BERITA YG WAJIB PERCAYA... PSY TAK DIBAYAR BN

Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya “Gangnam Style”, hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

“Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

..... PERCAYA SANGAT AKU!!!

Ulasan

  1. Bpleh percaya ker? Kes kontroversi nih...Siapa boleh jawab dengan aa fakta sahih?

    BalasPadam
  2. Ker tu jawapan standard COVER LINE? Hahahaha...susah juga nak percaya sebab Psy memang menarik ramai peminat ke konsert dan sudah tentu sesiapa akan datang beramai ramai apa tah lagi ianya FREE .... so tepuk dada tanya selera...

    BalasPadam
  3. biase le ... yang tukang bayar kunta-kinte umno ..1 utk engkau, 2 untuk aku; 2 untuk aku, 1 untuk engkau ...si sponsernya cukong mca/gerakan keluar rm2 juta.... nanti akan tuntut kontrak projek yang boleh untung rm20 juta ..... melayu umno juga terkulat-kulat macam cicak makan kapor.... bodoh...!!!!

    BalasPadam
  4. Kalau dah nama nya Umno BN., aku susah nak percaya cakap cakap mereka kecuali pihak pengurusan Psy yang cakap sendiri dengan pihak media serta ada video nya sekali...

    BalasPadam
  5. sape ade kenyataan rasmi pengurus PSy

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular