KERAJAAN KELANTAN & YIK BODOH - BRAHIM KATAK


(UTUSEX) KOTA BHARU 25 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Pas Kelantan mendedahkan secara terperinci 'transaksi komersial' bernilai RM30 juta hasil daripada penjualan syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd., kepada dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehnya, syarikat tersebut dimiliki oleh taikun balak sebelum dijual kepada kedua pemimpin DAP tersebut.

Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan syarikat tersebut hanya membayar premium sebanyak RM2 juta kepada kerajaan Pas Kelantan dan RM1.8 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) hasil daripada pajakan tanah balak itu.

"Jika benar berlaku, bayaran kira-kira RM4 juta tidak berbaloi dengan tanah seluas 4,592 hektar untuk tempoh 50 tahun, maka disebabkan itu kami mahu kerajaan Pas Kelantan dedahkan kepada rakyat daripada transaksi sebanyak RM30 juta itu berapa yang diperoleh kerajaan negeri serta YIK.

"Selain itu, kami juga mendapat tahu berdasarkan perjanjian di antara pemilik asal Upayapadu dengan YIK, syarikat tersebut perlu dimiliki oleh bumiputera melebihi 50 peratus, tetapi selepas pindah milik berlaku, syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh bukan bumiputera.

"Sepatutnya YIK tidak boleh benarkan penjualan syarikat itu kerana tiada seorang pun pengarah atau pemegang syer daripada bumiputera. Ini kesilapan kerajaan Pas Kelantan dan YIK sehingga menyebabkan rakyat mengalami kerugian besar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengakuan Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak bahawa beliau dan sepupunya, Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan melibatkan tanah seluas 4,529 hektar di Gua Musang.

Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah ditawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

Namun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau menawarkan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Perkasa turut mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut kerana ia menjejaskan kepentingan rakyat.

"Kita mendesak supaya sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat penjualan ini kerana mungkin wujud pihak ketiga atau orang tengah yang memainkan peranan untuk mendapatkan keuntungan di samping itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu memainkan peranan mereka dalam isu ini.

"Ini satu kecelakaan dan tragedi untuk rakyat negeri ini kerana sudah banyak tanah di Hulu Kelantan tergadai. Walaupun tidak berlaku pindah milik pada tanah rizab Melayu, tetapi ia dipajak dalam tempoh yang terlalu lama. Soalnya kenapa dipajak kepada syarikat luar, tidak kepada anak Kelantan, apakah mereka takut rahsia bocor.

"Mungkin taikun balak itu tidak salah, tetapi Kerajaan Pas Kelantan dan YIK bodoh kerana 'menggadaikan' tanah lebih 4,000 hektar untuk hasil sebanyak RM4 juta sahaja," katanya.
 Artikel jawapan Tok Guru kepada makhluk yang bebal macam Brahim katak

ESOK boleh jumpe TOK HIM ONG-ONG
Tarikh: 28/12/12 (Jumaat)
Jam: 2.00ptg Majlis Pertandingan Dam Aji di Kedai Kopi Abg Mat Kg Becah Dun Tendung.
Semua Di Jemput Hadir.

 

Ulasan

  1. ibrahim katak ni mengatakan orang bodoh...tetapi KEBODOHAN SENDIRI tak perasan ke...

    BalasPadam
  2. katak kan selalu anggap dia cerdik...takat hujah air liur sapa-sapa pun boleh....ah buat aduan kat sprm...biarlah badan tu buat kerjannya....Duit Royalti taknak tuntut ke..pak Brahim...

    BalasPadam
  3. brahim ali ne aku tengok dah mcm mr bean dah..

    BalasPadam
  4. Kesian Berahim!!!hari tu dia cakap tak pakai otak sebab otak dia tinggal kat rumah...kebetulan rumah pulak selam air kena banjir!! pasal tu dia cakap merapu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular