20 Dis 2012

MUKAYYAM DPPWM
abu nu'man20 Dis 2012 0 Komentar

Program Mukayyam DPPWM 1434 / 2012 baru berakhir dengan penuh jaya.

Alhamdulillah rata- rata ahli yang mengikuti program ini teruja dengan pengisian yang sedikit kelainan jika dibandingkan dengan mukayyam sebelum ini.

Program Mukayyam ini merupakan tradisi tahunan DPPWM sejak 4 tahun lepas. Alhamdulillah kami di DPPWM berjaya menganjurkan sekadar kemampuan untuk mentarbiah, bermuhasabah dan beriadah disamping mengikat ukhuwwah dikalangan ahli DPPWM.


Pada program kali ini penekanan tentang  perlunya pemuda PAS menggembling kekuatan jasmani disamping rohani. Turut diterapkan dalam sessi ini adalah latihan keselamatan dan aspek kawalan pengiring kenamaan. Inilah kelainan yang julung kali diadakan dalam program kali  ini.
Turut diisi adalah latihan di kolam renang. Kami didedahkan dengan teknik  menyelamat dalam air, bantuan pernafasan (CPR).

Bertepatan dengan Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad

 Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :
1. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.
2. Melatih pernafasan
Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang.
3. Membentuk otot
  Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’ air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.
4. Membakar kalori lebih banyak
Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging.
6. Self safety
Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dll
7. Menghilangkan stres.
Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang. Sejam setengah srikandi duduk dalam kolam tu pun masih belum puas rasanya.
Dalam Slot  muhasabah , penekanan diberi kepada aspek :- 
JANGAN CARI MUSUH, CARILAH KAWAN..

 Sabda Rasulullah saw :
"Wahai manusia lelaki dan wanita ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kebahagian,keselamatan kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh ,jangan kamu lari, bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang ."

Rasullullah SAW sangat mencintai keamanan  ,jangan sesekali kita bercita-cita atau ingin bermusuh-musuhan dengan sesiapa sahaja. 




In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.