12 Apr 2013

manifesto bn jadi tajuk khutbah
Pejuang Muda12 Apr 2013 2 Komentar


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggunakan tajuk khutbah Jumaat yang sama dengan tema manifesto BN yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak pada 6 April lalu, iaitu "Menepati Janji, Membawa Harapan".

Malah kandungan khutbah untuk masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu mempunyai nada hampir sama dengan retorik pilihan raya BN, termasuk penegasan mentaati pemerintah dan bersyukur atas "kebijaksanaan pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawab".

"Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut," kandungan khutbah itu dipetik.
N sebelum ini mengkritik keras pendirian Pakatan Rakyat yang lunak terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu di negeri ini.

Sementara itu, mimbar Jumaat juga turut memuji "kebijaksanaan pemerintah" yang menurutnya melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip maqasid al-Syariah (tujuan-tujuan syariah).

"Lihat dan pertahankanlah apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah negara hari ini demi menjaga kesucian agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan juga harta. Semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara. 

"Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran," menurut khutbah Jakim lagi.

Justeru, mimbar menyimpulkan, menjadi tanggungjawab semua pihak "mempertahankannya"dan tidak dipengaruhi emosi dalam membuat keputusan - gesaan yang dilihat merujuk kepada pengundian 5 Mei ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 14 Julai tahun lalu dilaporkan berkata, perjuangan kerajaan persekutuan berteraskan konsep Maqasid Al-Shariah, iaitu memelihara dan memperkasakan Islam, dalam masa yang sama memelihara jiwa serta menghormati hak asasi.
Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya lagi, kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dipertikaikan pembangkang dan aktivis NGO sejak sekian lama.

Jakim sebelum ini beberapa kali mengeluarkan khutbah menyentuh isu-isu semasa, yang dilihat senada dengan pendirian BN, seperti dalam isu insiden menghina gambar Najib dan khutbah anti-BERSIH.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. kalu kkutbah macam ni dibacakan kat wp aku tak gusar krn mentaliti org bandar dgn org kampung amat jauh bedzanya fikirannya lebih terbuka dan dpt menilai yg mana betul/tidaknya.

    BalasPadam
  2. Ulamak sebelah Dato Najib ni masih bersama ye.. ulama yang kalah di Permatang Pauh dengan Datin Sri Wan Azizah... Tergamak bersama pemimpin yang zalim!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.