UMNO TEGANU BAKAL ROBOH KG. LADANG, TANJUNG & LRG HJ JAMIL



Kerajaan UMNO Negeri Terengganu di bawah pimpinan Hj Ahmad Said berhasrat untuk merobohkan perkampungan warisan Melayu terutamanya di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang melibatkan Kampung Ladang, Kampung Tanjung dan Kampung Lorong Haji Jamil bagi kononnya bagi tujuan pembangunan.

Setakat ini, Kampung Ladang sudah hilang sebahagiannya akibat diratah oleh kerakusan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang begitu dahagakan pembangunan menurut acuan pemikiran mereka sendiri. Penduduk Kampung Ladang yang telah terbiasa hidup di rumah papan tradisional warisan turun-temurun telah berjaya diusir oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk tinggal di Flat Ladang Gemilang yang binaannya tersergam indah bak sarang burung merpati dengan sewa tidak kurang dari RM300.00. Akhirnya wang pampasan yang diterima habis digunakan bagi tujuan membayar sewa tanpa ada sebarang perjanjian untuk sewa beli. 

Rakyat dikatakan hidup selesa tinggal di rumah flat, terpaksa berdepan kadar sewa yang tinggi , malah sehingga sekarang kerana tidak kemampuan untuk membayar sewa ada yang terpaksa berpindah membawa haluan masing-masing , sedangkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional hidup bersenang-lenang tinggal di banglo-banglo mewah. 

Pada masa ini, Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sedang dalam persiapan bagi merobohkan Kampung Tanjung & Kampung Lorong Haji Jamil dan juga sedang dalam proses rundingan akhir bagi membayar sejumlah wang pampasan kepada penduduk kampung yang terlibat. 
PERCAYALAH kesemua kampung warisan melayu di Terengganu terutamanya di kawasan Bandar Kuala Terengganu termasuk di Kampung Chabang Tiga, Kampung Losong, Kampung Bukit Besar, Kampung Pantai Pandak Chendering dan lain-lain kawasan AKAN LENYAP DARIPADA PETA NEGERI TERENGGANU dalam sedikit masa lagi jika sekiranya kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi dikekalkan. 
Kesan daripada pembangunan mengikut acuan UMNO dan Barisan Nasional ini akan menyaksikan orang-orang melayu Terengganu akan hanya dapat menyaksikan projek-projek pembangunan dijalankan tanpa mereka dapat turut serta di dalam pembangunan tersebut. Amatlah malang bagi etnik melayu Terengganu yang tidak menyedari mengenai perkara ini akibat dibuai mimpi setelah diberikan pampasan beratus-ratus ribu ringgit malahan ada yang mencecah jutaan ringgit daripada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Adakah setimpal dengan bayaran yang diterima sedangkan pada masa yang sama penduduk kampung yang terlibat ini akan semakin menjauhi kawasan Bandar bagi membina penempatan di kawasan luar Bandar akibat tidak serasi dengan suasana rumah flat. 

Acuan pembangunan menurut UMNO dan Barisan Nasional ini secara tidak langsung seolah-olah mengembalikan semula pemerintahan era kolonial British yang mengamalkan dasar pecah perintah (divide and rule). Orang-orang melayu di Kuala Terengganu akan kembali tinggal di kampung manakala Bandar Kuala Terengganu hanyalah menjadi tempat persinggahan semata-mata. 

Ulasan

Catatan Popular