7:22 AM
Abu Nu'man
Hebat lakonan UMNO Pulau Pinang yang menggunakan 4 helai bendera PAS untuk demo bantah LGE... entah bila masa la penyokong PAS pakai topi sudu...hahahaha... bendera pun gaya rembat kat tepi jalan.... muka tak siap semua.....huhuhuhuhuhu... muka depan UTUSEX lagi

MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (ahli UMNO yang dulunya ahli pas memegang
pembesar suara) menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli pelbagai NGO dan
anggota Pas yang menyertai perhimpunan aman membantah kenyataan Lim Guan
Eng menuntut kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu di
hadapan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 28 Dis. - Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan
perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam
termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.
Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu
diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan
Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar)
yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang,
kira-kira 500 meter dari situ.
PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar
PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak
ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.
Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.
Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran
daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika
dihubungi Harakahdaily.
Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6
bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu
penggunaan kalimah Allah.
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.
Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika
mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan
Rakyat.
"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.
Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed
Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut,
bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan
kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan
demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily




Posted in:
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
..................................................................................................................
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................
Disclaimer
Disclaimer/ Penafian
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
1 comments:
sapa tak kenal umenongok yg bijak dengan fitnah.
Post a Comment