30 Sep 2011

Bekas tentera bersama Pakatan di Serdang 2 Oktober
chedet30 Sep 2011 1 Komentar




Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya pada 2 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.

Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.

"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen.

Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500.

"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan.

"Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go", untuk kepentingan semasa.

"Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.

Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.

PMAT bertarikh 29 Ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.

"Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya.

Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.

Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. nyosaL den tak masuk soLjar...

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.