8:33 PM
Abu Nu'man
Kerajaan mungkin akan membayar pampasan kepada pemilik 2 banglo Datuk
Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk
Seri Dr Jamaludin Jarjis yang akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara
tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran yang terletak di Puncak Setiawangsa.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd
Taufik Harun berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah
lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas
bukit.
Beliau berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu
mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.
Kata lagi, kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu
perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun
menjadi teruk.
... jumlah pampasan agak-agaknya boleh beli 4 biji lagi banglo serupa itu???
12:27 PM
Abu Nu'man
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Mana-mana pihak selain orang Islam
yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama
Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata,
perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut
agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia
telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di
negara ini.
“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap
negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam
melatah,” tegas Harussani (gambar).
Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali
hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas
baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan
penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.
“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.
... aku rasa la jawapan itu bukan penyelesaiannya... jawapan korang...???
12:10 PM
Abu Nu'man
BACHOK – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan
penglibatannya dalam isu tanah di Relai, Gua Musang yang dimiliki dua
pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming sebagaimana
didakwa Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari
dalam blognya dan sebuah akhbar 25 Disember lalu.
Beliau berkata, surat itu ditandatanganinya sebagai Timbalan Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada masa itu untuk menyatakan tiada
halangan bagi Upayapadu Plantation Sdn Bhd menjalankan penyelidikan dan
pembangunan bersepadu tanaman getah dan industri hiliran di kawasan itu.
Katanya, ia perkara biasa bagi dirinya sebagai timbalan menteri yang
bertanggungjawab menulis surat menyatakan tiada halangan bagi mana-mana
pihak menjalankan penyelidikan dan pembangunan tanaman getah.
"Itu bukan surat sokongan untuk beri tanah kepada pemimpin DAP. Saya
bukan orang yang berkuasa dalam hal tanah. Surat itu ditandatangani pada
2006 dan saya tidak tahu siapa pemegang saham terbesar syarikat
berkenaan.
Mungkin juga pemilik asalnya orang Melayudan kemudiannya saham bertukar tangan kepada bukan Bumiputera, kita tidak tahu itu.
... MUNGKIN BUNTING DI ATAS MENJELASKAN KENAPA SURAT ITU DITANDATANGANINYA....
11:37 AM
Abu Nu'man
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
perlu menjadi individu berjiwa besar dengan tampil membuat penjelasan
berhubung amanatnya yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat
Islam di negara ini.
Ismail Mina Ahmad berkata, amanat yang dicetuskan pada 1981
itu perlu dijelaskan bukan hanya mengikut kandungannya tetapi
kesengsaraan yang menimpa kehidupan banyak pihak.
Semua orang tertunggu-tunggu penjelasan Abdul Hadi terutamanya
mereka yang menerima kesan secara langsung daripada amanatnya dan orang
yang bimbang perpecahan umat Islam akan berterusan.
Abdul Hadi perlu memberi penjelasan merangkumi apa yang telah
berlaku sepanjang lebih 30 tahun ini, beliau mesti menjawab dari kaca
mata ilmu dan syariat Islam, bukannya dari kaca mata politik kepartian,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
... Abdullah Saamah dah... ismail Mina dah... sape lagi ulama sampah umno???
11:13 AM
Abu Nu'man
Banner 'cerdik' owang UMNO kesan 'air bah' yang dah lama menenggelamkan kepala mereka tiba-tiba muncul ketika banjir di Kelantan baru-baru ni... ini mesti geng-geng perkasam... yang masuk air macam BRAHIM ALI ....
.... kalu PAS punca banjir di kelantan ... di Terengganu angkara sapa?? huhuhuhu
10:42 AM
Abu Nu'man
Abdul Hadi berdosa jika tidak tarik amanatnya - Abdullah

KOTA BHARU 29 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib
menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981 sehingga menyebabkan umat
Islam di negara ini berpecah-belah.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berkata, sekiranya
Abdul Hadi enggan berbuat demikian, maka beliau akan berdosa di dunia
dan akhirat kerana amanatnya itu telah menyebabkan ada umat Islam yang
putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri.
Malah katanya, persengketaan umat Islam angkara Amanat Haji Hadi
hanya membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan
golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.
Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan
kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi
kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam," katanya kepada
Mingguan Malaysia di sini hari ini.
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
..................................................................................................................
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................
Disclaimer
Disclaimer/ Penafian
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.