24 Feb 2010

Jarang orang tengok gambarTok Guru begini
chedet24 Feb 2010 2 Komentar



Tok guru solat di belakang orang biasa-biasa saja.. rasa-rasa tok guru yang mula ikut dulu sebab dilihat daripada kedudukan beliau yang tak sempat turun sepenuhnya...kenapa tok guru tak bentuk jamaah lain??..kerana itulah hebatnya tok guru..gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam

23 Feb 2010

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA MENGENAI PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
chedet23 Feb 2010 0 Komentar



KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA MENGENAI PEMBANGUNAN
KAMPUNG BARU


Saya ingin mengulas mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru iaitu pembangunan akan dijalankan setelah mendapat persetujuan pemilik tanah dan penduduk disamping memastikan mereka tidak perlu berpindah ke tempat lain.


PM menyatakan sebuah badan khas yang dikelolakan oleh badan amanah kerajaan TANPA pembabitan sektor swasta akan diwujudkan bagi menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru demi kepentingan penduduk. (Berita Harian, 7 Feb 2010)


Sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa saya menyokong penuh sekiranya pembangunan Kg. Baru diteruskan dengan segera memandangkan pemilik tanah di Kg. Baru telah jemu mendengar janji kosong semenjak zaman PM Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan selama itulah juga Menteri Wilayah Persekutuan yang bertukar ganti juga membuat janji yang sama kepada penduduk Kg. Baru.


Sebelum PM Najib Tun A.Razak datang ke Kg. Baru, mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu minggu sebelum menyerahkan jawatan, juga telah datang ke tapak pasar minggu bersama Menteri WP ketika itu, Dato’ Sri Zulhasnan dan Datuk Bandar iaitu pada 30 Mac 2009 dan melakukan upacara pecah tanah projek Menara Puncak Baru berharga RM500 juta yang melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan. Projek ini dikatakan akan dimulakan dalam masa tiga bulan dari tarikh tersebut dan siap dalam masa empat hingga lima tahun yang diberikan secara runding-terus kepada Syarikat Naza TTDI.


‘Beliau (Tun Abdullah) menyatakan pembangunannya bukan sekadar ditumpukan kepada kediaman semata-mata tetapi juga daripada sudut ekonomi bernilai tinggi yang dapat memberi manfaat kepada penduduknya. Perdana Menteri berkata,‘‘Pembangunan Kampung Baru juga perlu mengambil kira aspek alam sekitar selain mengelakkannya menjadi kawasan mundur dalam bandar yang mempunyai segala ciri-ciri keburukan dan sesak’’ katanya. PM menegaskan menara tersebut akan menjadi mercu tanda Kampung Baru. Abdullah menegaskan, selepas pembangunan Puncak Baru, pembangunan di kawasan lain Kampung Baru akan dilakukan satu persatu’. Untuk makluman setelah hampir setahun sejak Mac tahun lepas Projek Puncak Baru belum lagi bermula.
Berbalik kepada isu lawatan tinjau mesra Kg. Baru, apa yang diperkatakan oleh PM Najib telah banyak kali saya perkatakan dalam ucapan dan kenyataan saya sebelum ini antaranya boleh dirujuk dalam suara keadilan 7-14 Julai 2009, “Dibimbangi sekiranya dibuat pembangunan, hak orang Melayu di kawasan itu akan terpinggir kerana tidak ada mekanisma yang jelas untuk memastikan orang Melayu para pemilik aset di Kg. Baru akan mendapat hak mereka” ; “ justeru itu beliau(saya), mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu DANA berciri pinjaman mudah dan sebuah Konsortium atau Perbadanan bagi memastikan pemilik asal tanah di kawasan Kg. Baru kekal memiliki aset mereka yang sedia ada”.


Dalam Berita Harian 9 Ogos 2008 saya menyatakan “Penduduk Kg. Baru tidak mahu kehilangan hak mereka dan tidak menyokong pembangunan yang tidak memberi manfaat secara terus kepada mereka. Mereka mempunyai hak untuk dibabitkan sama dalam projek pembangunan Kg. Baru kerana sebarang cadangan pembangunan membabitkan tanah dan masa depan mereka”.


Itulah antara kenyataan yang saya keluarkan mendahului kenyataan PM terkini. Kenyataan yang sama saya kemukakan dalam Parlimen, semasa sesi soal-jawab mahu pun dalam perbahasan yang saya turut serta semasa membawa suara rakyat Kg. Baru dan kampung-kampung tradisional sekitar Kuala Lumpur.


Menurut PM seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian Ahad 7 Feb 2010 “Konsep yang akan diperkenalkan tidak memerlukan penduduk dan pemilik tanah berpindah ke tempat lain dan mereka akan kekal di Kg. Baru dengan kaedah TANAH DISERAH PADA KERAJAAN dan kerajaan meluluskan semula tanah itu kepada mereka”, katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat DBKL dan melawat beberapa kawasan Kg. Baru”.


Saya kira apa yang diperkatakan oleh PM iaitu TANAH DISERAH PADA KERAJAAN perlu penjelasan lanjut kerana kaedah yang dinyatakan agak mengelirukan dan kontradik dengan kenyataan awal PM dimana dikatakan penduduk dan pemilik tidak perlu berpindah.


Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan “ Setiap (SETIAP) pemilik tanah boleh menjadi jutawan…..” ; dan menurut laporan akhbar yang sama iaitu Kosmo Isnin 8 Feb 2010 dimana dikatakan pemilik tanah di Kg. Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta SEORANG jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu telah menambahkan kekeliruan dan kekhuatiran penduduk kerana apa yang difahamkan dari kenyataan tersebut tanah Kg. Baru akan diserahkan kepada kerajaan dan pampasan akan dibayar kepada pemilik sehingga RM4 juta seorang.


Kenyataan PM kelihatan kontradik, kenyataan Menteri WP lagi jauh dari keyakinan yang cuba ditanamkan oleh PM kepada pemilik tanah yang rata-ratanya tidak mahu aset mereka yakni aset Islam/Melayu ditengah-tengah Kosmopolitan KL tergadai. Pengalaman pahit sebahagian pemilik tanah dan pewaris yang tanah mereka tergadai kepada bank setelah geran tanah diserahkan kepada Syarikat Korporat kepercayaan PM pada masa tersebut untuk dibangunkan yang akhirnya mereka kehilangan hak kepada aset mereka dan pada masa sama tidak mendapat pampasan sewajarnya menyebabkan para pemilik sukar meletakkan keyakinan mahu pun kepercayaan kepada sesiapa pun.


Saya menyeru PM agar memperuntukkan satu Dana Khas seperti peruntukan pembangunan Wilayah Iskandar, ECER dan NCER, tapi kali ini untuk pembangunan Kg Baru. Peruntukan ini mesti dikendalikan satu Badan Amanah seperti yang dijanjikan di mana Badan Amanah ini mestilah dianggotai juga wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kg Baru yang sememangnya terdiri dari kalangan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang, DBKL, M.A.S, wakil rakyat dan dari ICU mewakili Kerajaan Pusat supaya penduduk Kg. Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan adalah demi kepentingan mereka.


Badan Amanah ini akan merancang secara bersama kaedah dan mekanisma pembangunan Kg. Baru dengan mengambil kira kebajikan dan hak pemilik, memastikan pembangunan dimulakan dalam masa yang sewajarnya dan secara berfasa supaya penduduk tidak perlu semuanya dipindahkan, memilih satu konsortium yang akan menjadi “Pemaju” dengan ini memastikan tiada penyelewengan, ketirisan dan kebocoran berlaku dan pemilik akan mendapat manfaat dengan terus memiliki dan menjadi stake-holder.


Selaku Wakil Rakyat yang dipilih rakyat, selagi amanah ini saya pikul saya akan terus memperjuangkan keadilan dan membela kepentingan rakyat terutama pemilik-pemilik serta pewaris-pewaris tanah Kg. Baru dan akan terus memastikan aset orang Islam/Melayu yang semakin mengecil dan mengurang terutama di Kuala Lumpur akan terus dipertahankan. Amanah ini amanah yang berat dan saya berdoa agar terus diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk memikulnya.


Dr Lo’Lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
Pusat Khidmat Wakil Rakyat TW
No 10 Jalan Raja Muda Musa,
Kg Baru 50300 KL
Tel: 0326980025 Fax: 0326980026
Blog: docpearl.blogspot.com
Email: yb.drlolo@gmail.com
Fb: Dr Lo’lo’

Resolusi UMNO: Agama dan SPR mesti disesuaikan dengan kehendak UMNO?
chedet 0 Komentar

Oleh: sofiwahab

"Konvensyen UMNO Pahang selama tiga hari yang berakhir hari ini menggariskan 28 resolusi. Banyak tu!!!

Antaranya :

1) UMNO Pahang meminta kepimpinan parti memilih calon berjiwa rakyat.

Komen saya : Selama ini YB Umno tidak berjiwa rakyat ke?

2) UMNO negeri mencadangkan supaya ditambah sembilan lagi kerusi Parlimen untuk menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya. Komen saya : Sudah tentu Umno akan mempengaruhi SPR supaya mengujudkan kawasan selamat kepada Umno/BN. Akan ada kawasan parlimen yang disiat-siat untuk mengujudkan parlimen yang selamat. Kadang-kadang parlimen dan DUN yang diujudkan tidak munasabah.

3) Mendesak kerajaan memastikan model ekonomi baru akan meneruskan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengelak ekonomi Melayu tidak terpinggir. Komen saya : Bukan Melayu yang terpinggir tetapi Umno mencari jalan supaya kroni-kroni mereka tidak terpinggir.

4) Kerajaan diminta memastikan urusan memperkasakan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan yang membawa kesan pengukuhan dan sokongan kepada UMNO. Komen : Undang-undang Islam hendak disesuaikan dengan kehendak Umno bukan kehendak Al Qur-an dan Sunnah.?

5) Memperkasakan sektor pendidikan negara. Komen saya : Kembalikan pemberian biasiswa dan ujudkan pendidikan percuma di negara kita.

6) Peranan media baru sebagai alat penerangan, perang siber dan propaganda. Komen : Jangan halang dan sekat perkembangan pemikiran melalui undang-undang yang menyekat kebebasan media cetak dan elektronik serta media baru.

http://mutaligat.blogspot.com

22 Feb 2010

Bila undang-undang Allah tidak dilaksanakan
Abe Joe22 Feb 2010 0 Komentar

Beginilah bila undang-undang Allah dipersenda dan tidak dilaksana;

Friday February 19, 2010

Persuasion, not compulsion

QUESTION TIME
By P. GUNASEGARAM



When federal laws unambiguously prohibit whipping or caning of women, religious laws must not be allowed to do the opposite.

ONE of the small things that I am grateful for is that I cannot be legally whipped or caned for any offence any more. Yes, there are criminal penalties which can specify whipping, but not for those over 50, I am told. Sometimes being old(er) is an advantage.

The other reason that I won’t be legally whipped is that I am not a Muslim and therefore my personal behaviour is not subject to syariah courts, which can hold me liable for offences such as drinking alcohol and have me caned.

For me and for millions of Malaysians of all races and religions, Feb 9, 2010, was a sad, black day in the history of our country. On that day, three women were caned legally for the first time ever in this country. They, all Muslims, were caned for engaging in illicit sex, an offence under syariah law, it was announced.

It is shocking that such sentences are being meted out for such offences. While religious laws may allow for such sentences, it is possible for judges to mete out lower sentences, especially when such “offences” are of a very personal nature and harm no one else.

When there are loopholes in religious laws which allow such punishment out of all proportion to the “crime” committed, and which go against the sensibilities of most Malaysians, then it is incumbent upon the Government of the day to use the legislature to do the needful. Otherwise it abdicates its responsibility.

Illicit sex means sex out of wedlock and if we are all not hypocrites, we will admit that it happens all the time, among both Muslims and non-Muslims. To prescribe caning for such an offence is something that most Malaysians are likely to consider just too much.

It also opens the door for caning for more minor offences in the eyes of religious officials, such as drinking alcohol. In fact one Muslim woman, who has refused to appeal her case, is currently awaiting a caning sentence to be carried out after she was found guilty of drinking alcohol.

That case attracted international attention and made it to the front page of two international financial dailies – The Wall Street Journal and The Financial Times – on the same day last year. The current case, announced on Wednesday, is already beginning to attract world attention.

With three women already having been caned for illicit sex, the way has been paved for more caning of women in the future. That will not endear Malaysia to Malaysians, let alone foreigners who are inevitably going to equate us with the Taliban. And who can blame them?

And are we going to go further down the slippery road and cane women for dressing immodestly too, as has been done in some countries?

There are already indications that Malays, especially women, are migrating and leaving their homeland, not because they don’t have opportunities here but because as Muslims, their personal freedom is restricted – and there is danger that it will be curtailed even more.

Yes, it has been said the three women did not suffer any cuts or bruises following the caning but that is scant consolation to those who have to undergo such humiliating punishment on top of the intrusion into their personal affairs.

As if the caning was not bad enough, alarmingly they spent months in prison. One of them is still serving her jail sentence and will be released only in June.

All three were found guilty of committing illicit sex by the Federal Territory Syariah High Court, which issued the caning order between December last year and last month. Perplexingly, they were not made public at that point of time. The public had no idea of the caning before it was done.

Also, it was not clear if the women had exercised their full rights under syariah law by appealing the court’s decision.

These are behaviours which should not be treated as if they were criminal offences; but they have been. The offenders have not only been caned but also jailed, which is rather harsh punishment for something which did not harm anyone else and was done in privacy and behind closed doors.

This is clear indication that there are laws in our statute books – both syariah as well as civil – which are outdated and need to be revised in keeping with the times and the recognition that individuals have personal rights.

Personal behaviour between consenting adults that do no physical harm to them and to others should not be legislated. This is in keeping with the development of personal rights throughout the world, and anything that takes away these rights is a step backwards.

Religion is open to interpretation, man interprets it and man can – and does – make mistakes.

Even if religious rules are flouted, we should have a system which does not mete out punishment for offences, and focus instead on rehabilitation and counselling. That will be in keeping with the universal tenet that there is no compulsion when it comes to religion.

Custodial and punitive sentences by religious courts should be limited via statutes because personal behaviour of adults is often involved and there is no hurt or harm to any others arising from such behaviour.

Religion is about persuasion not compulsion, about faith not certainty, and that is the way we should keep it. Otherwise, bigotry is going to get in the way and we won’t be following the tenets of religion but of those who choose to interpret it the way they want to.

We have all seen what happens when religion – no matter what religion – is carried to extremes and hijacked by bigots. We don’t want public flogging, we don’t want arms chopped off, we don’t want people to be stoned to death, and we don’t want people to be burned at the stake.

We have already moved way past that. Let’s not allow a small number of religious bigots to take us back into the dark ages. And for that, we all need to stand up and speak up when our individual rights are trampled upon.

Managing editor P. Gunasegaram is appalled by the number of sins committed in the name of God.

18 Feb 2010

Berita yang 'segan' disiarkan oleh media perdana
chedet18 Feb 2010 2 Komentar


Presiden PAS dan keluarga selamatkan orang lemas

Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau. Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya:

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.


Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan
beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."

Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, (Gambar) bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

-harakahdaily

Permohonan Anwar untuk hakim tarik diri ditolak
chedet 0 Komentar

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.

"Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata, untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah atau pun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Rabu lalu, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - Bernama

ADUN 'LOMPAT' MUKA TAK MALU
chedet 0 Komentar

Oleh: sofiwahab

"Rasa malu dan geli membaca kisah ADUN lompat, Jamaluddin Md Radzi yang menempelak Dr Asri Zainul Abidin dalam media hari ini

'Ustaz' Jamaluddin yang juga ADUN Behrang berkata, "sepatutnya Dr. Asri berjumpa kami dahulu,kalau tak tahu cerita sebenar jangan bercakap,jumpa kami dahulu,mengapa beliau bertindak sedemikian".


Tambahnya lagi, "saya dan kawan-kawan lompat parti kerana kami terasa hina dieksploitasi oleh pihak DAP,kalau Dr. Asri benar bercakap atas kepentingan melayu dan agama islam sila jumpa kami dan dapatkan penjelasan sebenar".
Hairan sungguh saya dengan gelagat 'Ustaz' Jamaluddin, pandai pula beliau terasa dihinakan oleh DAP tetapi lompat parti tidak hina ke?
Bagi saya melompat parti dan dituduh disogok dengan duit dan diugut serta di'culik' lebih hina lagi malah ianya bukan setakat hina tetapi HINA SEHINA-HINANYA.

Lebih menghairankan beliau mendakwa, tidak timbul isu pengkianat dan isu mengkianati keputusan rakyat kerana secara realitinya rakyat menerima keputusan kami ini.
Rakyat mana agaknya yang menerima beliau, Osman dan Hee. Setahu saya semua orang meluat dan menghina mereka. Sehingga ada antara mereka yang takut dan malu untuk keluar rumah dicemuh oleh rakyat, rakan dan taulan.
Saya MENCABAR mereka bertiga supaya membuktikan bahawa rakyat menerima mereka dengan mengosongkan kerusi DUN masing-masing (memang telah kosong tetapi dibantu oleh SPR) serta merta bagi memberikan peluang kepada rakyat memilih Wakil Rakyat yang mereka suka.

Takut-takut nanti ketiga-tiga mereka awal-awal lagi diketepikan bukan oleh rakyat tetapi oleh BN dengan memilih orang lain menjadi calon BN.
Dr Asri dalam kenyataannya kepada media semalam menyatakan "Berdosa"melompat parti kerana ini adalah amanah rakyat. Kenyataan beliau ini senada dengan kenyataan Mursyidul Am' PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz.

11 Feb 2010

Kes Liwat: Peguam Cara Negara II,Si Yusof Zainal Abidin Menegur Karpal Singh Kata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah Adalah Bodoh !
chedet11 Feb 2010 1 Komentar




KUALA LUMPUR, 11 Feb [11.32 am] - Peguam Karpal Singh (foto) yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, Rabu ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim. "Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar. "Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah. Sebelum itu, Karpal berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif". Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

[Hakim yang bijak ialah hakim yang bersikap profesional dan tidak nampak biasa dalam mengendalikan apa jua kes mahkamah yang dihakiminya. Namun, apabila seseorang hakim dilihat cenderung kepada "kontroversi" seperti kes Saiful ini, maka memang layaklah ia digelar hakim yang bodoh. Ini kerana hakim itu sanggup diperalatkan demi masa depan dan kemewahan yang bakal dikcepainya. Jika mereka bijak dan menentang arus, maka sudah pasti mereka akan ditendang oleh pemerintah yang zalim. Jika hakim tidak mahu jadi orang yang bodoh, maka lakukan tanggungjawab dengan amanah, ikhlas dan jujur. Jika tidak sudah pasti mereka dianggap bodoh kerana rela diperbodohkan !!].

NIZAR MASIH MB YANG SAH - KU LI
chedet 0 Komentar




Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

10 Feb 2010

Warkah Buat YB Zulkilee Noordin
chedet10 Feb 2010 2 Komentar

Oleh kopiahijau

"

Buat YB yang amat saya hormati. Terlebih dahulu saya merasa amat kesal dengan tingkahlaku YB dalam beberapa isu yang saya rasakan tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin seperti YB . Dalam wanwancara saudara melalui saluran media yang tahap kebolehpercayaan yang rendah, saudara sebenarnya terperangkap dengan soalan-soalan yang cuba melaga-lagakan sesama rakan pakatan.



Serangan saudara terhadap DAP adalah serangan tanpa fakta dan tidak berasas. Seolah-olah saudara hanya berpandukan maklumat yang dihebahkan oleh media pro kerajaan. Kenapa perkara ini berlaku.! Jika suadara kata DAP parti perkauman cina yang mula menunjukkan belang ..apa pula dengan UMNO. Tidakkah UMNO juga lebih dahsyat , kes Memali umpanya. Lupakan saudara. Mana pertimbangan saudara dalam isu ini. Tidakkah saudara bertanya pada Guang Eng kenapa beliau dipenjarakan suatu ketika dulu. Bukankan atas sebab membela seorang perempuan Melayu yang mendakwa dirinya dirogol oleh salah seorang pemimpin UMNO.

Jika nasib Melayu Islam seperti yang diperjuangkan oleh saudara dalam beberapa isu terkini seperti isu penggunaan kalimah Allah , tidakkan saudara bertanya pada DAP siapa punya angkara yang menyebabkan anak-anak muda hari ini menjauhkan diri dari Islam, siapa yang membenarkan program-program yang melalaikan umat Islam . Lihatlah pakaian anak muda kita yang beragama Islam . Siapa penganjur pesta maksiat ini? Adakah DAP ! Harap saudara YB menjawabnya. Sedar atau tidak sedar bukan isu nama Allah sahaja yang perlu ditangani secara bijak . Kita juga hendaklah konsisten dan bijak dalam menangani pelbagai isu sensitif ini. Jika rakyat didik dalam keadaan yang berlebihan dengan hiburan , tidakkan ianya lebih bahaya dari apa yang berlaku sekarang.

Dalam kes Halimaton Saadiah seorang kakitangan awam yang dipecat atas sebab pemakaian purdah suatu ketika dahulu siapakan peguamnya. Adakah dari UMNO ! Jawapannya sudah tentu tidak. Tak lain tak bukan YB Karpal Singh. Dari mana datang parti beliau ? Sudah tentu dari DAP yang digelar oleh saudara dan beberapa rakan seangkatan dengan saudara selaku ekstrimis cina.Mana perginya peguam Melayu Islam yang hebat masa itu?

Penulisan ini bukannya untuk membela DAP tetapi sebagai gambaran yang menunjukkan betapa DAP sebenarnya bukan hanya untuk perjuangan kaum cina bahkan untuk golongan orang Islam .

Tidakkan saudara YB sedar bahawa nasib orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya bukannya berpunca dari tindakan YB Guan Eng tetapi lebih 50 tahun UMNO bersama Gerakan di Pulau Pinang apa yang mereka buat.? Kenapa baru sekarang nak dibela. Janganlah saudara kutip fakta sampah dari akhbar yang tiada intergriti. Dapatkan fakta yang jelas dari YB Guang Eng atau dari Laporan audit.

Jika saudara jujur untuk bela orang Melayu , tahun lepas bila ada rumah orang Melayu di Johor kena roboh langsung senyap sepi tiada berita. Kenapa tidak ada suara-suara yang marahkan kerajaan Johor pada waktu itu

Sikap saudara yang lebih UMNO dari UMNO sebenarnya banyak merugikan Pakatan dalam persiapan menghadapi PRU ke 13. Banyak persoalan yang timbul seolah - seolah saudara ibarat jurucakap UMNO yang baru. Banyak isu besar negara yang perlu disentuh dan diperjuangkan oleh suadara tetapi tidak kedengaran Isu PKFZ,ALTANTUYA,ENJIN JET HILANG, ISU PERTUDUHAN LIWAT DSAI seolah-olah hilang begitu sahaja. Wang rakyat berbilion hilang, tapi saudara asyik terpaut dengan dendangan lagu UMNO. UMNO dari dulu memang menjadikan DAP sebagai senjata untuk menjauhkan orang Melayu dengan mereka.

Sebab itulah bilamana saudara muncul dalam kaca TV 3/4 saya mengamati dengan jelas cakap-cakap saudara yang kebanyakkan bersumber dari media milik UMNO. Begitu juga dengan Isu laporan Polis saudara terhadap YB Khalid Samad. Adakah Saudara sudah merujuk secara peribadi pada YB Khalid Samad atas ucapannya yang bagi saya tidak bercanggah langsung dengan Hukum hakam .Jika ada nas yang saudara boleh kemukakan barulah saya dapat menerima apa yang diperjuangkan oleh saudara. Kenapa saudara tidak mempertikaikan kenyataan menteri UMNO yang membenarkan penggunaan perkataan ALLAH di Penang, Wilayah, Sabah dan Sarawak. Tidak ada orang Islam kah di negeri berkenaan. Kenapa tiada laporan Polis dibuat. Jangan cuba untuk menjadi jaguh.

Sedarkah saudara ..kebanyakkan lagu-lagu bagi setiap negeri juga menggunakan perkataan Allah . Sebagai contoh Kedah, Johor dan lain-lain negeri. Adakah perlu untuk lirik lagu itu ditukar bagi mengelakkan dari orang-orang bukan Islam menyebutnya semasa menyanyikannya. Harap saudara menjawabnya jangan tak jawab.

Tidak sedar lagikan saudara tentang prestasi negeri-negeri di bawah UMNO yang kaya seperti Sabah dan Sarawak misalnya. Pemimpinnya kaya tetapi bagaimana rakyatnya. Kenapa negeri ini masih miskin sedangkan hasil balak, duit royalti saban tahun kemana hilangny! Inilah tugas seorang YB yang berjaya jika mampu mendapatkan maklumat - maklumat seperti ini.Laporan Audit dinegeri2 bawah BN adakah saudara melihatnya.

Janganlah kita asyik nak menuduh sesama rakan komponen. Bincanglah secara Profesional. Adab berjemaah hendaklah dijaga. Kredit pada UMNO kini sudah diberi yang rugi ialah rakyat. Selagi kerajaan yang ada masih dipegang oleh UMNO tunggulah akibatnya. Segala kemungkaran dan kerosakan akan lebih dahsyat. Rasuah makin berleluasa.Penyalahgunaan kuasa juga akan menjadi-jadi. Hiburan akan semakin menjadi-jadi. Artis disanjung ulama dihina.

Adalah amat malang bagi rakyat Malaysia yang memiliki Pemimpin seperti saudara. Saudara cuba nak berselindung disebalik keadilan Islam . tetapi dalam masa yang sama jiwa saudara penuh dan sarat dengan fahaman kebangsaan yang didokong oleh UMNO. Maaf jika saya terkasar bahasa..tetapi inilah luahan isi hati pendokong Pakatan yang kecewa dengan sikap mementingkan diri sesetengah ahli Parlimen Pakatan rakyat .

Buat pemimpin Pakatan Rakyat inilah masanya untuk menilai semulah pemimpin yang ada. Lakukanlah perubahan . Bersihkanlah Parti dari mereka yang tidak setia serta bermasalah dengan segera.

Wallahu'alam

Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS
chedet 0 Komentar

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.

Mari Kita Belajar apa Itu "G S T"
chedet 1 Komentar

Pembentangan Kertas Kerja oleh Presiden TERAS, Cikgu Azmi Abdul Hamid pada Persidangan Meja Bulat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di SACC Convec, Shah Alam, anjuran Muslim Care dan Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (LPAS) pada 7 Februari 2010.

GST: Kesan keatas Pengguna dan Rakyat

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapore, Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapore 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%.

GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah semada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga.Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahkan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.

7 poin mengenai GST

  1. Peniaga dikehendakki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.
  2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
  3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
  4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
  5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
  6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
  7. Beban akhirnya ialah pengguna.
- [Seterusnya]

9 Feb 2010

Chua Jui Meng Mengupas Isu Kalimah Allah
chedet9 Feb 2010 0 Komentar


Oleh Zabidie Abbas

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR juga penasihat PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama".

Beliau mendakwa Umno cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, apa yang diharapkan oleh Umno berlaku sebaliknya apabila PAS dan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ini.

"Selepas kejadian pembakaran gereja tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi melawat kawasan tersebut menyebabkan Umno terkejut dengan tindakan PAS.

"Ditambah pula selepas pembakaran tersebut, penganut agama Kristian mengampuni orang membakar gereja mereka," katanya dalam sebuah majlis diskusi di Kuala Lumpur.

"Habis orang Umno, Pakatan tidak berpecah, dan mengharapkan orang Kristian akan balas dendam, tetapi mereka berkata, orang yang buat jenayah itu, kita mengampuninya," katanya sambil menambah usaha parti itu gagal.

Sekiranya cetus ketegangan atau keadaan yang tidak aman di Selangor maka Umno akan mengisytiharkan darurat, tambahnya.

Dengan memberi contoh pengalaman di Kelantan, apabila darurat berlaku pada tahun 1977 ketika negeri itu di bawah kerajaan PAS menyebabkan pengundi telah memilih BN pada tahun berikutnya sehingga pada tahun 1990.

Katanya, ini kerana pengundi tidak mahu mengalami peristiwa yang sama berulang di bawah kerajaan PAS tambahnya.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mendakwa kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tekanan kepada akhbar Herald setelah penganut agama Kristian dikatakan cenderung menyokong Pakatan sebelum pilihan raya umum ke 12.

"Sebelum pilihan raya 2008, berlaku demonstrasi besar-besaran oleh BERSIH. Dan Herald menerbitkan di muka hadapan artikel dan gambar demonstrasi BERSIH.

Beliau mendakwa menteri ketika itu mengeluarkan surat serta tekanan kepada NGO supaya menariknya balik, maka Katolik tidak ada cara lain selain menuntutnya keadilan di mahkamah.

"Bukan Katolik yang debat isu ini, tetapi Umno yang serang isu ini," katanya.

"Perkataan itu sangat luas maksudnya, ia belum didefinasikan lagi," katanya sambil membawa contoh Dr Chua Jui Meng berkata kepadanya "May Allah Bless You".

"Apa patut saya jawab? Takkan saya nak kata, jangan cakap begitu, kamu hina Islam.

"Takkan saya nak kata, jangan guna Allah, guna perkataan Tuhan. Apakah saya perlu kata begitu atau saya akan buat laporan polis," katanya sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengesa parti politik atau pemerintah mendefinasikan dahulu perkataan "menggunakan" dalam konteks bagaimana perkataan tersebut sebelum ia diaplikasikan.

8 Feb 2010

Jangan Lunturkan Nilai Wala'
chedet8 Feb 2010 0 Komentar




Cintailah Jamaah

Jangan Mengkhianatinya .

1. Antara prinsip keutuhan dan kekuatan berjamaah ialah perlaksanaan konsep al wala' yang betul dan benar .

2. Istilah al wala' memberi banyak erti dan nilai perlaksanaan ke arah membentuk sebuah Gerakan Islam yang mantap dan berwibawa .

3. Selain kesetiaan , kejujuran , tidak berlaku curang , tidak khianat terhadap jamaah serta kepimpinannya , al wala' juga meletakkan anggota dan pimpinan jamaah sedia akur terhadap dasar dan prinsip serta peraturan dan arahan jamaah . Dengar dan taat menjadi sebahagian daripadanya . [ bacaan lanjut boleh klik di PAS : Konsep al Wala' ]

4. Tanggapan al wala' akan menjadikan anggota jamaah terkongkong dan tidak bebas untuk memberi pandangan dan teguran terhadap pimpinan mereka , adalah satu tanggapan yang liar dan tidak berasas . Sebaliknya tanggapan itu lebih bersifat prejudis terhadap prinsip mulia ini . Ia dilihat sebagai satu percubaan untuk membebaskan diri dari ikatan al wala' bagi membolehkan ia bebas tanpa kawal , mengkritik jamaah dan pimpinan secara terbuka sekaligus melondehkan segala kelemahan dengan meng"atasnama"kan kebebasan bersuara dan hak individu [ peribadi ] dalam bertindak , menulis dan bersuara .

5. Al Wala' sebagaimana saya sebutkan diatas menjadi asas keutuhan berjamaah , justeru ia adalah manifestasi dari sebuah kesetiaan dan kejujuran berjuang dan berjamaah . Kesetiaan dan kejujuran ini pula membawa kita membina ukhuwwah fillah [ persaudaraan berasaskan iman dan taat kepada Allah swt ] . Prinsip inilah menjadikan jamaah kita utuh dan sukar ditembusi oleh "peluru" musuh untuk memporakperandakan jamaah dari dalam .

6. Al Wala' bukan mengongkong anggota jamaah tetapi mengawal dan membentenginya agar kukuh dan kuat . Jika sesebuah organisasi biarpun apa dasar perjuangannya membebaskan diri dari kesetiaan dan kejujuran lalu membiarkan anggota bebas keluar dan masuk serta bebas pula mengkritik dan melondehkan kelemahan , saya yakin organisasi itu sedang menuju kehancuran dan kemusnahan .

7. Sewajarnya diinsafi bahawa :

a ] Kesilapan adalah untuk diperbetulkan ,
b ] Kelemahan adalah untuk diperbaiki dan
c ] Kekurangan adalah untuk ditampung
.

Lantaran itu , Gerakan Islam seperti PAS sememangnya telah menyediakan saluran yang mencukupi untuk sebarang usaha

a ] memperbetulkan kesilapan ,
b ] memperbaiki kelemahan dan
c ] menampung segala kekurangan .

Ianya sayugia dilakukan oleh anggota dan pimpinan jamaah malah ia boleh dilakukan dalam prinsip al Wala' yang benar dan tepat tanpa perlu membebaskan diri dari ikatan al Wala' juga tidak perlu membuat satu usaha untuk memberi persepsi yang salah dan buruk terhadap konsep al Wala' .

8. Al Wala' tidak menghalang anggota untuk menegur pimpinan mereka demikian juga sebaliknya . Sebagaimana Al Wala' pula tidak membenarkan anggotanya mematuhi arahan pimpinan secara membabi buta sekalipun membabi celik . Apa yang dikehendaki dari al Wala' ialah bersedia untuk menegur pemimpin jika ia salah dan bercanggah tindakannya dengan syara' demi setia dan jujur kepada jamaah . [ bukankah Islam mengajar tiada dengar dan taat kepada makhluk dalam perkara yang memaksiatkan khaliq - Allah swt ]

9. Namun ia tidak bermaksud merendah dan menjatuhkan kredebiliti juga maruah pimpinan dengan kritikan dan teguran yang tidak beradab serta terbuka kepada umum seperti sengaja mahu membina persepsi buruk dan negatif terhadap pimpinan agar mudah untuk diguling dan dijatuhkan kelak . Wal'iyazubillah .

Dalam kedudukan yang sama , dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak menyuruh ke arah melakukan maksiat dan mungkar adalah satu kewajipan dan amanah anggota terhadap kepimpinannya . [ bukankah Islam mengajar kita dengar dan taatlah kepada pimpinan sekalipun dalam perkara yang kita suka atau tidak suka .] bacaan lanjut boleh klik di Dengar dan Taat Arahan Pimpinan.

10. Prinsip tegur menegur , bina membina , nasihat menasihati dan kritik mengkritik adalah suatu yang sangat baik malah turut diajar oleh agama bahkan saya sangat setuju ianya dihidup suburkan dalam jamaah tetapi biarlah ia berlaku dalam suasana :

a ] Mahabbah fillah [ kasih sayang kerana Allah ] ,
b ] Ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] ,
c ] Al Wala' [ kesetiaan dan kejujuran terhadap jamaah ]

Anwar bimbang cara penghakiman kes liwat
chedet 0 Komentar

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan cara penghakiman kes liwat yang melibatkannya.

"Saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan,” jelasnya ketika ditemui wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah dan pasukan pendakwaraya supaya bersikap adil dalam sesi penghujahan saksi utama kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Sepatutnya Tuan Hakim (Zabidin) kena dengar permohonan (peguam bela), bukan batalkan dan tutup perbicaraan peguam sebelum beliau membuat keputusan.

"Yang saya nak tekankan di sini, kita dah bersedia seperti peguam Karpal katakan, kita sebenarnya bersedia memulakan perbicaraan hari ini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.

Perbicaraan kes liwat beliau pagi tadi ditangguhkan ekoran pasukan peguam bela membuat permohon mengetepikan Mohamad Zabidin dari mendengar perbicaraan kes tersebut.

Permohonan tersebut dibuat oleh Karpal Singh apabila Mohamad Zabidin enggan mengenakan tindakan ke atas Utusan Malaysia yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif mahkamah, termasuk gambar saksi utama Saiful Bukhari, 25, menunjukkan lokasi kes liwat di Kondominium Desa Damansara.

Selain menganggap hakim cuba bersikap bias dalam proses perbicaraan, Karpal turut mendakwa pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguamcara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden cuba menghalang pasukan peguam bela Anwar menyoal Saiful berkaitan lokasi-lokasi yang ditunjukkannya Jumaat lalu.

Karpal Singh turut menganggap Mohamad Zabidin tidak melaksanakan tanggungjawabnya kerana membiarkan Utusan Malaysia menghina mahkamah dengan mendedahkan beberapa butiran eksklusif berhubung kes itu.

5 Feb 2010

Ada mata pandang
al malaki5 Feb 2010 4 Komentar

Salam. Gambar ini menceritakan segala-galanya. Terpulanglah. Terima kasih kepada mereka yang menghantar gambar ini. Semoga Allah membalas kejahatan mulut dan tangan mereka yang mencaci tok guru...Amin




Wallahualam

batik 1 malaysia untuk siapa?
chedet 0 Komentar

oleh :Zolkharnain Abidin

Sekumpulan model dilaporkan memperaga baju batik 1 Malaysia kepada Najib di pejabatnya. Najib pula bersetuju dengan beberapa corak batik yang diperagakan itu.

Penting sangatkah baju batik 1 Malaysia ini sehingga perlu diperagakan di hadapan Najib di pejabatnya?

Sekumpulan model perlu datang ke pejabat PM dan berbaju batik 1 Malaysia untuk dipilih oleh Najib. Najib pula bersedia meluangkan masanya untuk ‘menjadi’ hakim memilih baju batik 1 Malaysia yang hatinya berkenan.

Bahasa mudahnya, Najib jadi hakim ‘pertunjukan fesyen’. Tentu lebih menarik kalau Najib bawa kamera sekali ketika itu dan di sisinya pula ada Rosmah. Pertunjukan fesyen itu tentu lebih meriah.

Ketika harga barangan keperluan melambung, ketika ibu bapa dibebankan dengan bayaran yuran persekolahan (kelmarin anak saya minta RM50 untuk bayar yuran sekolah rendah), ketika ramai lepasan pusat pengajian tinggi tidak punya pekerjaan, Najib masih ada masa untuk menjadi hakim pertunjukan fesyen di pejabatnya.

Kemudian, Najib bakal jadi orang pertama berbaju batik 1 Malaysia itu.

Terubatkah luka rakyat, terleraikah derita mereka dengan baju batik itu? Bermaknakah baju batik itu kepada rakyat miskin? Tersapukah air mata anak-anak terpinggir dengan kemeriahan warna baju batik itu?

Inilah pemimpin kita. Ketika rakyat terbanyak sedang bergelut dengan seribu kepahitan untuk meneruskan hidup, pemimpin mereka masih ada masa untuk tampil sebagai hakim ‘pertunjukan fesyen’.

Baju batik yang dipilih Najib itu dipilih untuk dirinya sendiri bukan untuk rakyat kerana dia bakal menjadi orang pertama menggayakannya.

Najib akan dapat baju batik yang terbaik. Dan, yakinlah baju batik 1 Malaysia terbaik untuk Najib adalah percuma. Ya, percuma kerana baju itu dibiayai dengan wang kerajaan. Dan, fahamilah wang kerajaan adalah wang kita.

Najib tentu bergaya dengan baju batik berwarna meriah itu. Dia pasti senyum meleret sambil diiring Rosmah. Mereka melambai-lambai kepada orang ramai dengan bangganya. Kemudian bersalam pula dengan orang ramai di kiri kanan jalan menyambut ketibaannya. Tangan Najib dan Rosmah dicium.

Tangan itu bukan berbau sekerap getah seperti tangan orang kampong, bukan berbau belacan Kuala Perlis yang diperbuat daripada udang kepal Kurung Tengar, tetapi tangan itu tentunya harum kerana diperciki YSL Paris.

Najib dengan mesra melambai-melambai kepada orang ramai. Baju batik 1 Malaysia Najib meliuk lintuk dibuai angin mengiringi lambaian tangannya.

Bau ketiaknya juga tidak tercium oleh orang sebelahnya kerana disapu deodorant berjenama Tanamera. Buatan mana pun entah, tapi yang pasti bukan buatan tempatan.

Rakyat yang terlihatnya melambai kembali. Baju T yang dipakai rakyat keras cekang, dibeli dikedai bundle. Orang sebelah berpaling muka kerana masam ketiaknya.

Najib bangga kerana orang membalas lambaiannya. Dia pun senyum mekar dan Rosmah pula bergesel bahu mesra dengannya.

Ya, Najib dan Rosmah berbangga kerana merekalah pemimpin negara 1 Malaysia. Ya, 1 Malaysia... ha... ha...ha...

4 Feb 2010

WANG IHSAN DAN KEMARUK KUASA
chedet4 Feb 2010 0 Komentar

Oleh DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR, Naib Presiden PAS

Tindakkan Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tampil menyatakan kedudukan sebenar dalam isu tuntutan royalti minyak adalah pendirian yang bersifat pro rakyat.

Keberanian YB Tan Sri Tengku Razaleigh mengambil pendirian yang bertentangan dengan pendirian kerajaan adalah suatu langkah yang mendahulukan rakyat. Sebaliknya tindakan kerajaan BN menidakkan royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan adalah suatu tindakkan yang bersifat memusuhi dan melancarkan perang terhadap kerajaan dan rakyat Kelantan.

YB Tan Sri Tengku Razaleigh mahu mempertahankan kedaulatan kerajaan dan rakyat Kelantan dan bukannya menjadi sebagai peminta sedekah. Tindakkan YB Tan Sri Tengku Razaleigh mengingatkan kembali rakyat Malaysia kepada peristiwa keberanian beliau menentang Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO.

Pada hal Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri yang berkuasa pada waktu itu. Tindakkan YB Tan Sri Tengku Razaleigh pada waktu itu adalah berpunca daripada dasar dan tindakkan Tun Dr. Mahathir yang merugikan rakyat. Saya percaya tindakan beliau kali ini juga adalah berpunca dari dasar dan amalan kerajaan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak bersifat pro rakyat.

Termasuk lah dalam isu penafian royalti minyak ke atas Kelantan yang merupakan lanjutan dari dasar penafian ke atas Terangganu yang di buat oleh Tun Dr. Mahathir satu ketika dahulu. Saya yakin tindakkan YB Tan Sri Tengku Razaleigh adalah untuk meletakkan kembali Malaysia pada landasan yang betul setelah sekian lama menyimpang dari landasan dan amalan demokrasi.

Saya mengharap akan lebih ramai di kalangan pimpinan UMNO / BN akan tampil untuk bersama YB Tan Sri Tengku Razaleigh dan rakyat Malaysia dari semua latar belakang agama warna kulit dan ideologi politik untuk menyelamatkan Malaysia dari porak poranda akibat dari dasar kerajaan BN yang bersifat kemaruk kuasa.

Mohd Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil tempat berlaku
chedet 1 Komentar

Foto BERNAMA



Mohd Saiful Bukhari Azlan (tiga, kiri) menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat beliau diliwat Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (dua, kiri) ketika melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, hari ini.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar, 63, dengan pengadunya, Mohd Saiful, 25. Perbicaraan hari kedua kes itu di Mahkamah Tinggi ditangguhkan pada pukul 11.43 pagi selepas sesi keterangan secara tertutup bagi membolehkan hakim melawat kondominium terbabit. - foto BERNAMA

3 Feb 2010

Hajjah Kalthom Othman Kembali Kerahmatullah
chedet3 Feb 2010 0 Komentar



Berita Oleh: pemudabatuenam

"PASIR PUTEH, 3 Feb: Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.





Gambar: Hajjah Kalthom bersama saf pimpinan Muslimat Pasir Puteh pada sesi muktamar pemilihan tahun lepas

Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah

www.harakahdaily.net

TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Bilamana Umno tidak menyerang PAS
chedet 1 Komentar


“kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.”-Tuan Ibrahim

Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam.

Mahathir: Kelantan Tetap Kepunyaan PAS
chedet 0 Komentar

Petang kelmarin, selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Logik Asean di UIA, Dr Mahathir ditanya sama ada isu royalti minyak Kelantan akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap BN. Menjawab soalan tersebut, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin."

Dr Mahathir sekali lagi mengulangi tidak yakin BN dapat merampas kembali Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang:

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."

Tapi BN akan terus berusaha untuk mendapatkan Kelantan. Dan malangnya usaha mendapatkan Kelantan dilakukan secara peras ugut, termasuk pemberian wang ihsan, penyalah gunaan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk tujuan politik dan menafikan peruntukan pembangunan kepada negeri itu, kecuali jika dilihat menguntungkan politik BN. Dan peras ugut yang dilakukan ini menjadikan rakyat semakin tidak senang dengan BN dan menjauhkan diri dari memberi sokongan terhadap parti itu.

2 Feb 2010

1Malaysia rasis?
chedet2 Feb 2010 0 Komentar

oleh ; penarik beca

Dalam berita bertajuk "Ucapan perkauman, seminar 1Malaysia dipulau", Pegawai Penerangan Khas Kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Nasir Safar menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Saya hanya merasakan, orang yang berkerja untuk Perdana Menteri tentulah mewakili pemikiran Perdana Menteri. Takkan Perdana Menteri mengambil orang yang berlainan pemikiran dengannya sebagai Pegawai Penerangan Khasnya.

Futsal Orang Muda Geng Kita
al malaki 0 Komentar


Juara - Pasukan A7 United

31 Jan 2010 - DACS W.Persekutuan telah menganjurkan Kejohanan Futsal Orang Muda Geng Kita Piala Ketua PEMUDA PAS W.P Kali Ke 2 di Ampang Sport Planet, Ampang Selangor. Sebanyak 47 pasukan telah berdaftar untuk menyertai kejohanan ini.

Sdr.Raimi (kiri) selaku pegawai teknikal sedang memberikan taklimat

Suasana pendaftaran pasukan

Kejohanan dimulai dengan pendaftaran pasukan dan undian untuk menentukan kumpulan pasukan seterusnya taklimat daripada pihak penganjur dan pegawai permainan. Perlawanan dimulakan tepat jam 0930. Kejohanan berlangsung sehingga ke pukul 1300 sebelum berhenti rehat dan solat. Azan juga turut dilaungkan oleh Sdr.Mahadthir di dalam dewan kejohanan yang mana kemudiannya bersolat secara berjemaah. Kejohanan disambung kembali jam 1400 dengan dimulakan perlawanan pusingan kedua. Perlawanan akhir menemukan pasukan A7 United dan Young Titans yang mana A7 United telah berjaya memenangi perlawanan akhir dengan keputusan 1 - 0 yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM1200.00 berserta piala dan medal.



Naib Juara - Pasukan Young Titans

Tempat ke2 pula dimenangi oleh Pasukan Young Titans dengan hadiah RM800.00 berserta medal. Hadiah disampaikan oleh Sdr.Solihin Zakaria (EXCO PEMUDA PAS) selaku wakil KP.

KP W.Maju, Sdr.Rohizat meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang saguhati

Hadiah saguhati pula dimenangi oleh Pasukan Pavarthy F.C dan Samba de Futsal 'B'. Hadiah disampaikan oleh Sdr. Rohizat selaku Ketua PEMUDA PAS Kaw. W.Maju.

Pasukan Budak Felda memenangi Pasukan Muhibbah

Manakala hadiah Cabutan Bertuah iaitu wang tunai RM150.00 telah dimenangi oleh Pasukan Just Enjoy. Hadiah untuk Pasukan Muhibbah telah dimenangi oleh Pasukan Budak Felda sementara hadiah 'Fair Play' jatuh kepada Pasukan A7 United. Hadiah telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Sdr. Fadhil Osman yang mana beliau juga merupakan Pengarah DACS W.P. merangkap Timb.Pengarah DACS Pusat. Alhamdulillah, program berakhir pada pukul 1700. Lagi gambar di sini

1 Feb 2010

Teman, Usahlah Bermain Alasan
Abe Joe1 Feb 2010 0 Komentar

Sekadar perkongsian dengan teman-teman seperjuangan:

gambar hiasan. photonet

“ Assalamulaikum ustaz, free ke sekarang?? Kalau boleh nak minta bagi pengisian sikit kat adik-adik,”
saya menerima panggilan.

Saya memandang jam didinding.

9.15 malam.

”InsyaAllah, tapi dalam pukul 10.00 ana sampailah,” balas saya ringkas.
Bingkas bangun dan bersiap. Anak masih cerah mata bermain-main dengan saya.

”Sapa nta jemput malam nie asalnya?” saya bertanya sebaik tiba.

”Tak jemput sapa pun, memang plan nak panggil ustaz,” balas kembali. Seolah tidak memahami apa yang saya maksudkan.

Saya cuba bersabar.

Prinsip saya, itu ketentuan Allah buat saya. Andai tidak menghadiri majlis Ilmu, moga-moga jemputan sebagaimana tersebut adalah rezeki dari Allah buat saya betulkan diri dari lafaz yang saya ucap buat muhasabah sendiri.

MERANCANG UNTUK TIDAK SIBUK

”Dia tuh memang aktif, susah nak cari masa tak sibuk,” bicara seorang kepada temannya.

Saya tidak sehebat itu.

Saya akui, ramai yang benar-benar merancang dan sememangnya dia seorang yang benar-benar sibuk. Tapi ramai juga gagal merancang yang akhirnya menunjukkan dia seolah-olah sibuk.

”Kalau boleh tolong confirmkan awal ye, senang ana nak plan jadual ana,” saya memberi ingatan dengan ayat yang sebaik mungkin. Moga-moga ada yang perasan dengan mesej ’tegas’ disebaliknya.

Hakikatnya saya tidak sesibuk mana. Namun untuk meluangkan masa menjangkau 2 ke 3 hari untuk satu slot sekitar 1 jam benar-benar merugikan bagi saya walaupun terubat dengan kepuasan hati. Saya cuba mengoptimumkan setiap detik masa andai tiap kali berkesempatan turun ke KL.

Februari dan Mac, insyaAllah menagih komitmen yang lebih berbanding sebelum ini. Meninggalkan isteri dengan anak yang masih kecil, ketiadaan saya harus dicari pengganti. Samada saya terpaksa menjemput bonda di kampung menemani, mahupun meninggalkan isteri untuk menetap bersama keluarga sehingga saya menjenguk pulang.

”Owh.. ponteng meeting yea.” saya mendapat mesej menerusi YM sebaik menyedari ke’available’an saya.

”Maaflah, harap-harap meeting lepas nie tak ubah,” saya membalas.

Hampir setiap mesyuarat yang dijadualkan gagal untuk saya hadiri.Hasrat asal untuk ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat, di samping menjenguk pejabat sebulan sekali. Lantas saya cuba menempah tiket seawal mungkin. Namun, kebiasaannya berkesudahan dengan penagguhan mesyuarat ke tarikh lain di saat-saat akhir memenuhi keuzuran rakan-rakan senior yang lain.

"Owh En Saizol, maaflah mesyuarat ditangguh ke minggu depan. En Saizol dapat hadir ke?? Seorang pegawai kerajaan tanpa rasa bersalah memaklumkan sebaik saya menjejak kaki memasuki ruang pejabat. Terkejar-kejar dari Kelantan untuk urusan tersebut.

"Notis penagguhan saya tak terima pun" saya membalas.
Jiwa memendam sedikit rasa.

"Emm.. saya baru nak fakskan" balasnya bersahaja.

"Allahu Akbar..." darah saya tersirap.

Tidak cuba memanjang-jelakan lagi bicara kami. Walau terkadang saya cukup terkilan dengan lantaran hancur luluh hati saya dengan situasi tersebut.

USAH BERMAIN ALASAN

"Ana masih 50-50 lagi, insyaAllah cuba hadir" saya menjawab. Full Stop.

"UMNO.. UMNO..." saya disindir teman dalam gurauan.

"InsyaAllah, 49-51.. " masih mampu melayan gurauan.

Pelajaran baru saya tahun ini. Moga saya tidak banyak bermain alasan atas sebarang keuzuran. Walau hakikat saya dapat mengemukakan hujahan atas keuzuran tersebut.



Cuba menahan rasa hati, baru-baru ini saya seolah-olah ditegur olehNya, seminggu saya terlihat, terbaca dan terdengar kisah mengenai sahabat- Kaab Bin Malik dari pengkisahan perang tabuk dari pelbagai sumber. Bukan tidak pernah mendengar kisahannya. Namun asakan dari email yang TERinbox, akhbar yang TERbaca, tazkirah yang TERdengar, TERlihat promosi teaternya bagai suatu mesej buat saya. Mesej yang diterima dari pelbagai olahan benar-benar menjentik jiwa saya.

Disentak dengan kemuliaan jiwa seorang sahabat, beliau mampu memberikan pelbagai alasan atas keuzuran menyertai peperangan tersebut. Dinasihati kaumnya lantaran hujjah yang kuat dan mungkin mampu diterima dan dimaafkan Rasulullah, namun beliau memilih untuk meletakkan kesalahan ke atas diri. Sedang golongan munafiq hebat bermain alasan membebas diri.

Melepaskan amanah dan tanggungjawab dengan dipalit alasan adalah manusia yang meniti ditebing-tebing kemunafikan. Dia mungkin terasa bahagia sebaik hujah melepaskan diri, namun tidak sedar jiwa-jiwa disekelilingnya sedang mencebik meluat dengan alasan rapuh yang cuba dikuatkan. Alasan mati yang susah payah cuba dihidupkan.

Menahan untuk tidak memberi alasan cukup berat. Menanggung beban rasa untuk membela diri. Namun, itu bukan sifat sebenar mereka yang cintakan kebenaran.

Bermanfaat buat bekalan perjuangan moga Allah memelihara saya dari menjadi manusia munafiq yang suka bermain alasan. Alhamdulillah, saya terasa sahabat lebih memahami dengan jawapan yang lebih pendek.

Jua bermanfaat buat perniagaan saya moga berani mengaku salah atas kesilapan diri dengan amanah dari client. Alhamdulillah, client juga gembira atas ketelusan yang diberi.

Alhamdulillah Ya Allah..

AbeJoes@abejoes.blogspot.com

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.