LAMAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU

10 Dis 2012

RAKYAT BENCI KALU SULTAN 'ORANG UMNO'
abu nu'man10 Dis 2012 1 Komentar

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.

Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

"Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca.

"Tapi malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik," titahnya.

Turut ditimbulkan adalah tuduhan bahawa ucapannya disediakan oleh orang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Hakikatnya, Najib ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri," katanya.

Sultan Sharafuddin berkata, isu berkenaan juga ditimbulkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya ada sebutkan kepada Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim), 'apa ni sikit-sikit saya dikatakan orang Umno di dalam blog'," katanya.







... DAULAT TUANKU!!!....

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. ampun tuanku, sebelum ini patik pun berfikiran begitu juga. patik tengok setiap harijadi tuanku rakyat2 umno dan yang berkaitan dengannya sahaja yang dapat anugerah pingat.rakyat yg bukan umno walaupun banyak khidmat dan jasa sampai ke tua lah juak2 tuanku tak pandang. AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN. DAULAT TUANKU

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
++ RAHMAT UNTUK SEMUA ++ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU ++
HOME