ROSMAH TAKUT NGAN BUDAK U
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengelak daripada
bertembung sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di satu kawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kunjungannya ke kampus
tersebut semalam.
Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) Mohd Azan Safar, 24, berkata, kira-kira 40 orang pelajar yang berhimpun di hadapan kawasan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) itu berhimpun dengan beberapa sepanduk dengan slogan melibatkan Rosmah.
Katanya, Rosmah pada awalnya tiba dengan menaiki satu kereta untuk melancarkan satu program di kampus tersebut.
Rosmah yang diiringi polis bagaimanapun melalui jalan lain dan tidak bertembung dengan kumpulan siswa berkenaan ketika meninggalkan kampus berkenaan pada kira-kira 4 petang, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Datin Rosmah datang untuk sebuah program yang diadakan di Dectar. Program itu mula jam 2 dan slot Datin Rosmah pada petang. Pelajar yang buat protes tak ada kaitan dengan program tersebut.
"Tetapi kita lahirkan protes dengan isu-isu yang melibatkan Rosmah seperti isu pembaziran, cincin dan rekod-rekod kurang baik Rosmah. Kami cuma duduk dan berdiri di tepi jalan di hadapan Dectar,"
Antara sepanduk yang dibawa mahasiswa semasa mengadakan protes itu bertulis "Menabung = Cincin 24 juta", "Kami nak Rosmah jadi PM" dan "Kak Mah nasihatkan Najib umum tarikh PRU 13".
"Cuma kita nak tekankan, protes ini ialah protes mahasiswa UKM di atas semangat demokrasi dan kebebasan bersuara dalam negara.
"Kita tengok dalam isu ini ialah, kenapa (Rosmah) terlalu takut untuk lalu. Kita bukan nak sekat kereta, nak terkam.
"Kita cuma nak tunjuk sepanduk sahaja. Tapi sampai tahap naik kereta lain... Itu macam terlalu takut dengan mahasiswa," katanya lagi.
Azan berkata, tindakan berkenaan mendapat perhatian pengawal keselamatan kampus yang juga kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang mahu mereka bersurai.
Bagaimanapun, mereka hanya bersurai pada jam 5.15 selepas berunding dengan pengawal keselamatan.
Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) Mohd Azan Safar, 24, berkata, kira-kira 40 orang pelajar yang berhimpun di hadapan kawasan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) itu berhimpun dengan beberapa sepanduk dengan slogan melibatkan Rosmah.
Katanya, Rosmah pada awalnya tiba dengan menaiki satu kereta untuk melancarkan satu program di kampus tersebut.
Rosmah yang diiringi polis bagaimanapun melalui jalan lain dan tidak bertembung dengan kumpulan siswa berkenaan ketika meninggalkan kampus berkenaan pada kira-kira 4 petang, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Datin Rosmah datang untuk sebuah program yang diadakan di Dectar. Program itu mula jam 2 dan slot Datin Rosmah pada petang. Pelajar yang buat protes tak ada kaitan dengan program tersebut.
"Tetapi kita lahirkan protes dengan isu-isu yang melibatkan Rosmah seperti isu pembaziran, cincin dan rekod-rekod kurang baik Rosmah. Kami cuma duduk dan berdiri di tepi jalan di hadapan Dectar,"
'Macam terlalu takut'
"Sebaliknya
menurut kawan saya, Rosmah naik kereta lain dan polis serta kereta
pengiring pun terpaksa pusing dan lalu jalan lain untuk iring kereta itu
agar tidak melalui kami," katanya.Antara sepanduk yang dibawa mahasiswa semasa mengadakan protes itu bertulis "Menabung = Cincin 24 juta", "Kami nak Rosmah jadi PM" dan "Kak Mah nasihatkan Najib umum tarikh PRU 13".
"Cuma kita nak tekankan, protes ini ialah protes mahasiswa UKM di atas semangat demokrasi dan kebebasan bersuara dalam negara.
"Kita tengok dalam isu ini ialah, kenapa (Rosmah) terlalu takut untuk lalu. Kita bukan nak sekat kereta, nak terkam.
"Kita cuma nak tunjuk sepanduk sahaja. Tapi sampai tahap naik kereta lain... Itu macam terlalu takut dengan mahasiswa," katanya lagi.
Azan berkata, tindakan berkenaan mendapat perhatian pengawal keselamatan kampus yang juga kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang mahu mereka bersurai.
Bagaimanapun, mereka hanya bersurai pada jam 5.15 selepas berunding dengan pengawal keselamatan.
Ulasan
Catat Ulasan