'Dana Kilat' Buat Pak Usop

Salam. Ahad 05 Dzulhijjah 1430 bersamaan 22 Nov '09 bertempat di Kg. Setia Jaya telah diadakan Program 'Dana Kilat Mangsa Kebakaran' utk En. Mohd.Yusof Samat atau dikenali dengan panggilan Pak Usop yang mana rumah beliau telah musnah dalam satu kebakaran pada malam 19 Nov. '09 (Khamis). Majlis juga diadakan berhampiran tapak kebakaran supaya tetamu dapat melihat sendiri kesan kebakaran tersebut. Pak Usop merupakan Ketua PAS Caw. Kg. Setia Jaya. Kejadian dipercayai berlaku akibat litar pintas (mengikut siasatan bomba). Ketika kejadian, beliau tidak berada di rumah kerana sedang bermesyuarat di KAFA Kg. Setia Jaya. Kerugian dianggarkan RM90 ribu. Turut musnah 1 van yang digunakan sebagai Bas Sekolah, 1 sebuah teksi dan 1 sebuah kereta P.Iswara serta 2 buah motor.



Keadaan tapak rumah Pak Usop


Sesungguhnya Pak Usop kini tinggal sehelai sepinggang kerana segalanya musnah dalam kebakaran tersebut. Lalu PEMUDA PAS W.Maju telah mengambil keputusan untuk mengadakan majlis minum petang yang mana idea ini timbul daripada Yuamri yang baru dilantik menjadi Penyelaras DACS Kaw. W.Maju dan Unit Amal W.Maju diamanahkan menganjurkan 'projek' ini.

Unit Amal W.Maju bertungkus lumus


Sesungguhnya ujian yang menimpa Pak Usop amat berat. Ini kerana Pak Usop baru sahaja kehilangan isteri yang tercinta pada bulan Julai yang lepas (berita disini). Majlis bermula pada pukul 02.00 ptg. Antara yang hadir ialah Cikgu Ishak Surin ( YDP PAS Batu merangkap Lajnah Peneroka Bandar & Pekerja Pusat), Ust. Mohd. Ali Jamil ( Timb. PJ PAS WP & Ketua Lajnah Kebajikan WP ), En Yaacob ( Wakil Ahli Parlimen W.Maju ), Hj. Rahim ( Naib YDP PAS W.Maju), Hj. Halim ( YDP PAS Setiawangsa), Pimpinan-pimpinan PKR W.Maju dan Dewan Muslimat PAS W.Maju serta penduduk tempatan. Acara yang berakhir pada pukul 05.30 ptg itu berjaya mengumpul sejumlah dana untuk meringankan beban Pak Usop namun usaha masih dijalankan untuk mengumpul dana dalam nak mendirikan semula rumah Pak Usop memandangkan mereka sekeluarga sekarang menumpang di KAFA Kg. Setia Jaya dan Hari Raya Eidul Adha menjelang tiba. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh bank in kan ke akaun maybank PEMUDA PAS W.Maju yang tertera di blog atau salurkan terus kepada Pak Usop sendiri di kediaman sementara beliau iaitu KAFA Kg. Setia Jaya. Gambar kesan kebakaran dan sekitar program boleh dilihat disini. Wallahualam


Ulasan

  1. Urteter nuytre: http://semyasiker.yourfreehosting.net

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular