Mahathir: Kelantan Tetap Kepunyaan PAS

Petang kelmarin, selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Logik Asean di UIA, Dr Mahathir ditanya sama ada isu royalti minyak Kelantan akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap BN. Menjawab soalan tersebut, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin."

Dr Mahathir sekali lagi mengulangi tidak yakin BN dapat merampas kembali Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang:

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."

Tapi BN akan terus berusaha untuk mendapatkan Kelantan. Dan malangnya usaha mendapatkan Kelantan dilakukan secara peras ugut, termasuk pemberian wang ihsan, penyalah gunaan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk tujuan politik dan menafikan peruntukan pembangunan kepada negeri itu, kecuali jika dilihat menguntungkan politik BN. Dan peras ugut yang dilakukan ini menjadikan rakyat semakin tidak senang dengan BN dan menjauhkan diri dari memberi sokongan terhadap parti itu.

Ulasan

Catatan Popular