2 Okt 2012

PERKAHWINAN ANAK ALI RUSTAM JADI BUALAN HANGAT
abu nu'man2 Okt 2012 2 Komentar

Majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka yang berlangsung pada 30 September lalu. Pix: Facebook Datuk Seri Mohd Ali RustamPerkahwinan “Malaysian Book Of Record” anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam , menimbulkan kontroversi apabila pemimpin  Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan sumber tajaan majlis besar-besaran tersebut.

Dalam laporan Bernama dua hari lalu, majlis tersebut telah berjaya mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew, menggesa Mohd Ali menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.

“Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya,” kata Chew.

“Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.

“Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.

“Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan  majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian,” kata Chew.

 Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis  tersebut.
“Itu duit siapa?” tulis Nga.

Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang, turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk  makan sahaja adalah RM13 juta.
“Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja,” tulis Lim dalam Twitter.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. akan ada menteri yg membela Ali Rustam yg beliau menabung dr kecik mcm wife PM (FLOM)...rakyat bila lg nk belajar menabung dgn menteri UBN yg korup ni ????

    BalasPadam
  2. inilah cth amalan syaitan2 yg dikenali..membazir x ingat ke Allah..kan membazir tu amalan syaitan...

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.