PR AKAN BANTU DEEPAK DEDAH KONSPIRASI

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan membantu Deepak Jaikishan mendedahkan cerita sebenar disebalik perjanjian projek kontroversi demi kepentingan orang ramai.

Ahli perniagaan itu dikatakan terlibat dalam urusan tanah yang turut melibatkan syarikat dimiliki ketua Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

"Yang paling penting, ini bukan untuk kepentingan politik, tetapi kepentingan orang ramai," kata Rafizi (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam sebuah temubual.

"Niat kita cuma satu, kita tidak mahu wang pencen tentera berjumlah RM160 juta digunakan untuk ini," kata pengarah strategi PKR itu, merujuk kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang terlibat dalam perjanjian tersbeut.


Menurut Rafizi, PKR hanya mengambil keputusan untuk bersama Deepak selepas tabung pelaburan kerajaan LTAT telah didapati terlibat dalam tuduhan Deepak.

"Perkara ini cukup sukar untuk kami, jika adanya gambar pemimpin PKR bersama Deepak, orang ramai akan mengatakan kita sedang merancang konspirasi.

"Tetapi apabila dia dah memberitahu bahawa kita tidak ada apa-apa, itu tidak mengapa," kata Rafizi lagi.

Rafizi berkata beliau memberitahu Deepak melalui pihak ketiga bahawa PKR sudi untuk duduk berbincang dengan ahli perniagaan tersebut dan mendengar apa yang beliau ingin katakan.

Beliau juga berkata Deepak telah menemui penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ahli perniagaan itu merayu untuk bantuan undang-undang.

Deepak berkata kepada wartawan beliau bertemu Anwar pada malam sebelum kes saman beliau menentang Raja Ropiaah yang didakwa menipu beliau untuk tanah Bukit Raja.

Beliau kemudiannya diwakili oleh peguam PKR R Sivarasa dan N Surendran dalam kes tersebut, sebelum beliau membuat keputusan untuk membuang kes tersebut tanpa merujuk kepada peguamnya, kata Rafizi.

Deepak menyaman Putrajaya atas melanggar perjanjian mengenai tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama syarikat milik LTAT Boustead Holdings Bhd membeli 80 peratus saham Astacanggih bernilai RM30 juta.

Raja Ropiaah kekal mendiamkan diri apabila syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd gagal membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang bernilai RM100 juta.

Ulasan

Catatan Popular