28 Ogo 2009

31hb Demo Desak Radzhi Letak Jawatan?
chedet28 Ogo 2009 0 Komentar


Entah kenapa, dua tiga hari ini rasa tak puas hati sungguh dengan kerenah po litik semasa kat area tempat tinggal saya ini. Dua tiga malam lepas, waktu dok tunggu waktu Isya kat surau, dok sembang dgn kawan-kawan; yg kebetulan kawasan sekitar Taman-Taman kami duduk ini mcm dok kat tengah-tengah batu sempadan antara dua kawasan DUN. Ada sahabat dlm kawasan ini yg ngundi di DUN Merbau Pulas dan ada yg lain ngundi dlm DUN Lunas, jadi apa lagi isu yg paling hangat dan terkini kalau bukan isu YB Radzi tu lompat parti.


ata-rata yg saya temui memang tak puas hati terutamanya pengundi Pakatan tempoh hari.

Kalau depa tak puas hati, saya lagi tak puas hati.

Pasal apa?

Pasal waktu PRU12 hari tu, saya lah yg dok kalut lebih pi ceramah sana pi ceramah sini kat kawasan ini; ingat lagi waktu ceramah kat Padang Awam di sebuah Tmn kat sini hari tu, penuh org pakat mai, dari taman-taman sekitar dan kampung-kampung berdekatan, siap depa pasang Big Screen lagi; masih ingat lagi waktu tengah dok ceramah tu, Polis ka Majlis Perbandaran ka mana mai, dok buat gempak kata tak dak permit ka apa; saya ceroi ja, walau pun dalam keadaan ketaq (maklumlah amatur) tapi terus balun ceramah macam biasa.

Saya puas hati jugak sebab yg turun tu bukan saja Melayu, tapi ramai gak bangsa India dan Cina. Tak cukup dgn itu, walau pun tak punya apa-apa jawatan dlm PAS atau pun PKR, saya turut pulun kempen thru mailing list dan blog dlm internet; ramai gak org atas pagar dan org UMNO yg terpengaruh dgn hujjah dan tulisan saya.

Masih ingat lagi, dlm satu ceramah di Markas PAS cawangan pekan padang serai, saya bacakan sebuah email yg dihantar oleh seorang wanita, bekas ahli puteri umno kawasan pdg serai yg mendedahkan pelbagai ketidakpuasan hati beliau mengenai perjalanan Puteri dan UMNO kawasan Padang Serai, yg saya rasa sedikit sebanyak mampu mempengaruhi org2 atas pagar dan org2 UMNO sendiri untuk memberi undi kpd Pakatan.

Saya ingat juga sebuah email yg dihantar oleh seorang hamba Allah, yg saya tak pasti atas pagar atau pun ahli UMNO, tapi antara lain dia tulis:

"Munir, aku rasa kali ini aku bersetuju dengan tulisan hang, kali ini aku nak bagi undi kat pembangkang, biaq UMNO sedaq sikit! "

Dalam tulisan-tulisan dan ceramah saya, saya banyak memberi penekanan kpd hak kita sebagai rakyat dlm sebuah negara yg mengamalkan amalan demokrasi berparlimen; saya kata sebagai rakyat yg celik dan ada pikiran sendiri, kita berhak pilih mana-mana parti yg kita nak. Kalau dulu kita undi UMNO, tapi UMNO tak mampu berikan apa yg kita nak, maka kali ini apa salahnya kita bagi peluang kpd Pakatan; bagi peluang kat depa 5 tahun, kalau tak okey, PRU nanti undi UMNO balik.

Hah, atas dasar itulah beberapa sahabat yg membalas email saya itu memilih untuk tidak mengundi UMNO pada PRU yg lepas.

Dan ada lagi dua tiga email yg hampir serupa dengannya; mereka-mereka ini memberi undi kpd Pakatan dengan harapan akan ada perubahan yg mampu dibawa oleh Pakatan yg selama ini mereka rasa gagal ditunaikan oleh UMNO.

Memang besar harapan mereka itu, dan lagi besar harapan saya sebagai seorang penceramah bebas yg tidak diiktiraf oleh mana-mana parti komponen dlm Pakatan dan juga sebagai seorang blogger yg menulis hanya dari sudut hati yg ikhlas nak lihat akan ada perubahan yg mampu diberikan apabila Pakatan memerintah.

Malangnya, seperti yg disembang oleh beberapa org sahabat di ruang legar surau sewaktu menunggu waktu Isya itu, sudah beberapa lama dah sejak PRU12, di Taman kami ini tak nampak sapa-sapa lagi YB Pakatan yg mai jengok.

Dalam dok tunggu dan tertunggu bila YB-YB itu nak mai jengok, tut tut salah seorang YB tu dah pi lompat keluar parti pulak dah. Hish, mangkuk hayun sungguh la mamat ni, mana lah saya nak letak batang hidung saya ni? apa nak saya jawab kpd ex-puteri UMNO dan sahabat atas pagar/umno yg mengundi Pakatan hari tu? mana kita nak sorok kredibiliti kerajaan Pakatan kita?

Sebab tu, saya rasa agak puas hati bila seorang rakan sekerja cerita, sekali tu dia turun pasar malam, seorang peniaga kat situ kawan baik dok buat lawak, cakap kuat-kuat sampai semua org dengar:

"Wei, hang jangan dok buat leceh macam si Radzi tu, satni tak pasal-pasal kena Penaboh!!"

Maknanya si Radzi ni dah jadi bahan lawak rakyat jelata dah kat sini, dah tak layak dah jadi YB. Patutnya dia letak jawatan aja lah, bagi rakyat kat sini pilih yg baru, tak kiralah sapa memang lepas tu, Pakatan ka BN ka, itu cerita lain, janji dia mesti letak jawatan.

Opss, lupa nak habag, 15 minit tadi sebelum saya tulis cerita ini, ada hamba Allah SMS mai kat saya satu SMS, ditulis di situ:

"Demo desak Radzi (Adun Lunas) letak jawatan sbg YB Lunas. tarikh 31 Aug 09, Waktu 9 pagi. Tempat: di hadapan pejabat Keadilan Paya Besar Lunas (dekat klinik sathiam)"

Saya pun tak pasti sapa yg anjurkan, tapi adalah dirasakan ini adalah kemuncak ketidakpuasan hati pengundi-pengundi Lunas yg rasa diri mereka dikhianati yg sangat-sangat. Saya pun tak berapa sure boleh turun ka tidak sebab 31 Aug itu ada hal sikit nak diuruskan. Kot mana pun, kalau saya jadi YB Radzi tu, sebagai seorang gentleman dan sebagai menghormati rakyat Lunas, eloklah letak jawatan; biarlah org-org Lunas menentukan sendiri pendirian terkini mereka tentang siapa yg mereka nak - Pakatan or Barisan.

Saya kalau boleh memang nak tengok sangat PRK diadakan, yg pertama sebab nak bagi peluang rakyat bagi SCORE terkini performance kerajaan Pakatan YAB Ust Azizan di Kedah, dan yg kedua supaya nak bagi konfiden dan keyakinan kpd ramai terutamanya kpd pelabur-pelabur di sekitar Kulim Hitech dan juga org-org PAS sendiri yg dok sok sek sok sek sembang sesama depa kata PRU13 nanti mungkin PAS akan kecundang di Kedah.

Saya sendiri pun tak tau pasal depa dok sembang macam itu, tapi bercakap mengenai DUN LUNAS ini, adalah dirasakan kerajaan Pakatan di Kedah perlukan PRK ini untuk menilai semula penerimaan terkini rakyat.

Lintas Langsung Dari LUNAS
chedet 0 Komentar

Entah kenapa, dua tiga hari ini rasa tak puas hati sungguh dengan kerenah politik semasa kat area tempat tinggal saya ini. Dua tiga malam lepas, waktu dok tunggu waktu Isya kat surau, dok sembang dgn kawan-kawan; yg kebetulan kawasan sekitar Taman-Taman kami duduk ini mcm dok kat tengah-tengah batu sempadan antara dua kawasan DUN. Ada sahabat dlm kawasan ini yg ngundi di DUN Merbau Pulas dan ada yg lain ngundi dlm DUN Lunas, jadi apa lagi isu yg paling hangat dan terkini kalau bukan isu YB Radzi tu lompat parti.

Rata-rata yg saya temui memang tak puas hati terutamanya pengundi Pakatan tempoh hari.

Kalau depa tak puas hati, saya lagi tak puas hati.

Pasal apa?

Pasal waktu PRU12 hari tu, saya lah yg dok kalut lebih pi ceramah sana pi ceramah sini kat kawasan ini; ingat lagi waktu ceramah kat Padang Awam di sebuah Tmn kat sini hari tu, penuh org pakat mai, dari taman-taman sekitar dan kampung-kampung berdekatan, siap depa pasang Big Screen lagi; masih ingat lagi waktu tengah dok ceramah tu, Polis ka Majlis Perbandaran ka mana mai, dok buat gempak kata tak dak permit ka apa; saya ceroi ja, walau pun dalam keadaan ketaq (maklumlah amatur) tapi terus balun ceramah macam biasa.

Saya puas hati jugak sebab yg turun tu bukan saja Melayu, tapi ramai gak bangsa India dan Cina. Tak cukup dgn itu, walau pun tak punya apa-apa jawatan dlm PAS atau pun PKR, saya turut pulun kempen thru mailing list dan blog dlm internet; ramai gak org atas pagar dan org UMNO yg terpengaruh dgn hujjah dan tulisan saya.

Masih ingat lagi, dlm satu ceramah di Markas PAS cawangan pekan padang serai, saya bacakan sebuah email yg dihantar oleh seorang wanita, bekas ahli puteri umno kawasan pdg serai yg mendedahkan pelbagai ketidakpuasan hati beliau mengenai perjalanan Puteri dan UMNO kawasan Padang Serai, yg saya rasa sedikit sebanyak mampu mempengaruhi org2 atas pagar dan org2 UMNO sendiri untuk memberi undi kpd Pakatan.

Saya ingat juga sebuah email yg dihantar oleh seorang hamba Allah, yg saya tak pasti atas pagar atau pun ahli UMNO, tapi antara lain dia tulis:

"Munir, aku rasa kali ini aku bersetuju dengan tulisan hang, kali ini aku nak bagi undi kat pembangkang, biaq UMNO sedaq sikit! "

Dalam tulisan-tulisan dan ceramah saya, saya banyak memberi penekanan kpd hak kita sebagai rakyat dlm sebuah negara yg mengamalkan amalan demokrasi berparlimen; saya kata sebagai rakyat yg celik dan ada pikiran sendiri, kita berhak pilih mana-mana parti yg kita nak. Kalau dulu kita undi UMNO, tapi UMNO tak mampu berikan apa yg kita nak, maka kali ini apa salahnya kita bagi peluang kpd Pakatan; bagi peluang kat depa 5 tahun, kalau tak okey, PRU nanti undi UMNO balik.

Hah, atas dasar itulah beberapa sahabat yg membalas email saya itu memilih untuk tidak mengundi UMNO pada PRU yg lepas.

Dan ada lagi dua tiga email yg hampir serupa dengannya; mereka-mereka ini memberi undi kpd Pakatan dengan harapan akan ada perubahan yg mampu dibawa oleh Pakatan yg selama ini mereka rasa gagal ditunaikan oleh UMNO.

Memang besar harapan mereka itu, dan lagi besar harapan saya sebagai seorang penceramah bebas yg tidak diiktiraf oleh mana-mana parti komponen dlm Pakatan dan juga sebagai seorang blogger yg menulis hanya dari sudut hati yg ikhlas nak lihat akan ada perubahan yg mampu diberikan apabila Pakatan memerintah.

Malangnya, seperti yg disembang oleh beberapa org sahabat di ruang legar surau sewaktu menunggu waktu Isya itu, sudah beberapa lama dah sejak PRU12, di Taman kami ini tak nampak sapa-sapa lagi YB Pakatan yg mai jengok.

Dalam dok tunggu dan tertunggu bila YB-YB itu nak mai jengok, tut tut salah seorang YB tu dah pi lompat keluar parti pulak dah. Hish, mangkuk hayun sungguh la mamat ni, mana lah saya nak letak batang hidung saya ni? apa nak saya jawab kpd ex-puteri UMNO dan sahabat atas pagar/umno yg mengundi Pakatan hari tu? mana kita nak sorok kredibiliti kerajaan Pakatan kita?

Sebab tu, saya rasa agak puas hati bila seorang rakan sekerja cerita, sekali tu dia turun pasar malam, seorang peniaga kat situ kawan baik dok buat lawak, cakap kuat-kuat sampai semua org dengar:

"Wei, hang jangan dok buat leceh macam si Radzi tu, satni tak pasal-pasal kena Penaboh!!"

Maknanya si Radzi ni dah jadi bahan lawak rakyat jelata dah kat sini, dah tak layak dah jadi YB. Patutnya dia letak jawatan aja lah, bagi rakyat kat sini pilih yg baru, tak kiralah sapa memang lepas tu, Pakatan ka BN ka, itu cerita lain, janji dia mesti letak jawatan.

Opss, lupa nak habag, 15 minit tadi sebelum saya tulis cerita ini, ada hamba Allah SMS mai kat saya satu SMS, ditulis di situ:

"Demo desak Radzi (Adun Lunas) letak jawatan sbg YB Lunas. tarikh 31 Aug 09, Waktu 9 pagi. Tempat: di hadapan pejabat Keadilan Paya Besar Lunas (dekat klinik sathiam)"

Saya pun tak pasti sapa yg anjurkan, tapi adalah dirasakan ini adalah kemuncak ketidakpuasan hati pengundi-pengundi Lunas yg rasa diri mereka dikhianati yg sangat-sangat. Saya pun tak berapa sure boleh turun ka tidak sebab 31 Aug itu ada hal sikit nak diuruskan. Kot mana pun, kalau saya jadi YB Radzi tu, sebagai seorang gentleman dan sebagai menghormati rakyat Lunas, eloklah letak jawatan; biarlah org-org Lunas menentukan sendiri pendirian terkini mereka tentang siapa yg mereka nak - Pakatan or Barisan.

Saya kalau boleh memang nak tengok sangat PRK diadakan, yg pertama sebab nak bagi peluang rakyat bagi SCORE terkini performance kerajaan Pakatan YAB Ust Azizan di Kedah, dan yg kedua supaya nak bagi konfiden dan keyakinan kpd ramai terutamanya kpd pelabur-pelabur di sekitar Kulim Hitech dan juga org-org PAS sendiri yg dok sok sek sok sek sembang sesama depa kata PRU13 nanti mungkin PAS akan kecundang di Kedah.

Saya sendiri pun tak tau pasal depa dok sembang macam itu, tapi bercakap mengenai DUN LUNAS ini, adalah dirasakan kerajaan Pakatan di Kedah perlukan PRK ini untuk menilai semula penerimaan terkini rakyat.

wallah hu aklam
moniermatdin@ yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin .blogspot. com

KABINET CACA MARBA
chedet 0 Komentar

http://mutaligat.blogspot.com/

Saya bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang disiarkan oleh Harakahdaily berkenaan isu perlantikan Idris Jala sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Dato' Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya.
Bagi saya tindakan Najib melantik Idris menjaga KPI sedangkan Koh Tsu Kon sudah ada menyebabkan ianya sesuatu membazir dan 'overlap'. Apa perlunya 2 orang menteri menjaga KPI. Sedangkan menteri sendiri sudahpun mempunyai pegawai dan kakitangan yang cukup untuk membuat follow up dan sebagainya.
Persoalannya jika Koh Tsu Kon gagal beliau sepatutnya digantikan oleh Idris Jala bukannya membiarkan 2 menteri buat satu kerja.
Apa motif sebenar perlantikan Idris perlu diumumkan kepada rakyat. Adakah kerana Kon Tsu Kon gagal atau Koh Tsu Kon tiada masa dan sebagainya. Najib mesti menjawabnya rakyat ingin tahu.

Radhzi..... out !! Lim Soo Nee in!!
chedet 0 Komentar

Sultan Kedah telah perkenan permohonan MB Kedah untuk melucutkan jawatan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia yang dijawat oleh Mohd Radzhi Salleh, setelah dia mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN bebas.

Oleh itu... kita ucapkan selamat jalan kepada Radzhi Salleh. Dan.... pada masa yang sama kita ucapkan selamat datang.... welcome aboard kepada ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee. YB Lim Soo Nee telah dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia bagi menggantikan si katak Radzhi Salleh.

YB Lim Soo Nee dijangka mengangkat sumpah jawatan pada minggu hadapan. Harapan kita..... agar dia akan melaksanakan tugas baru beliau dengan penuh komited, dedikasi, amanah dan telus bagi memajukan lagi rakyat dan negeri Kedah Darul Aman.

Syabas dan Tahniah!!!

Analisis: Yang tersirat dan tersurat di Permatang Pasir
chedet 0 Komentar

Oleh Darwis Said

SATU pengajaran yang boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman untuk menambat hati pengundi.

Memang benar ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi dalam sokongan mereka kepada BN, khususnya Umno, dan ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan, bulan lalu.

Namun, tidak semua pengundi Melayu Permatang Pasir mengundi berdasarkan corak pengundian yang dilihat parti itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai, kata pengamat dan aktivis politik di Malaysia.

'Strategi menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Calon BN, Rohaizat Othman, yang dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.

Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala Rohaizat hanya mampu menarik 5,067 undi.

Majoriti undi Ustaz Mohd Salleh mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433 undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, juga daripada PAS, yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu, dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Namun, ia boleh dianggap satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi kelmarin, kata Dr Sivamurugan.

Kelmarin, 73.1 peratus atau 14,832 daripada 20,350 pengundi berdaftar di Permatang Pasir keluar mengundi, berbanding lebih 82 peratus yang keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar, semasa dihubungi berkata rakyat sukar menerima pendekatan BN-Umno yang sering menimbulkan isu perkauman dan menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), khususnya Datuk Seri Anwar dan Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikatakan seorang ulama palsu.

Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.

Tindakan BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti-Islam gagal.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

'Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,' katanya.

Pengarah Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.

Namun, Dr Sivamurugan menekankan bahawa Rohaizat setakat mampu meraih 5,067 undi - lebih rendah berbanding 5,571 undi yang diraih calon Umno, Ahmad Sahar Shuib, pada pilihan raya umum tahun lalu.

'Ini menunjukkan bahawa penyokong BN sendiri pun tidak mahu mengundi beliau,' ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata pihaknya akan mengkaji semua faktor yang membawa kepada kekalahan BN bagi memastikan ia berjaya dalam pilihan raya pada masa depan.

'Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan dari satu segi lain kita dapati ada faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

'Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,' ulas Datuk Seri Najib, sambil menambah bahawa beliau 'tahu apa sebabnya'.

Kajian itu memang perlu dilakukan BN dengan segera.

BN kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami' politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.

Jika BN mahu mengelakkan kejadian 'tsunami politik' 2008 itu daripada berulang pada pilihan raya umum Malaysia ke-13, maka satu kajian jujur dan telus terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kekalahannya dalam tujuh pilihan raya kecil itu harus dijalankan secara serius dan terperinci.

Strategi dan taktik pilihan raya baru perlu diterokai, manakala pendekatannya pula perlu diubah supaya lebih sesuai dengan trend perkembangan dan selera politik generasi pengundi masa kini di Malaysia.

Jika tidak, BN berpotensi menghadapi 'bencana politik' lebih mengejutkan berbanding apa yang berlaku pada 8 Mac 2008.


Memang ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi

Ramai Terkejut SMS Ismail Kamus Meninggal
chedet 0 Komentar



Orang ramai hari ini keliru dengan SMS yang banyak disebarkan perihal kematian tokoh agama terkenal di negara kita iaitu Ustaz Dato' Ismail Kamus (foto). Dalam laporan SMS itu mengatakan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung. Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah Al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Kami cuba menyiasat kesahihan laporan SMS itu dan ternanti-nanti pengumuman yang dibuat dalam media massa. Namun, setakat ini tiada berita rasmi berkaitan kematian Ustaz Ismail Kamus. Apa yang ada ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam. Soalnya, benarkah Ustaz Ismail Kamus turut meninggal atau sekadar khabar angin semata-mata. Adalah diharapkan supaya ada pihak tertentu yang dapat mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Tambahan pula SMS tersebut kini tersebar meluas di seluruh negara. Masalah yang timbul ialah mereka yang menerima SMS itu, tanpa usul periksa terus menghantarkan pula kepada rakan-rakan yang lain. Ia amat mengejutkan dan menyebabkan peminat tokoh agama terkenal itu terkejut dengan laporan berita berkenaan.

[Kami memohon maaf atas penyiaran maklumat ini. Ia memandangkan ramai rakan-rakan yang mengadu serta bertanya apakah Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia. Mereka mahukan kepastian . Oleh itu kepada anda yang menerima SMS yang sama, harap tidak disebarkan sebelum maklumat sahih diterima. Ia akan menyebakan berlaku kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia yang menerima SMS tersebut sebenarnya]

27 Ogo 2009

Kemahiran Berfikir Percuma
chedet27 Ogo 2009 0 Komentar


Gambar Hiasan - takde kene-mengene
  1. Menteri pergi tempat mengundi atas kapasiti jawatan dalam parti atau atas kapasiti jawatan menteri. kalau atas jawatan menteri, SPRM check tak Klem Mailej dorg. Bapak menteri kene tahu bezakan urusan parti dan kerajaan.
  2. Rumah RM25 juta, tapi gaji RM20k. Dapat loteri ke atau warisan mak bapak buat rumah tu?
  3. Fatwa iklan tikam ekor dalam akhbar milik orang Islam. Bila nak keluar nih?
  4. Wartawan tak kenal Karpal Singh dan Anwar Ibrahim.
  5. Wartawan tak tahu bahasa Inggeris, tapi malu nak belek kamus.
  6. Ada orang naik kapal terbang percuma. Takde orang nak siasat ke?
  7. Dalam media utama, Pakatan Rakyat je yang penuh dengan masalah, BN sempurna dari segala segi.
  8. Setiap perhimpunan dan demo, peserta beratuss ribu tidak ditemuramah oleh media massa. Kenapa dan Mengapa?
  9. Saham BERNAS pun kena jual. Nasi dah tak jadi makanan utama rakyat Malaysia ke?
  10. Ada ADUN kes rasuah boleh dijamin hari Jumaat di Terengganu. Ada kawan tu (baca rakyat biasa) terpaksa tidur lokap sebab hari cuti.
Cukuplah 10, nanti pecah kepala lak pk banyak2....

SPR TAKUT HENDAK TENTUKAN KEDUDUKAN DUN KOTA SIPUTEH
chedet 0 Komentar

Mengapa begitu lama masa di ambil SPR untuk menentukan kedudukan kerusi DUN Kota Seputeh sedangkan ianya sudah jelas kosong sebagaimana pemberitahuan dari Speaker DUN Kedah Datuk Abdul Isa Ismail.

Kelewatan SPR membuat pengumuman tentang kedudukan DUN tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi.

Apa yang ditakutkan SPR sehingga mengambil masa yang begitu lama?

Ada udang di sebalik mee ke?

Pengerusi SPR sila jawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat berhubung isu ini dengan segera.

Apakah SPR mengambil kira perkara di bawah ini?

1) mendapat lampu hijau dari BN
2) memberikan masa untuk BN bersedia
3) melakukan pelbagaikan persediaan untuk kepentingan BN????

Semuanya bermain di kepala rakyat

APA PASAI SOI LEK KENA TENDANG...??? ~ malaysiakini
chedet 0 Komentar

PA PASAI SOI LEK KENA TENDANG...??? ~ malaysiakini

Ada pergaduhan dalam parti towkay Cina.

Mereka berebut harta rompakan. Ada bayak geng geng lanun dalam parti towkay Cina ini. Ada lanun Cina dari Sabah. Ada lanun Cina dari semenanjung. Ada Cina lanun dari Serawak

Ong Tee Kiat – towkay Cina semenanjung tak puas hati – rompakan projek pelabuhan Klang telah diberikan pada Tiong – towkay Cina Serawak. Ong ambil tindakan untuk bocorkan bagaimana rompakan ini berlaku.

Satu Malaysia di beritahu : Tanah orang kampung di paksa jual. Kemudian dibeli dengan harga murah. Kemudian jual sekali lagi dengan harga berlipat ganda pada kerajaan. Inilah kerja towkay Cina selama ini. Mereka dikatakan rajin bekerja. Bijak berniaga. Poorah. Dulu beli getah orang Melayu murah – jual mahal – melayu juga kena tipu. Sekarang tipu lagi. Inilah caranya bagaimana Cina menjadi kaya raya – menipu.

Ini bukan bermakna Ong ini Cina baik. Ini kes dua penyamun berebut harta rompakan.

Tiba tiba masuk Mat Mongol. Bukan minta amoi Cina. Mat Mongol tak suka pada Ong kerana Ong pecah lubang.

Mat Mongol sokong Soi Lek bukan kerana nak kongsi Amoi. Mat Mongol minta Soi Lek jatuhkan Ong. Kalau Ong jatuh rakyat satu Malaysia tak tahu tentang cara merompak projek pelabuhan Klang.

Tapi satu malaysia sudah tahu : Projek rompakan pelabuhan Klang ini milik towkay Cina yang bernama Tiong dari Sarawak. Bila Ong buka cerita Tiong panas hati. Tiong bocor cerita dia telah bagi 10 juta ringgit pada Ong. Ertinya – duit rompakan kita sudah share. Sudah sama-sama makan. Jangan buat bising bising.

Tiong berani buat macam ini kerana dapat restu dari Mat Mongol. Mat mongol kata pada Tiong – tibai Tiong ..tinai lagi Tioing.. kasi tibai sama Ong. Bila Tiong tibai Ong dengan cerita duit 10 juta rakyat satu malaysia lihat Ong Cina jahat.

Ong mula jadi gelabah. Ong makin marah. Ong buka lagi cerita projek rompakan perlabuhan Klang. Mat Mongol pula jadi gelabah. Rashia makin bocor. Gerombolan pun ada sama dalam rompakan ini. Semua tembelang pecah. Satu Malaysia sudah tahu towkay Cina dengan gerombolan tipu rakyat.

Mat Mongol naik marah pada Ong kerana buat huru hara -pecah lubang. Ong pun marah pada Mat Mongol kerana sokong Soi Lek.

Ong mahu tunjuk ekshen pada Mat Mongol. Ong buang Soi Lek. Mat Mongol terperanjat lalu meraba-raba telor.

Cerita akan diteruskan. Wayang belum habis. Panggung belum ditutup.

skrip asal :- Tukat Tiub

25 Ogo 2009

Keputusan Terkini
chedet25 Ogo 2009 0 Komentar



PAS 9618

B-END 5067

UNDI ROSAK 83

MAJORITI 4551

Keputusan Penuh mengikut UPU-malaysiakini

Peti undi PAS BN MAJORITI

samagagah 1397 594 803

pmtg ara 1397 1075 322

pmtg pauh 875 354 521

bkt.indera muda 1302 862 440

kg pelet 738 546 192

Kubang Semang 773 275 498

Tanah Liat 971 500 471

cross street 938 300 638

pmtg tengah 1225 555 570

undi pos 2 6 -4

jumlah 9618 5067 4551
sumber mtd permatang pasir.

70.5% mengundi sehingga 4 petang
chedet 0 Komentar

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi mencecah 70.5 peratus atau 14,031 orang.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.

Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.


MUHYIDDIN DAN ZAHID HAMIDI SUDAH PULANG KE KL?

Ada pihak mendakwa bahawa Timbalan dan Naib Presiden Umno iaitu Muhyiddin dan Zahid Hamidi sudah berangkat 'bungkus' pulang ke Kuala Lumpur kerana mereka sudah tahu bahawa BN kecundang pada Pilihanraya Permatang Pasir hari ini.
Memang sudah menjadi tradisi pemimpin Umno dan calon mereka yang kalah tidak akan hadir ke pusat penjumlahan undi dan mendengar pengumuman rasmi keputusan jika mereka kalah. Mereka ini memang spesies yang tidak sanggup menghadapi kenyataan yang mereka ditolak oleh rakyat.
Sebab itulah jika anda ingin mendapat keputusan awal sesuatu pilihanraya mudah sahaja petunjuknya iaitu jika pemimpin utama BN balik awal ke KL dan juga keputusan lambat diumumkan maka sahlah BN tewas.
Beberapa pihak mendakwa bahawa kedua-dua pemimpin itu iaitu Tok Din dan Tok Zahid sudah 'chow' balik KL. Maka itu tandanya PAS menang.

Permatang Pasir
chedet 0 Komentar












Voter turnout hits 65% at 3pm
UPDATED 3.15PM The EC is hoping for a 80 percent turnout and since polling opened at 8am, the numbers have been on the rise - as of 3pm, the turnout was 65 percent with two hours to go

Umno dan Pembohong Tak Dapat Dipisahkan
chedet 0 Komentar


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Mr.Teepoumno. Apa
saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Mr.Teepoumno adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan
kaunseling agar Mr.Teepoumno berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Mr.Teepoumno disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Mr.Teepoumno nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Mr.Teepoumno dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana
sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri
Mr.Teepoumno . "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Mr.Teepoumno merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari
rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Mr.Teepoumno bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya masih ragu-ragu." Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

" Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Mr.Teepoumno terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.....
Ini lah dia Umeno @ umno Ambik le iktibar..

Kita Flash Back Balik Kisah YB Radhzi Nie....
chedet 0 Komentar

oleh AnakKedah


Nampaknya cerita pasai kelaku mamat exco nie dah lama dah sahabat penyapu lidi tegoqnya... tapi kita sahaja yg dok buat dongoi lagi... kisah pasai mamat nie keluaq bulan MEI 09 tempohari pasai kelaku-keliki dia...tak caya cuba hangpa baca balik link yg aku copy paste nie....

APA Nak jadi dengan EXCO PKR Kedah nie..

gerak kelaku dia dah di kesan di Langkawi lalu depa tegoq tetapi aku tengok macam tak ada apa jaa...mamat tu masih dok pegang EXCO...
dan ini pulak tulisan dari sorang sahabat dgn gelaran JIN BRABUS kat Kedahlanie...pada bulan JULY 09

PANAS : Kedah Juga Bakal Ada KATAK jika tak diawasi betul-betul.

dan yang terbaru pada awai bulan OGOS 09 lalu dimana penyapu lidi suruh kita berjaga-jaga pasai mamat sekoq nie..
Jaga-Jaga Sidang Dun Akan Datang Mungkin Ada Yg Luar Biasa...

tulisan beliau ini adalah rentetan dari cerita yang sebelom ini berkenaan mamat exco nie...yang mana keluaq pada bulan Mei 09 jugak...

Sah! Satu Konspirasi Terancang Sedang Berjalan


dari sini dapat kita lihat yg kerja mamat sekoq nie dah ada RAKYAT yang menghidunya.... dan dah pon didedahkan utk tatapan rakyat semua.... ini belom lagi dengan laporan beliau tak turun kawasan dan claim melampau tuu... semua nie dah pon di hidu awai lagi dengan gerak langkah dan kelaku beliau ianya memang seperti sudah di impikan oleh beliau untuk melompatnya....

ADA EXCO KEDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN - Claim Tak Mau-Mau...


jadi kepada PEJUANG-PEJUANG RAKYAT semua Kita TERUSKAN PERJUANGAN... kepada yg lemah di persimpangan biarkan mereka... biarkan generasi mendatang mengutuk mereka dengan apa yang mereka lakukan.... yang nyata dan jelas sekarang MUSUH KITA tetap MELANGKAH untuk memusnahkan kita... kepada mamat nie cadangan peribadi saya kita lempaq taik lembu ja bila dia balik kawasan LUNAS nanti... baru ada akai..khianat 10k pengundi dia sedangkan yg lompat ikut beliau cuma 200 orang sahaja... tak belajaq matematik kaa 10 000 : 200 orang... takkan ini namanya dapat sokongan akaq umbi... sedangkan cabang keadilan kat situ pon dan kena gantung dek PKR Pusat....

Apa punya haru mamat sekoq nie... so far kira syukur alhamdulillah sebab MEMPELAM BUSOK dah jatuh.. seandainya kita dok simpan lama sekali-kali dengan kita semua BUSOK... jadi selamat berambos wahai RADZHI oii....

LAWAN TETAP LAWAN...

TERKINI PERMATANG PASIR
chedet 0 Komentar

JAM 2.00 PETANG

Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.


JAM 1.00 TENGAHARI

SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.

JAM 12.00 TENGAHARI

Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.

JAM 11.45 PAGI

Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.

Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.

UMNO edar wang palsu?
chedet 0 Komentar

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Hari ini 25/08/09 adalah hari mengundi di N 11, Permatang Pasir.Sepanjang tempoh berkempen kita dihidangkan dengan berbagai bagai pendedahan dan mainan isu oleh pihak yang bertanding.Di pihak PAS, pendedahan mengenai kredibiliti calon BN yang mempunyai rekod buruk kerana pecah amanah duit koperasi petani serta penggantungan dari majlis peguam cukup menunjukkan rendahnya nilai kedibiliti calon BN dan tidak layak untuk menjadi wakil rakyat Permatang Pasir.

Bukti bukti sudah cukup jelas,malah diakui sendiri oleh calon bilamana beliau mengumumkan telah membayar hutangnya dengan koperasi semata mata untuk melayakkan beliau untuk bertanding.Hutang ini pula ialah hutang dari kes pecah amanahnya dulu dan sungguhpun beliau dianggap wira oleh UMNO tetapi sebenarnya ianya telah membenarkan segala dakwaan PAS mengenai kes pecah amanah itu.Tetapi UMNO pula mempunyai idea yang berbeza dengan berbagai bagai taktik khususnya untuk membuktikan PAS sebagai terdesak di Permatang Pasir.

Dengan mengabaikan fakta bahawa Permatang Pasir sudah dimenangi oleh PAS sejak tahun 1999 dan di PRU 2008, PAS merekodkan majoriti sebanyak lebih 5 ribu sementara majoriti besar juga dicatat ketika PRK Parlimen Permatang Pauh bagi DUN Permatang Pasir, UMNO terus terusan menyebut bahawa PAS menggunakan serangan peribadi calon kerana semakin terdesak sementara di seluruh Permatang Pasir,UMNO menyebarkan berbagai bagai dakyah dan propanganda yang sebenarnya pembohongan yang nyata semacam seorang yang berak di tengah jalan tetapi menuduh orang lain.Kerja kerja puteri UMNO di Permatang Pasir jelas menunjukkan bagaimana mereka yang berak tetapi menuduh orang lain.

Turut digunakan ialah jentera milik kerajaan termasuk ambulan tentera untuk kerja kerja kotor UMNO sepanjang tempoh kempen.Satu yang cukup menarik ialah ambulan dan anggota tentera digunakan untuk melindungi puteri UMNO ketika mengagihkan habuan kepada penduduk penduduk di Permatang Pasir dengan menggunakan alasan rumah rumah penduduk ini ialah rumah rumah yang dikuarantin kerana H1N1 dan kerja kerja mereka dilihat mulia kerana memberi bantuan kepada mangsa mangsa H1N1 tetapi yang tidak disedari oleh mereka ialah penglibatan puteri UMNO dalam kerja kerja kebajikan atas nama kerajaan.Pembohongan yang cukup nyata kerana kalau benar rumah ini ialah rumah rumah mangsa H1N1 kenapa mesti puteri UMNO diberi tugas untuk mengagihkan bantuan dari wang rakyat?

Itu satu hal, di tempat tempat lain,dilihat dengan jelas bagaimana berbagai bagai bantuan yang bertujuan membeli undi pengundi diagihkan di seluruh Permatang Pasir.UMNO tidak pernah belajar dari PRK Permatang Pauh bilamana mereka langsung tidak berjaya membeli undi sekalipun banyak sekali bantuan diagihkan di seluruh Permatang Pauh termasuk Permatang Pasir juga.

Di tengah tengah kerancakan UMNO mengagihkan bantuan ini, tiba tiba ada sejumlah wang palsu turut diagihkan kepada pengundi oleh UMNO.Khabarnya lapuran polis telah dibuat mengenainya tetapi seperti biasa semua perkara yang palsu ini datang dari UMNO,polis dijangka akan buat buat tak dengar dengan lapuran ini sekalipun cukup bukti disertakan.

Begitu juga ugutan ugutan melalui SMS,poster poster fitnah yang diedarkan, surat surat ugutan yang dikirim kepada pengundi semuanya telah dikumpul dan dilapurkan kepada polis untuk tindakan mereka.Sama samalah kita tunggu samaada polis mengambil tindakan atau tidak.

Demikianlah secebis lagi cacatan kempen pilihanraya N 11, Permatang Pasir yang cukup jelas menunjukkan betapa jijiknya UMNO dalam usaha mereka merampas DUN Permatang Pasir yang pada rekodnya, dimenangi PAS dengan majoriti besar dalam PRU dulu dan disahkan dengan majoriti besar juga ketika PRK Permatang Pauh yang berlangsung tidak sampai setahun lalu.Mereka bercakap tentang demokrasi dan berkempen dengan adil tetapi mereka sendiri secara jelas tidak demokrasi dan tidak adil dalam berkempen.Mereka malah mengganggap pecah amanah itu masalah peribadi sahaja walaupun kesalahan pecah amanah dicatat oleh undang undang negara yang mereka buat sebagai kesalahan jenayah.

Media lembu UMNO tidak terlepas dari berkempen secara jijik dan bohong bagi pihak UMNO.TGNA di tuduh mengeluarkan kenyataan UMNO mengamalkan Islam palastin dan tidak akan masuk syurga.Putar belit kenyataan TGNA serta pemimpin pemimpin PR dimanupulasikan semaksimanya.Pembohongan demi pembohongan terus disebarkan saban hari dan malam.Ramadan yang tiba tidak dilihat sebagai bulan tarbiyah kerana UMNO terus dengan pembohongannya di mana mana tanpa had.Dan pembohongan paling besar dari dari Muhyudin apabila mengatakan sekiranya Bn berjaya merampas Permatang Pasir, maka DUN tersebut akan dijadikan anak emas kerajaan(tidak dinyatakan pula bagaimana Permatang Pasir kalau gagal dirampas BN).

Cuit sikit bontot PM, terus kena geledah!
chedet 0 Komentar


KDN serbu pejabat majalah Zunar
Ogos 25, 09 11:05am
kemaskini 12.05pm Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.

Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.

Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".

Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri).

Tentera Malaysia Terhina di Permatang Pasir!
chedet 0 Komentar

Oleh: sunsnake08

"Subhanallah!

Teman dengan mata kepala sendiri melihat betapa terhinanya anggota Tentera Malaysia di Permatang Pauh. Kejadian berlaku di sebelah Rumah Selangor di Kampung Petani, Bukit Indra Muda.

Dari kejauhan, dapat teman lihat betapa 'tension'nye wira-wira kita terpaksa menjaga jalan untuk membolehkan puteri-puteri UMNO ni buat keje merayu undi rumah-ke rumah!

dengan membawa watak doktor atau pembantu perubatan, mula-mula bukan main banyak beg-beg yang seolah-olah berisi ubat-ubatan.
Akhirnya mereka dok mengusung beras dan pelbagai barang dapur pulak!! aikk?? ini ajaib!!

Sewaktu teman dan beberapa orang sahabat menghampiri ambulan berkenaan, abang askar yang duduk di tempat pemandu seolah-olah mengelak wajahnya dirakam oleh kami! Hampir-hampir pilu teman melihat wajah abang askar tersebut yang jelas amat-amat-amat tidak selesa dengan apa yang dilakukannya itu?
Satu soalan dari teman yang diajukan berulang kali tetapi tidak dijawab langsung oleh geng-geng Puteri UMNO dan abang-abang askar "Macam mana ambulance leh bawak beras lak nih? siap bawak barang dapur lagi???"

kepada rakyat Malaysia, lihatlah pemimpin-pemimpin UMNO sedang mempergunakan segala jentera negara termasuk ASKAR!!! ini adalah sepatutnya menjadi kesalahan maksimum kepada undang-undang negara!
Lihatlah askar yang gagah mengawal keselamatan negara terpaksa menjadi bapuk ditangan Zahid Hamidi!!!

below pictures will tell us thousand words!!!'Abang Askar' terpaksa menjaga lalulintas..

Lagi catatan pengalaman bergambar di Permatang Pasir di http://paszbb.blogspot.com

24 Ogo 2009

Permatang Pasir : Jangan Tanya Shahrizat Jalil Pasal 'Isteri Kedua' Ro
chedet24 Ogo 2009 0 Komentar



Semua wartawan di larang bertanyakan isu isteri kedua calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana mungkin ia menjadi “bom jangka” terakhir yang boleh menjatuhkan maruah calon tersebut. Semalam, Pengarah pilihanraya PAS Pusat, Datuk Haji Mahfuz Omar dalam kenyataanya menyuruh wartawan bertanya terus kepada Menteri Hal Ehwal Wanita kerana calon BN didapati mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.


Jika benar apa yang berlaku, Sharizat yang dipanggil “Kak Jat” harus membela seorang isteri yang diabaikan suami tercinta. “Itu pun jika benar sepertimana diperkatakan orang ramai kini. Saya tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia melibatkan kelambu Rohaizat. Apa salahnya mengaku jika berkahwin dua jangan pula menafikan kerana ia tidak baik,” ujar Mahfuz selanjutnya. Isu calon BN, Rohaizat Othman mula berbangkit apabila Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan mula menyebut mengenainya. Nasrudin telah dipertikai dengan alasan ia isu peribadi.

Namun, Nasruddin berkata dia bukan sengaja mahu mengungkitkannya. Isteri kedua Rohaizat, Rafizah, adalah adik angkat kepada guru beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. “Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah,” cerita Nasrudin yang juga bermestautin di Pahang. Rafizah telah lebih setahun berceritakan nasib beliau, namun dia merahsiakan siapa suaminya. Tuan Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa di samping tidak tahu siapa lelaki yang menjadi suaminya. Sehinggalah beberapa hari lalu, Puan Rafizah memberitahu, “Ustaz, Rohaizat (calon BN) itulah suami saya!”.

Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah. Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.

“Saya dedahkan hal ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh sesiapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebahagaimana isteri-isteri yang lain. “Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain gagal,” kata Nasrudin. Bagi Nasrudin, masih terbuka luas bagi Rohaizat untuk selamatkan rumahtangganya dengan cara beliau meruntuhkan tembok keegoan sebagai lelaki lalu segera kembali ke pangkuan isteri dengan penuh insaf, kata Nasrudin./Malaysian Insider
"

Anggota polis dikasari Gobalakrishnan pertimbang saman
chedet 0 Komentar

BUKIT MERTAJAM: Anggota polis yang dikasari Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Isnin lepas mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata anggota polis berkenaan akan mengambil tindakan itu secara peribadi.

"Saya difahamkan anggota polis terbabit akan mengambil tindakan undang-undang secara peribadi terhadap Anggota Parlimen berkenaan.

"Beliau (polis) juga seperti orang biasa dan mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jadi terpulanglah kepadanya untuk mengambil tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Bukit Indera Muda di sini, semalam.

Gobalakrishnan ditahan polis bagi membantu siasatan selepas mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini Isnin lepas.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis yang sedang bertugas dikasari semasa cuba meleraikan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu.

Sementara itu, Hishammuddin berkata polis akan menyiasat dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang menyatakan tindakan Gobalakrishnan pada hari berkenaan didalangi oleh pihak tertentu.

"Kita akan kumpul maklumat berhubung perkara berkenaan dan akan siasat secara terperinci," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ketika ditanya sama ada Umno akan mempelawa Mohd Radzhi menyertai parti itu, beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata perkara itu perlu dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya Umno juga perlu meneliti latar belakang ADUN berkenaan tetapi jika Mohd Radzhi berhasrat menyertai Umno, parti itu menyambut baik tindakan itu. "Perkara ini menunjukkan wujud kepincangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka sudah tidak konsisten dan anggota mereka sendiri sudah tidak percaya kepada parti.

"Umno bukan sahaja terbuka kepada ADUN berkenaan malah kepada sesiapa saja yang ingin menyertainya pada bilabila masa," kata Hishammuddin.

Semalam, Mohd Radzhi mengumumkan keputusan keluar parti PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas. BERNAMA

Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno
chedet 0 Komentar

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."

"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.

Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman.

HarakahDaily.Net/-

fatwa doraemon
chedet 0 Komentar



"Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009"

ADUN Lunas memang bermasalah - Johari
chedet 0 Komentar

oleh Te@m.IT

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.

Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.

Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.

"Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.

Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.

"Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari yang baru sahaja sampai daripada Padang Serai itu berkata, beliau telah berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan keluarnya Radzhi daripada PKR.

Hasil maklumat itu, Radzhi juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO,

"Saya katakan pada beliau kalau UMNO ada pemimpin mengapa ambil orang Sabah jadi Ketua perhubungan negeri?" soal Johari.

Takut disiasat SPRM, punca Radzhi keluar PKR

Beliau dalam ceramah di UPU Permatang Ara malam tadi menjelaskan bahawa Radzhi telah menerima terlalu banyak habuan daripada UMNO, sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tolak dan kemungkinan SPRM akan digunakan sekiranya beliau tidak mengisytiharan dirinya keluar daripada PKR.

Modus operandi dalam kes kali ini sama dengan usaha Najib dan UMNO perak sewaktu mereka merampas kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas, katanya.

"Sebelum merampas negeri Perak pada bulan Februari lepas, 2 orang daripada 3 orang exco yang mengisytiharkan keluar parti iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu"

Kedua-dua orang ADUN ini kata beliau, telah disiasat oleh SPRM sebelum keluar parti dan siasatan itu senyap selepas mereka mengistiharkan keluar parti menyokong Najib Tun Razak.

"UMNO sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin mengecil, tetapi mereka telah menggunakan semua agensi kerajaan untuk merampas negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," kata Johari.

Kemungkinan pilihanraya kecil Lunas

Johari berkata kini rakyat di Lunas sangat marah kerana mereka tidak mahu diwakili oleh seorang wakil rakyat Bebas. Rakyat merasakan mereka telah diperbodohkan.

Usaha-usaha bagi menggerakkan rakyat sedang dijalankan dan akan mula lebih aktif selepas pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Beliau juga berkata bahawa rakyat akan membuat petisyen menuntut supaya Radzhi meletakkan jawatan sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau selepas beliau diugut dengan oleh BN dengan pelbagai ugutan.

Di akhir ucapannya itu, beliau mengajak seluruh jentera dan pengundi di Permatang Pasir bersama-sama menolak UMNO dan BN pada 25 Ogos ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang zalim.

http://prkn11penang.pas.org.my

RADZHI LUNAS : Modus operandi sama.. Adakah Selepas Kena Siasat dek SPRM lalu umum jadi BEBAS..
chedet 0 Komentar

Apa Sebab Adun Lunas Keluar Parti..?
oleh M. Sayuti Omar

MASALAH yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain? Barang kali tidak begitu. Tetapi itulah hakikatnya.

Ataupun masalah yang menerpa PKR kerana hebatnya serangan UBN ke atas parti berkenaan. UBN beriya mahu mengocakkan PKR kerana parti itu adalah parti bekas TPM, Anwar Ibrahim. Disebabkan kehebatan Anwar maka PKR yang menjadi sarangnya kini perlu dirobohkan sebelum ianya membiak dan berkuasa.

Jika dilihat kepada kronologi perisitwa politik negara ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, masalah dalam Pakatan Rakyat berpunca dari masalah dalam PKR. Masalah wakil rakyat atau pemimpin mereka yang tidak mempunyai intergriti dan dijadikan umpan ugutan oleh UBN?

Runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak awal tahun lalu misalnya disebabkan ulah dan perangai dua Adun dari PKR, Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi. Mulanya mereka diserkup oleh SPRM. Lepas itu bertindak mengumumkan keluar dari PKR. Bertolak dari bahana kedua-dua wakil rakyat itulah akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini terbaru ialah Adun Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh (foto) pula buat hal dengan mengumumkan keluar dari PKR semalam. Radzhi juga seorang Exco kerajaan Kedah. Apakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM?

Jika melihat kepada kedudukan Adun itu tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan parti. Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan? Kononnya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara dalam politik hanya gula-gula saja.

Alasan kenapa beliau keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya dia juga keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka belia kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya.

Ternyata alasan itu dangkal dan naif sekali. Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya.

Justeru dalam hal ini apa yang mungkin berlaku ialah Radzhi diugut. Mungkin SPRM sudah pun melingkungi rumahnya. Sekiranya beliau tidak melepaskan diri dari PKR dan menyatakan sokongan kepada 1 Malaysia maka beliau mungkin akan dicekup dan diheret ke mahkamah. Sebab itulah kalau dilihat kepada kenyataan keluar partinya itu Radzi menyatakan sokongan kepada PM? Mengapa sekonyong-konyong menyokong Najib Razak?

Sebelum ini sudah tersebar Adun ini ada masalah dalam kes membuat tuntutan melampau. Mungkin kes tuntutan melampau inilah yang mencengkik lehernya dan terpaksa mencari tali hayat untuk menyelamatkan keadaan dirinya. Bila diri sudah lemas untuk apa dipedulikan kepada nasib orang lain.

Katanya Anwar Ibrahim telah tahu masalah Radzhi ini dan menyerahkan kedudukan Radhzi ini kepada MB, Azizan Abdul Razak? Cuma Azizan masih bersikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil tindakan malahan terus merekmen Radzhi menyambungkan kedududunya sebagai Exco. Ertinya masalah Radzhi sudah memburuk dalam kerajaan Kedah.

Saya cukup yakin kalau tidak ditekan dan dibelit masalah rumit Radzhi tidak akan meninggalkan PKR. Apa lagi jawatan Exco yang disadang itu tidak mudah untuk diperolehi. Belum tentu kalau dia bersama Umno akan dilantik menjadi Exco. Tetapi mungkin kerana ditekan menyebabkan dia bertindak demikian. Itulah politik dan jahat serta licitnya politik UBN.

Pengumuman yang dibuat Radzhi menjelang hari mengundi Permatang Pasir ini bagaimana dipercayai tidak memberi apa-apa kesan kepada pilihan raya berkenaan. Pengundi Permatang Pasir tidak akan tergugah dengan langkah beliau itu. Malahan pengumuman yang diatur itu dikira memberi kesan baik kepada calon Pas, Mohd Salleh Man. Pengundi yang sudah arif dengan taktik UBN akan jadi lebih berkobar lagi untuk menenangkan Pas sebagai melepaskan perasaan terkilan atas tindakan Radzhi itu.

Dan kalau tindakan Radzhi itu kalau untuk menyelamatkan nyawan politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung apa-apa penyeleweng yang mungkin dilakukannya? Bukankah kes ini boleh disifatkan takutkan ular di depan diterkam harimau?

Ahli PKR juga tidak perlu walang dan berdukacita atas keputusan Radhzi itu. Sebaliknya ahli PKR perlu rasa gembria kerana orang-orang yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai waja dalam perjuangan tidak lagi berada dalam parti mereka.

Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelnggu dengan mereka yang berstatus habuk dan sampah dalam perjuangan. Tidak ada makna dan gunanya kalau kebenaran itu berbelit dengan kebatilan! [wm.kl.6:30 pm 23/08/09]

Sebab ADUN Lunas keluar Parti ????

Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...

Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...

Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...

- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...

- Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini...

" Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya

" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya

Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "

" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya

Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...

Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...

Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...

Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...

21 Ogo 2009

Nik Aziz sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan
chedet21 Ogo 2009 0 Komentar


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.


"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. - Bernama

20 Ogo 2009

Ku Li: Apakah Umno kurang calon?
chedet20 Ogo 2009 0 Komentar


Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya



Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mtengku razaleigh ku li interview 190309 03ana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hNONEendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya. ..malaysiakini

Qaryah Ramadhan.
chedet 0 Komentar

Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Rasai kelainan suasana Ramadhan di Qaryah Ramadhan.

Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah berimamkan iman khas dari negara Mesir.

Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.

Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz

Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Interaktif Nisa dan Bual@Bicara Remaja. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif bersama audien dan pelabagai slot menarik yang turut menawar hadiah.

Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.

Qaryah Ramadhan juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.

SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.