Ziarah Kasih DPPWM Di Kg.Setia Jaya

Salam. Pagi tadi 12 Rejab 1430 bersamaan 05 Julai '09 jam 1000, Lajnah Kebajikan Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju (DPPWM) telah menjalankan satu program iaitu 'Ziarah Kasih' di Kg.Setia Jaya.
Dengan diketuai oleh Ketua lajnah sendiri iaitu Sdr Lokman B. Tahir @ Muda disertai pimpinan DPPWM dan juga wakil EXCO Dewan PEMUDA PAS W.Persekutuan (DPPWP) serta diiringi Sdr Mahathir selaku penduduk tempatan @ Naib Ketua DPPWM telah berkunjung ke rumah En.Yusuf B. Samad atau dikenali dengan panggilan mesranya iaitu Pak Usop. Beliau merupakan Ketua PAS Cawangan Kg.Setia Jaya yang mana telah kehilangan isteri tercinta Pn.Mujiah Bte Abd.Hamid, yang telah pulang ke rahmatullah pada 01 Rejab 1430 bersamaan 24 Jun '09 iaitu hari yang sama berlangsungnya hari pertama Perbicaraan 'PROTES' di Mahkamah Jalan Duta. Allahyarham meninggal dunia disebabkan jangkitan pada paru-paru dan buah pinggang.


Sdr Ghafur (Penerangan) bertanyakan khabar Pak Usop



Tenang menerima kunjungan DPPWP



Sdr Mahathir menjadi 'pelancar' program ziarah kami


Bergambar kenangan bersama Pak Usop




Kemudian program kami diteruskan ke rumah En Sidek B. Ismail yang merupakan bekas SU PAS Cawangan Kg.Setia Jaya yang telah menerima ujian daripada Allah swt.


Teratak En.Sidek


Beliau telah diserang 'stroke' dan kemudiannya lumpuh akibat serangan itu. Tabah dengan ujian yang melanda sejak mac '08 (selepas PRU 12), beliau kini sudah menunjukkan sedikit peningkatan berikutan rawatan yang diterima dan doa daripada jemaah.


Sekali lagi Sdr Ghafur menjadi pembuka kata selain daripada Sdr Mahathir

Walaupun kudrat tak segagah dulu tapi masih hebat bertutur hal perjuangan


Masih kuat untuk bercerita

Melihatkan apa yang berlaku sedikit sebanyak meruntun hati kami. Sebagai PEMUDA PAS kawasan Wangsa Maju, kami telah menyumbangkan sedikit sumbangan ikhlas agar dapat meringankan beban jemaah kami walaupun tak seberapa. Maaf la sebab gambar ketika menghulurkan sumbangan itu tidak penulis sertakan kerana nak membezakan dengan UMNO yang mana kalau hulur bantuan pakai cek bersaiz pintu rumah dan mesti bermotifkan sesuatu. Cukup sekadar menyatakan sahaja.Wallahualam

Ulasan

  1. tahniah Al Melakae yg telah menerbitkan sendiri artikel beliau. memang tidak syak lagi anta layak jadi excoooo ,,, heeee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular