Langkau ke kandungan utama

7 lokasi bergerak ke Stadium Merdeka

 
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya berkumpul di tujuh lokasi untuk bergerak ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan Sabtu ini bermula.

Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, tujuh lokasi tersebut dan pemimpin masing-masing adalah seperti berikut:

Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)

Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar

KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)

Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)

Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)

Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)

Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Beliau berkata mereka yang mahu mendiri gerai untuk menampung keperluan peserta hanya dibenarkan beroperasi di stesen monorail Maharajalela, sekitar Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan stesen LRT Hang Tuah.

Apabila stadium sudah penuh, yang lainnya dikehendaki duduk di luar stadium.

Beliau juga menggesa semua peserta supaya bersopan semasa menghadiri perhimpunan.

"Ini adalah satu perhimpunan aman. Sila elakkan semua bentuk provokasi. Jangan cetuskan kekacauan," katanya.

Ulasan

Catatan Popular