3 Mac 2013

Penduduk belasah penceroboh hingga mati di Semporna
abu nu'man3 Mac 2013 0 Komentar

SEMPORNA 3 Mac - Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.

Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.

"Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket," katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.