KONDOM PENGELAMAT INDUSTRI GETAH DI MALAYSIA
Permintaan tinggi untuk kondom dan sarung tangan getah telah membantu Malaysia
meningkatkan industri getah meskipun menghadapi persaingan dengan negara lain
seperti Thailand dan Vietnam, menurut laporan Bloomberg hari ini.
Portal berita kewangan itu melaporkan peningkatan eksport untuk kontrasepi
membantu Malaysia meningkatkan pengeluaran getah walaupun Thailand, Indonesia,
Vietnam dan India memberikan persaingan.
“Permintaan untuk kondom terus meningkat,” kata Goh Miah Kiat, pengarah eksekutif untuk pengeluar kondom terbesar Karex kepada Bloomberg.
Karex yang merancang untuk memasuki bursa saham mahu meningkatkan pengeluaran kepada enam billion kondom setahun
Lembaga Mempromosi Eksport Getah Malaysia berkata pada Januari lalu Malaysia telah mengeluarkan satu pertiga kondom dari pasaran dunia dan Bloomberg melaporkan Malaysia akan mengeksport 12 juta kilogram kondom yang bernilai RM320 juta tahun ini, berbanding 10.9 juta kilogram bernilai RM277 juta pada tahun 2011.
Bloomberg berkata Malaysia melihat cara untuk meningkatkan nilai dalam industri getah sejajar dengan pentadbiran Najib untuk Program Transformasi Ekonomi yang mahu meningkatkan ekonomi negara kepada berpendapatan tinggi.

- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan