8 Okt 2012

KALU BUKAN MENIPU BUKAN UTUSAN NAMANYE
abu nu'man8 Okt 2012 0 Komentar

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin.

Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

NONE"(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang.

"Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang.

"Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini.

Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.