LANGAT 2 : KORANG PATUT RISAU MACAM NOH

SHAH ALAM, 3 Jan — Be End (BN) Selangor khuatir sekiranya isu air tidak diselesaikan, ia bakal menjadikan Selangor sebuah negeri yang mundur ekoran pelabur tidak berani untuk melabur di negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) itu.

Noh Omar berkata kedegilan PR untuk tidak meneruskan pembinaan Loji Langat 2 turut akan menjadikan punca Selangor akan ketinggalan dari segi pembangunannya.

“Kalau kerajaan negeri masih berdegil atas kepentingan politik, Selangor akan mundur,” kata Noh.

Noh menjelaskan lagi, masalah air di negeri tersebut menyebabkan banyak kilang tidak boleh beroperasi, dan itu jelasnya bakal menjejaskan 12,000 peluang pekerjaan untuk generasi muda di negeri tersebut.

Noh turut menjelaskan, perancangan untuk membina Loji Langat 2 telah dibuat sejak 16 tahun dahulu, malah telah pun mendapat persetujuan daripada syarikat Jepun.

“Jika Jepun tidak yakin, macam mana mereka boleh bersetuju untuk bekerjasama,” tambahnya.

Ditanya mengenai masalah kegagalan pam air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk beroperasi, Noh menjelaskan, kekurangan takungan air bersih juga turut menjadi punca kepada masalah kekurangan air.

“Masalah pam satu ... satu lagi takungan air bersih,” katanya, dan menambah apa yang lebih utama adalah pembinaan Loji Langat 2 diteruskan, dan isu pengurusannya kemudian boleh dibincang sama ada diuruskan oleh kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri.

... kita PR akan bina Loji Langat 3....  hahahahaha

Ulasan

  1. kita sebenar nya bijak dan cerdik, semua pam tak berfungsi siapa punya angkara? Kantoi sudah nak menipu, apa kena mengena dengan Kerajaan Selangor? Syabas yang punya adalah kroni Umno so mereka lah yang membaiki kerosakan nya...tak kan lah lima lima pam rosak semua pas tu tak di perbaiki lagi...apa lah cerita mengarut kat sini...tak faham lah Dato Sri Noh ni, sound Syabas buka Selangor...!

    BalasPadam
  2. Sound Syabas "buka" tertinggal "n" bukan Selangor...!

    BalasPadam
  3. Apa jadi loji di Kuala Selangor?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular