26 Jan 2013

HIMPUNAN HIJAU GESA ORG RAMAI TIDAK BERURUSAN DGN HSBC
abu nu'man26 Jan 2013 0 Komentar

Himpunan Hijau hari ini mengadakan protes di depan ibu pejabat HSBC Malaysia di Kuala Lumpur, kerana membantah hubungan perniagaan bank tersebut dengan syarikat nadir bumi Lynas Corporation.

Pengerusinya, Tack Wong mengetuai protes bersama dengan 15 ahli kumpulan anti-Lynas itu, kesemuanya berpakaian baju-T hijau.

Sebagai tanda protes, Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Lee

Chin Chen dan ahli kumpulan itu Connie Chong, mengunting kad kredit, sambil menggesa orang ramai "memutuskan urusan perniagaan" dengan bank tersebut.

Mereka mendakwa bank tersebut menjalankan urusniaga dengan syarikat yang mengendalikan operasi loji nadir bumi Lynas di di Gebeng, Kuantan, yang telah menimbulkan kebimbangan bahayanya terhadap alam sekitar.

Lebih 10 anggota polis dilihat berada di situ tetapi mereka tidak mengganggu kumpulan tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Wong yang baru saja tiba dari Sabah, berkata kad yang diguntingnya itu adalah milik abangnya.

Katanya, abangnya itu, seorang guru, menyerahkan kad itu pagi ini semasa menghantarnya ke lapangan terbang.



In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.