Gambar atas: Tiga pemimpin Pakatan menunjukkan laporan akhbar Umno yang cuba memecahkan mereka dalam sidang medianya petang tadi di Pejabat Agung PAS)

KUALA LUMPUR, 26 Sept: Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit.

Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam.

Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu.

"Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," katanya pada sidang media itu.

Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September ini.

Katanya, Umno BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka.

"Pada mesyuarat 28 September ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir.

"Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan Baget 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti, tetapi untuk perbincangan awalnya akan membincangkan perkara ini," katanya.

Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menegaskan, kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999.

"Kedah sekarang tak buat sebab untuk meluluskan Kanun Jenayah Syariah itu demokratik, iaitu mestilah diluluskan pada persidangan Dun," katanya.

Untuk melaksanakan hukum hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir.

"Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat magran iaitu mematikan demokrasi di Kelantan. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan demokarsi di negeri itu atau di negara ini," tegasnya

Aziz Bari:Hudud,Tidak Melanggar Perlembagaan
Pejuang Muda 1 Komentar

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

azlan7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.

25 Sep 2011

PELIK? KJ GESA PUSAT PINDA PERLEMBANGAAN DEMI HUDUD!!!
Abu Nu'man25 Sep 2011 1 Komentar

KOTA BHARU, 25 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

"Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.


....Apa pun sebarang usaha atau tindakan juga gesaan yang dilakukan untuk mendaulatkan agama Allah  harus disokong hatta yang melakukannya itu firaun sekalipun....

(GAMBAR) SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT PAS WANGSA MAJU
Abu Nu'man 3 Komentar

Alhamdulillah, PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda serta Nisa' Wangsa Maju berjaya mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Wangsa Maju yang diadakan julung-julung kalinya di Markaz Tarbiyyah PAS Wangsa Maju, Melati Utama. Majlis yang bermula selepas waktu zuhur sehingga jam 6 petang mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari masyarakat setempat serta ahli Pas sekitara Wangsa Maju.















UMNO BERJAYA TAKUTKAN BUKAN ISLAM AKAN 'KEKEJAMAN' HUDUD
Abu Nu'man 0 Komentar



KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.


Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim  menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

Akhirnya syaitan yang bertopengkan manusia berjaya menanam dibenak naluri masyarakat buka Islam akan 'kekejaman' hukuman syariah Allah

PENANGAN UST AZHAR DI ULU KLANG 24 SEPT
Abu Nu'man 0 Komentar






 Majlis pelancaran Buku Anda bertanya Ustaz Azhar menjawab... hanya RM15 sahaja



KARPAL PANGGIL MESYUARAT... MASA TERBAIK PERJELAS 'HUDUD' BUAT BUKAN ISLAM
Abu Nu'man 1 Komentar

DAP menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud yang muncul semula awal minggu ini.


Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh (gambar) yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Dipetik Bernama hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.

..... PAS kene ambil kesempatan yang terbaik ini bagi menjelaskan perlaksaan hudud khususnya kepada bukan Islam.... sebab apa yang mereka takutkan adalah seperti hukuman sebab bagi peminum arak atau zina adakah tertakluk pada mereka....

"HUDUD KENE REALISTIK".... BODOH PUNYE NAJIB 'SESAT'
Abu Nu'man 3 Komentar

UALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.


Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.


“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.
Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

... kalau semua benda nak kire realistik... kentut basuh punggung je lah atau tak yah basuh takde... nie tak kene start amik wuduk balik... bodo punye najib

24 Sep 2011

M'sia ada kelebihan berbanding China - Lynas?Tax Free,Memang laa...
Pejuang Muda24 Sep 2011 2 Komentar

Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik aktiviti hiliran di dalam industri nadir bumi berbanding dengan China kerana ia mempunyai sistem perundangan dan harta intelek yang sangat baik, kata Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Komunikasi Korporat Lynas Corporation Ltd Dr Matthew James.

Pada masa yang sama, kelebihan kos di segi kos buruh, tenaga dan kimia yang pernah disediakan China tidak lagi terpakai dan Malaysia dilihat sebagai lokasi yang sangat kompetitif berikutan kenaikan kos yang tinggi yang berlaku di China sejak sedekad lepas, katanya.

"Itulah yang dilakukan oleh kuota eksport China (mengenai nadir bumi) yang digalak (digunakan) di China. Mereka cuba menggalakkan industri hiliran berkenaan barpindah ke China dengan menghadkan akses terhadap nadir bumi.

"Terdapat banyak negara yang enggan memindahkan industri masing-masing ke China kerana mereka prihatin mengenai perlindungan harta intelek. Syarikat berkenaan lebih condong memindahkan industri masing-masing ke Malaysia," katanya kepada Bernama di ibu pejabat Lynas di Sydney, Australia.

China, yang mengeluarkan lebih 90 peratus daripada nadir bumi dunia dilaporkan telah mengurangkan kuota eksport yang menghadkan bekalan global, dan sebaliknya menaikkan harganya.

Sementara itu, kilang pemprosesan nadir bumi Malaysia telah merangsang minat apabila Lynas telah menandatangani satu surat hasrat dengan bahagian Teknologi Pemacu Siemens pada Julai bagi pengeluaran magnet dan usahasama itu dijangka dizahirkan pada akhir tahun ini, katanya.

James berkata lima lokasi telah dipertimbangkan bagi pembinaan kilang pengeluaran usahasama itu dan tiga daripadanya adalah di Malaysia.

Katanya Lynas juga telah mengadakan perbincangan komersil dengan syarikat lain mengenai pembinaan operasi aplikasi hiliran seiringan dengan kilangnya di Gebeng.

"Apabila anda melihat sesetengah industri elektronik hiliran Malaysia yang telah sedia ada, seperti komponen automotif hiliran, anda boleh menjangka pelaburan (kilang nadir bumi Lynas) boleh diterima bagi melengkapkan rantaian nilai antara bahan mentah yang akan disediakan oleh Lynas dan industri berkenaan," katanya.

Sementara itu, Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Gebeng, Kuantan, akan mempunyai kapasiti awal untuk memproses 11,000 tan metrik oksida nadir bumi (REO) setahun, dengan pengembangan kepada 22,000 tan metrik setahun.

Kilang itu, yang sudah siap lebih 60 peratus sehingga akhir Jun, akan mengeluarkan produk nadir bumi bersama-sama satu siri Produk Galian Sintetik.

Kilang bernilai RM700 juta itu dilaporkan bergelut dengan kontroversi, yang dicetus oleh dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang memudaratkan kesihatan orang ramai yang membawa kepada lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dari 29 Mei hingga 3 Jun.

Di dalam laporannya, IAEA mengesahkan bahawa kilang itu, sebaik siap lewat tahun ini, dijangka selamat dan mematuhi sepenuhnya dengan standard antarabangsa tetapi lesen praoperasinya masih bergantung kepada kelulusan pengawal atur.(Malaysiakini)

 Bagaimana IAEA boleh menjadi jawatankuasa yang menentukan selamat atau tidak ,sedangkan IAEA merupakan promoter kepada sumber tenaga tersebut.Merekalah yang akan menggunakan bahan tersebut itu nanti.

Nadir bumi (rare earth) yang telah diproses di China dikenakan cukai ekspot oleh kerajaan China.  Sebahagian dari mineral nadir bumi yang di ekspot telah di naikkan cukai ekspot dan salah satu dari mineral yang dikenakan cukai ekspot yang paling tinggi ialah Neodymium.  Mineral ini adalah yang paling banyak digunakan dalam industri pembuatan.  Di bawah ini adalah maklumat tentang cukai ekspot yang dikenakan oleh kerajaan China yang diumumkan pada 16 December 2010 dan berkuatkuasa Januari 2011.

Changes in the applied export tax (by HS Code):
- Rare earth metal Neodymium (HS 28053011), 25 percent up from 15 percent in 2010.

Newly added products:
- Rare earth, exact name unobtainable (HS 28053014), 25 percent
- Rare earth, exact name unobtainable (HS 28053015), 25 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469032), 15 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469033), 15 percent
- Rare earth chloride, unspecified (HS 28469039), 15 percent
- Rare earth containing ferroalloys (HS 72029999), 25 percent
- Other of copper alloys (HS 74071090), maximum 30 percent, applied 0 percent
- Certain aluminum plates (HS 76061191), maximum 20 percent, applied 0 percent
- Certain aluminum plates (HS 76061129), maximum 20 percent, applied 0 percent

Products no longer subject to an export tax:
-Rare earth chloride Praseodymium oxide (HS 28469030), previously 15 percent



Ini jelas menunjukkan tentang apa yang dimaksudkan Lynas dengan pernyataan mereka bahawa memproses nadir bumi di Malaysia adalah lebih menguntungkan sebanyak 20% hingga 30% walaupun nadir bumi mentah dari Australia terpaksa dibawa sejauh 2000km melalui kapal ke Gebeng. Lynas dapat menjimatkan wang sebanyak 15% hingga 30% dari membayar cukai ekspot. Tambahan pula Lynas dikecualikan dari membayar cukai perniagaan selama 10 hingga 12 tahun.
Kerajaan Malaysia telah memberikan "lamaran cinta" yang menarik kepada Lynas dan ini telah menyebabkan Lynas "jatuh cinta pandang pertama" dengan "lamaran" tersebut dan kerajaan Malaysia dan Lynas sedang dilamun cinta yang cuba digugat keutuhan cinta mereka oleh rakyat Malaysia yang muak dengan adegan dan lakonan mereka.credit to tahir-nisa.

23 Sep 2011

UMNO LAGI TAKUT SOI LEK DARI MURKA ALLAH
Abu Nu'man23 Sep 2011 0 Komentar

BANGI, 23 Sept — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri (gambar) berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu.
“Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud),” kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Muhyiddin berkata hudud bukan satu isu dalam BN memandangkan Umno dan PAS masing-masing berbeza pegangan politik — seakan antara “langit dan bumi.”

Oleh itu katanya, masyarakat Cina tidak seharusnya menjadi mangsa keraguan kononnya Umno mahu melaksanakan hukum hudud.\

..... seakan antara “langit dan bumi.”??? apa maksudnya??? PAS nak Islam ... umno nak kafirunnn le kot
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.