SELANGOR SEDIA PRU.. NAJIB KECUT LAGI

Cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan depan adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat itu sudah bersedia.

"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan... ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan Sosial Selangor atau e-GEMS (e-Generasi Idaman Selangor) di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid berkata beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya.

Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.

Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara LXX (2), kerajaan negeri boleh terbubar dengan sendiri apabila mencecah lima tahun pada 22 April 2013 ini. DUN Selangor mula bersidang pada 22 April 2008.

Bagaimanapun, di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN.

Ditanya sama ada beliau telah memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membubarkan DUN Selangor, Abdul Khalid berkata beliau sedang dalam proses untuk memohon perkenan baginda.

Mengenai sistem e-GEMS, Abdul Khalid berkata sistem data yang dibangunkan itu bertujuan mewujudkan pangkalan data dan profil penduduk di peringkat kampung dan kawasan perumahan bagi memudahkan pemantauan aktiviti atau gejala sosial dengan lebih berkesan.

Melalui sistem itu, masyarakat boleh membuat aduan mengenai aktiviti tidak bermoral di tempat mereka atau untuk memohon bantuan kebajikan dan kaunseling kepada mereka yang memerlukan.

Ulasan

  1. aku sokong negeri Selangor adakan PRU lebih awal.
    Dari situ kita boleh lihat sama ada ada cubaan menipu atau pun tidak. Sangat berisiko untuk menipu, nanti kantoi nahas lah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular