Sumbangan 'Tabung Peduli Pak Usop'
"Kita yang meneroka tanah di kota raya ini (Kuala Lumpur), jangan mudah nak halau kita atas nama pembangunan. Kita bukan bangsat!". Peh...terperanjat saya dengan tempelak suara penceramah. Kuat dan bertenaga. Itulah Cikgu Ishak Surin. Walaupun usia beliau menjangkau usia warga emas namun semangatnya tidak setua usianya. Masih gagah dalam memperjuangkan hak dan nasib peneroka bandar.
Ucapan itu saya petik daripada program yang berlangsung pada ahad lepas 27 Dis '09 bersamaan 10 Muharram 1431 anjuran Lajnah Pekerja Dan Sumber Daya Rakyat (PSDR) yang mana Cikgu Ishak Surin selaku pengarah dan penulis antara AJKnya. Program diadakan di Dewan KAFA Kg.Setia Jaya yang terletak di dalam Parlimen Wangsa Maju (WM). Program ini juga lanjutan daripada kempen yang dilancarkan tidak berapa lama dahulu yang mana telah dirasmikan oleh Md.Sabu di Markas Tarbiyah Tmn.Melewar iaitu Tabung Peduli Pak Usop atau nama sebenarnya En. Mohd.Yusof Samat. Pak Usop yang mana kita ketahui telah dilanda musibah menjelang Eidul Adha 1430 yang lalu dimana rumahnya telah hangus dijilat api dalam satu kebakaran.Berita disini.
Program juga turut diserikan dengan kehadiran YDP WM iaitu Dr. Rainey serta SU Kaw.WM, Saudara Majid serta beberapa AJK Kaw. WM yang lain. Tak lupa juga ucapan 'tahniah' kepada Ketua PEMUDA WM ,Saudara Izat yang berjaya hadir walaupun lewat. Boleh dikatakan hampir semua AJK Lajnah PSDR telah hadir dalam program petang itu. Dengan majlis dipengerusikan oleh Saudara Ghaffur selaku Pengarah Penerangan WM, suasana majlis berlangsung dengan aman sejahtera dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh 'Tuan Pengerusi".
Ucapan pembuka dimulai dengan ucapan YDP WM yang mana beliau melahirkan rasa syukur kehadrat Allah swt. atas gerak kerja yang telah dilakukan oleh semua terutama Lajnah PSDR yang tanpa rasa jemu dalam membantu Pak Usop menghadapi ujian daripada Allah swt. Beliau telah mengarahkan ahli-ahli PAS di peringkat Kaw. WM supaya bersama-sama dalam membangunkan kembali bukan sekadar rumah tetapi semangat dan moral Pak Usop agar terus berjuang di dalam PAS demi kerana Allah swt.
Ucapan di teruskan lagi oleh Pengarah Lajnah PSDR dengan menerangkan serba sedikit fungsi lajnah yang dulunya dikenali sebagai Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar. Beliau juga berjanji akan terus memberikan kerjasama keatas sesiapa saja yang dizalimi oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dikalangan peneroka bandar.
Kemudiannya majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada Pak Usop yang mana didahului oleh wakil PERKIM WM iaitu Saudara Engku Hafiz dan kemudiannya acara kemuncak iaitu sumbangan yang telah berjaya dikutip oleh 'Tabung Peduli Pak Usop' yang mana jumlahnya dirahsiakan. Tidak seperti UMNO yang mana kalau derma pakai cek besar pintu.
Pak Usop menerima sumbangan daripada Lajnah Pekerja Dan Sumber Daya Rakyat hasil dari kutipan 'Tabung Peduli Pak Usop'.
Pak Usop yang ditemui selepas itu melahirkan rasa syukur yang tak terhingga atas sumbangan yang tak seberapa ini dan bercadang untuk membangunkan semula rumahnya dalam masa yang terdekat ini.
Majlis disudahi dengan hi-tea. Wallahualam.
*Terima kasih buat Che'Det yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar
*Gambar boleh dilihat disini

Ulasan
Catat Ulasan