LU SAPA NAK DESAK PRESIDEN PAS TARIK AMANAT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dan kepimpinan parti itu perlu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden PAS itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.

Beberapa orang mufti turut sama mendesak Presiden PAS untuk menarik balik amanat tersebut.
Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata amanat itu telah memecah belahkan orang Melayu dan kembali aktif sejak akhir-akhir ini sehingga ada anggota PAS berdoa untuk kehancuran Umno yang dianggotai Melayu Islam.

“Amanat itu perlu ditarik balik oleh beliau (Hadi) kerana amanat bersifat ekstrem itu masih dipegang oleh anggota dan penyokong PAS dari dahulu hingga kini. Hari ini wujud perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

…. Kesian aku tengok mufti nie…. Jadi perkakasan UMNO … dia ingat Tuan Guru Hadi Awang di belajar sampai LCE je kot sampai tak tahu hukum halal haram…

Ulasan

  1. Bak kata pepatah, monyet kalau diberikan pakaian pegawai, akan tetap kelaku macam monyet juga.

    BalasPadam
  2. Hadi Awang mungkin tak akan tarik balik Amanat Keramatnya kerana akan menjatuhkan statusnya sebagai TOK GURU.Tok Guru atau Ulama sepatutnya menyatupadukan umat Islam kerana perpaduan itu WAJIB dipelihara.Ulama atau Tok Guru yang memecah belahkan umat Islam adalah To Guru atau Ulama SUK(Jahat).Yang peliknya mengapa Hadi Awang tidak mengkafirkan mereka yang berfahaman Pluraisme dan Liberal?Yang mengatakan semua agama itu sama?Mungkin dari segi politik tidak dapat keuntungan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular