3 Nov 2012

CILAKAK NAJIB BOLEH BAYAR PAHANG ROYALTI TIDAK KELANTAN
abu nu'man3 Nov 2012 0 Komentar


Najib Razak berkata Pahang dijangka akan menerima pembayaran khas sejumlah RM100 juta setahun bermula suku ketiga 2014, sebaik sahaja Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil memulakan pengeluaran minyak di Block PM 307 di lapangan minyak Bertam yang terletak di kawasan sejauh 160km dari pantai.

“Lapangan minyak itu terletak di kawasan kerajaan persekutuan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan dipetik Bernama.

“Ia menjadi polisi untuk memberikan hasil minyak lima peratus secara tunai kepada Pahang.”
Jelas Husam (foto fail), jika kerajaan boleh memberikan bayaran kepada Pahang, Kelantan seharusnya menerima perkara yang sama seperti tertakluk di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Beliau turut menjelaskan beberapa akhbar juga menggunakan istilah berbeza untuk menerangkan pembayaran minyak kepada Pahang.
NST (New Straits Times) gunakan perkataan ‘royalti’, Sinar menggunakan ‘bayaran tunai’, Star juga merujuk bayaran lima peratus itu sebagai ‘bayaran petrol’. Semuanya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, tanpa mengira istilah yang digunakan, ia mendiskriminasi Kelantan,” kata Adun Salor itu lagi.

Beliau menjelaskan Najib turut mengumumkan jawatankuasa khas pada Ogos lalu untuk menyemak “keperluan” pemberian tunai bayaran petroleum kepada Pahang, Kelantan, dan Terengganu, langkah yang dilihat bakal menyelesaikan perbalahan yang digunakan sebagai isu dalam pilihan raya umum.
“Sampai sekarang saya masih lagi tidak mendengar sebarang berita berkenaan jawatankuasa tersebut,” kata Husam.

Beliau juga yakin pengumuman Najib itu bagi meraih sokongan rakyat Pahang untuk pilihan raya umu ke-13 akan datang, yang mana harus dilaksanakan menjelang April berikutan mandat Barisan nasional (BN) akan tamat.

Pada Ogos 2010, Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas kerana gagal membayar royalti untuk minyak dan gas yang dikeluarkan dikawasannya termasuk usahasama antara Terengganu, Thailand dan Vietnam.

Menurut mereka, Putrajaya berhutang RM800 juta setiap tahun sejak 2005, namun kerajaan menolak dakwaan tersebut ekoran kawasan perairan di mana lokasi tersebut dijalankan.
Namun Husam menjelaskan kepada The Malaysian Insider, terdapat kaedah untuk mengira perbezaan ratio untuk lima peratus royalti berkenaan kepada semua pihak yang berkepentingan di medan minyak sekiranya terdapat dua atau lebih pihak yang menyatakan perkongsian wilayah perairan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.