6 Mac 2013

LAGI PEGAWAI TENTERA SERTAI PR
abu nu'man6 Mac 2013 0 Komentar

PETALING JAYA, 6 Mac ― Belum pun reda isu pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, hari ini, seorang lagi bekas pegawai tertinggi tentera, Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein menyertai PKR.
Md Hashim yang telah menamatkan kariernya dalam pasukan keselamatan pada 2002, telah berkhidmat selama 37 tahun, dan merasakan terpanggil untuk menyertai PKR atas rasa keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya secara sukarela, tanpa sebarang paksaan, saya rasa terpanggil dan ini satu tanggungjawab saya,” kata Md Hashim dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Pada pandangan saya Pakatan Rakyat (PR) lebih ikhlas dan jujur, ada integriti  kepimpinan yang jelas,” katanya, yang juga pernah mengetuai pasukan atur gerak cepat angkatan tentera.
Penyertaan Md Hashim itu menjadikan keseluruhan lima bekas pegawai tertinggi pasukan keselamatan tersebut menyertai PKR.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad mengisytihar menyertai PR.
Mengulas berkenaan insiden di Lahad Datu, Md Hashim berkata, tempoh yang begitu lama untuk diuruskan kerajaan telah menimbulkan persoalan.
“Ini bukan perkara kecil, saya bukan nak marah kepada pasukan keselamatan, mereka jalankan tugas sebaik mungkin ... Ini perkara amat rapat kepada naluri saya,” katanya yang pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan selama tiga tahun.
Md Hashim turut berkata, dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan bekas pegawai tertinggi tentera yang menyertai PKR sebelum ini berhubung fasaliti angkatan tentera di negara ini juga adalah benar, dan perlu diberi perhatian serius.
“Kami tidak berniat membantah pemimpin tertinggi terdahulu, apa yang kami nyatakan adalah perkara benar,” katanya.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.