TAKDE GUNA JAWAB NOH : KHALID

TANJUNG KARANG, 28 Okt — Tindakan kerajaan negeri menggabungkan lima aset komersial Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS) untuk dipindah milik kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS telah mendapat persetujuan daripada Perbendaharaan Negara.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS Datin Paduka Norazlina Zakaria sudah memperjelaskan isu tersebut termasuk kelulusan pihak Kementerian Kewangan.

Justeru itu, katanya, beliau tidak perlu menjawab isu itu kepada Noh Omar mengenai penjelasan rancangan penggabungan lima aset komersial PKNS bernilai RM321 juta itu.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKNS, berkata demikian kepada pemberita pada satu majlis Aidiladha di sini hari ini.

Lima aset PKNS tersebut ialah SACC Mall, Shah Alam, Menara PKNS, Petaling Jaya, Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi serta Wisma Yakin di Kuala Lumpur. — Bernama

Ulasan

Catatan Popular