JANGAN BAYAR SAMAN AES

Pemimpin PAS hari ini menggesa pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang dikeluarkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) sebaliknya menasihati mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media hari ini.

Beliau (gambar) turut berkata Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menyediakan peguam bagi mewakili individu yang memilih untuk membawa kes ke mahkamah.

Semalam, PR berkata mereka akan menangguhkan kesemua kelulusan pelaksanaan AES di empat negeri yang mereka perintah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai dan kajian lebih mendalam.

Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata langkah yang diambil oleh PR ini bermakna sebanyak 331 daripada 831 kamera AES yang dirancang untuk dibina seluruh negara tidak akan dilaksanakan.

Kamera AES tersebut yang digunakan untuk mengecam kenderaan yang laju dan melanggar lampu isyarat ketika ini masih dalam pelaksaan fasa awal yang telah diletak di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Ulasan

Catatan Popular