4 KES SAMAN AES DIBEBASKAN BAKAL DIDAKWA SEMULA


Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

4 kes saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini menerusi AES telah dilepaskan tanpa dibebaskan, bakal dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat.

Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES  adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Ulasan

Catatan Popular