Kes Liwat: Peguam Cara Negara II,Si Yusof Zainal Abidin Menegur Karpal Singh Kata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah Adalah Bodoh !




KUALA LUMPUR, 11 Feb [11.32 am] - Peguam Karpal Singh (foto) yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, Rabu ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu berkata, Karpal bebas mengemukakan hujah tanpa perlu menghina hakim. "Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar. "Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah. Sebelum itu, Karpal berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif". Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

[Hakim yang bijak ialah hakim yang bersikap profesional dan tidak nampak biasa dalam mengendalikan apa jua kes mahkamah yang dihakiminya. Namun, apabila seseorang hakim dilihat cenderung kepada "kontroversi" seperti kes Saiful ini, maka memang layaklah ia digelar hakim yang bodoh. Ini kerana hakim itu sanggup diperalatkan demi masa depan dan kemewahan yang bakal dikcepainya. Jika mereka bijak dan menentang arus, maka sudah pasti mereka akan ditendang oleh pemerintah yang zalim. Jika hakim tidak mahu jadi orang yang bodoh, maka lakukan tanggungjawab dengan amanah, ikhlas dan jujur. Jika tidak sudah pasti mereka dianggap bodoh kerana rela diperbodohkan !!].

Ulasan

  1. tengok muka hakim tu kita dah npk cahaya iman takde...srupa kebanyakan muka puaka2 amno. Perbicaraan nih hanya wayang...at the ends...DSAI pasti terhukum jugk. Kan Malaysia nih banyak mahkamah kanggaroo?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular