UPDATE : POLIS MASIH TUTUP DATARAN DARI HIMPUNAN HIJAU
Semalam, pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.
Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap
dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan
berkenaan sehingga esok pagi.Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.
"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.
"Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan
tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk
sini atau tidak," kata Wong.Sementara itu, koordinator Himpunan Hijau Lee Chin Chen pula berkata peserta perarakan akan berkhemah di kawasan berkenaan pada malam ini.
Ketika ditemui Malaysiakini, Lee berkata beliau
juga menugaskan anggota jawatankuasanya serta unit amal PAS untuk melindungi
peserta perarakan sepanjang malam.Katanya, beliau masih belum dapat menganggarkan berapa orang yang akan berbuat demikian.
"Tapi kita tidak tahu sama ada (polis dan pegawai DBKL) akan membenarkan kami berbuat demikian," katanya.
Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini.
Sementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki
kerana sedang dinaiktaraf.


Bodoh la perhimpunan ni smp menyusahkan org nk pergi keja!!!
BalasPadamko yg boddoh... bagus... syabas ... kita himpun lagi sampai kera-jaan amngok laknat nih tumbang.... REFORMASI!!!!!!.. TAKBIR!!!!
BalasPadamkarpal bantah kes saman pengusaha salon di kelantan... kes hina hudud ke... bila nak buat demo depan rumah karpal...Allahuakbar....3x
BalasPadam