BLOGGER SEKS SINGAPORE MOHON MAAF...PAPAGOMO?

Alvin Tan, pelajar Malaysia yang terlibat dengan kontroversi selepas beliau dan kekasihnya membuat blog seks mereka, memohon maaf kepada Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) hari ini kerana memalukan institusi tersebut.

Bagaimanapun Tanjuga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.

Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS di Singapura hari ini, pelajar undang-undang Alvin Tan berkata “saya memohon maaf kerana memalukan NUS.”

tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS,” laporan akhbar Straits Times Singapura hari ini.

 “Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain.

“Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya,” katanya lagi.
Inkuiri bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4 petang.

Dia memberitahu Straits Times Selasa lalu bahawa kekasihnya, Vivian Lee (gambar) yang juga dari Malaysia, mahu bersamanya di Singapura, tetapi dihalang oleh kekasihnya.

NUS berkata badan disiplin akan mengkaji kes ini sebelum mengambil tindakan ke atas Tan.
Tan mengatakan NUS akan memberitahu keputusan badan disiplin dalam masa tujuh hari, menurut laporan akhbar tersebut.

Dia menyiarkan link dalam dalam satu forum di Singapura ke blognya.
Pelajar NUS itu berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama teman wanita adalah “menyeronokkan”, menurut Yahoo! Singapura.

Laman “Sumptuous Erotica”, Tan dan teman wanitanya Lee berkata mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di internet untuk “dinikmati orang ramai”.
Blog itu bagaimanapun telah disekat.

Tan turut berharap biasiswanya tidak ditarik balik.



Ulasan

Catatan Popular