Langkau ke kandungan utama

SAH DOKUMEN BN BAKAL BUAT RUSUHAN

Pemuda PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran dokumen yang didakwa mempunyai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

riduan mohd nor"Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha Pakatan Rakyat untuk mencetuskan suasana porak peranda, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin Pakatan mengemukakan saman fitnah terhadap beliau," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Bernama semalam melaporkan Muhyiddin sebagai mendedahkan rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau dilapor sebagai berkata, daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
Dalam kenyataannya, Riduan menyifatkan tuduhan Muhyiddin "terlalu berat, fitnah dan serta berunsur hasutan" terhadap Pakatan Rakyat dan boleh menimbulkan ketegangan dan kegelisahan serta mencetuskan suasana panik dan pelbagai penafsiran oleh masyarakat.

"Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau?

"Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain?

NONE"Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi?" soal Riduan.

Riduan mendakwa timbalan perdana menteri sengaja menambah marak api permusuhan dan ketakutan kepada rakyat dalam suasana negara sedang diancam masalah keganasan dan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tegasnya, sepatutnya Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Umno itu mententeramkan rakyat dan memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini.

"Pilihan raya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara.

"Kenyataan beliau akan memberi reputasi yang buruk ke atas Pakatan dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap Pakatan serta penyokongnya," katanya sambil menganggap Muhyiddin menghina jutaan rakyat yang memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka.

Sehubungan itu, Riduan mendesak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan ekoran kenyataan pemimpin nombor negara itu.

... MEREKALAH PEMBANGKANG SELEPAS PRU13

Ulasan

  1. Buat hapa Muhyidin kena beri bukti-bukti itu..?

    Bukan ke lebih baik PAS serta kuncu-kuncu mereka dalam pakatan Penipu Rakyat memberi bukti-bukti nyata.., yang mereka canangkan selama ini, bahawa :-

    1) Najib & Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya,

    2) Najib menggigit ratusan juta Ringgit untuk komisen kapal-selam.

    3) Rosmah membeli & memiliki cincin yang bernilai RM 24 Juta.

    Bawa dulu segala bukti jelas & nyata bahawa segala tuduhan, tohmahan & segala perkara yang diaibkan puak PAS (yang konon berwatak Islam & mukmin) serta pakatan Penipu Rakyat itu.., adalah benar dan bukan fitnah belaka.., yang telah mereka menjaja & memfitnah selama ini ke seluruh negara selama ini. Lakukan yang itu dulu..!!

    Memang pakatan Penipu Rakyat sudahpun mempunya reputasi yang buruk belaka dan akan terus menjadi lebih teruk. Rakyat dah meluat nak termuntah dengan gelagat, taktik jijik & kotor yang diamalkan oleh pakatan Penipu Rakyat..!!

    Cermin muka sendiri dulu.., kalaupun nak mengaibkan orang lain..!!

    BalasPadam
  2. Anon 3:22 am oiiii,memang pakatan dah ada dah semua bukti2,tapi semua bukti2 pakatan ni tidak diceritakan dalam paper/ tv arus perdana menyebabkan banyak otak sempit mcm ko ingat pakatan ni cakap kosong,paper/tv ni semua kn milik kroni2 BN,tunggu la bila pakatan ambil kerajaan nanti,panas bontot IDOLA2 ko nanti,ko tahu ke IDOLA ko Dr. Mahathir menyamakan BN Dengan syaitan? Ko tahu dia kata apa salah ya undi SYAITAN YG DIKENALI(BN) dr MALAIKAT YG TAK DIKENALI(PKR)? Ko tahu ke IDOLA2 ko ni Hina hudud?....memang otak sempit ko ni,orang semua dah ke BULAN,ko dok atas facing us ang tu lagi...KESIANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Untuk pengetahuan tuan, alamat blog http://pemudatitiwangsa.blogspot.com telah bertukar kepada http://pastitiwangsa.blogspot.com.

    Pihak kami ingin memohon untuk dimasukkan link kami dalam bloglist tuan bagi menyebarkan bahan penerangan kami. Terima kasih.

    UMNO PUPUS, RAKYAT SELAMAT, NEGARA BERKAT

    Admin
    Penerangan PAS Titiwangsa

    BalasPadam
  4. Hello Bhai,tk pernah ada org yg di tuduh pula yg bawa bukti.Mat Sembab yg tuduh,dia le sepatut ny kemukakan BUKTI.Klau tidak org ramai blh kata TPM ini mulut longkang.Belum pun lg PR memerintah pencacai2 dh buat huru hara sana sini.Aku berani cakap le,yg akan menghuru hara kn negara klau mereka kalah ada lh UMNO.History don't lie but people do!

    BalasPadam
  5. Org melayu dalam pas semua perosak bangsa. 1 hr nnti malaysia pasti hancur. Masa 2 jom la kt pakai parang terbang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular